Jumaat, 22 Disember 2023

SISTEM EKNOMI KAPITALIS



5 syarikat didenda RM415 juta terlibat kartel ayam

LIMA syarikat didenda sejumlah RM415 juta kerana terbabit dalam pembentukan “kartel ayam” untuk menetapkan harga, kata Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC Iskandar Ismail berkata syarikat terbabit didakwa bersetuju untuk menaikkan harga makanan ayam, yang mendorong kenaikan harga ayam.

Siasatan mendapati lima syarikat, pengeluar makanan ayam terbesar negara, melanggar Akta Persaingan 2010 dengan mengadakan perjanjian antara mereka dengan matlamat atau kesan “mencegah, menyekat atau mengelak persaingan” dalam mana-mana pasaran makanan atau perkhidmatan.

Lima syarikat terbabit adalah Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd, FFM Bhd, Gold Coin Feedmills (Malaysia) Sdn Bhd, Leong Hup Feedmill Malaysia Sdn Bhd dan PK Agro-Industrial Products (M) Sdn Bhd.

“Kami mengeluarkan keputusan akhir terhadap lima syarikat itu yang melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 menerusi pembentukan kartel penetapan harga makanan ayam.

“Kartel sangat jahat dalam undang-undang persaingan. Ia adalah sabotaj ekonomi terhadap pengguna,” katanya. – 22 Disember, 2023.

WOIT

INI SISTEM

EKONOMI KAPITALIS

AMIN

SEKARANG KITA

SEDAR MACAM

MANA CHINA JADI

KAYA

JENG JENG JENG

SELAMA INI

PASARAN MEREKA

KONTROL

AMIN

HARGA MEREKA

TETAPKAN

AMIN 

KAPITALIS YANG

BAIK HANYA

KAPITALIS YANG

DAH MATI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: