Ahad, 4 Februari 2024

SUARA MAT SABU YANG BERANI


Kenyataan Media

 Presiden

 AMANAH 


Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan  Amerika Syarikat, pimpinan Joe Biden kerana bertindak tegas mengebom Syria dan Iraq apabila tiga tentera AS terkorban.

Baru-baru berlaku kematian tiga tentera AS di Jordan, yang didakwa dilakukan oleh kumpulan yang pro kepada Iran.

Maka tanpa lengah lagi Biden membalas kematian tersebut dengan melakukan serangan bom ke atas lebih 60 tempat di Syria dan Iraq.

Tetapi majoriti negara Arab hanya berpeluk tubuh dan tidak peduli langsung apabila umat Islam, umat Arab Palestin dibunuh setiap hari oleh tentera Zionis Israel yang sehingga kini mencecah hampir 30 ribu kematian.

Lebih 70 peratus mangsa yang terkorban adalah terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, tetapi malangnya pemimpin-pemimpin negara Arab ini tidak mempunyai maruah seperti bos mereka, iaitu AS.

Datuk Seri Mohamad bin Sabu
3 Februari 2024

Tiada ulasan: