Sabtu, 3 Februari 2024

TERIMA JANAGN TAK TERIMA



Hormati keputusan Lembaga Pengampunan – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim berkata semua pihak perlu menghormati keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman penjara dan denda terhadap bekas Perdana Menteri,  Najib Tun Razak.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini dan semua pihak perlu menghormatinya.

“Saya menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong ketika itu. Sekarang kita mempunyai Yang di-Pertuan Agong baharu. Apapun yang dirasakan oleh mana-mana pihak, sudah semestinya ia bersifat politik, ada yang menyokong, ada yang sebaliknya namun mereka tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa mereka perlu menghormati hak semua yang disabitkan kesalahan untuk merayu kepada Lembaga Pengampunan.

“Kini Lembaga Pengampunan telah membuat keputusan. Jika ada pihak yang berpuas hati maka ia dianggap sebagai keputusan yang adil, jika tidak berpuas hati maka mereka masih boleh mengemukakan rayuan,” katanya ketika ditemu bual dalam program Al Jazeera Mubasher di sini hari ini.

Anwar berkata demikian sebagai respons terhadap keputusan permohonan pengampunan Najib.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

TERGOLEK DOG

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: