Jumaat, 29 Mac 2024

KENAPA CHINA SUKA BUAT HAL ?



Hanya orang bodoh tak faham sensitiviti orang Melayu – Kadir

KUALA LUMPUR – Wartawan veteran,  Kadir Jasin menegaskan hanya orang bodoh sahaja yang tidak faham akan sensitiviti orang Melayu dalam hal-hal berkaitan kalimah Allah, al Quran dan Rasulullah SAW.

Menurut beliau, adalah menjadi kesalahan bagi mereka yang sengaja mencari penyakit dan tidak faham atau sengaja tidak mahu faham sentimen dan sensitiviti orang Melayu terhadap isu berkaitan agama Islam.

“Jadi, mana-mana pihak yang hendak bekerjasama dengan orang Melayu, termasuk menjadikan mereka pelanggan, hendaklah sensitivif dan berusaha seboleh-bolehnya menyaring agar barang dagangan yang boleh menimbulkan bantahan tidak ada di kedai mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Kadir  memuji langkah Ketua Pemuda Pergerakan UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang lantang isu stoking kalimah Allah yang dimulakan rangkaian kedai KK Mart.

“Kalau boleh saya guna ungkapan bahasa Inggeris, he had made his point loud and  clear. Beliau sudah menyatakan pendiriannya  dengan kuat dan jelas.

“Atas desakan beliau dan banyak pihak lain serta perjalanan biasa undang-undang, tindakan telah dan sedang diambil ke atas pemilik KK Mart serta pihak-pihak berkaitan. Buat permulaan, mereka telah disiasat dan didakwa di mahkamah. Sebelum itu, mereka telah memohon maaf,” katanya lagi.

Dr Akmal sebelum ini lantang mendesak agar rangkaian kedai KK Mart meminta maaf secara terbuka kerana isu stoking kalimah Allah.

Malah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu turut mendesak agar umat Islam di negara ini bertindak memboikot rangkaian kedai KK Mart sebagai tanda bantahan.

Dalam pada itu, Kadir menasihati agar rangkaian pasar besar macam KK Mart mewujudkan panel terdiri daripada pakar dari semua agama bagi menasihati syarikat itu berkenaan sensitiviti berhubung agama Islam mahu pun agama lain.

“Rasanya tidaklah susah sangat bagi pasar-pasar raya mendapatkan nasihat luar, memasang papan tanda yang jelas bagi setiap kategori barang dan mematuhi peraturan memisahkan barang-barang tidak halal dengan barang-barang halal.

“Kalau tidak mahu berlanggan dengan KK Mart atau mana-mana perniagaan, itu hak kita. Sebagai pengguna ada hak kita memilih,” kata Kadir lagi.

Isu stoking kalimah Allah masih berlarutan apabila tujuh pihak termasuk KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd dan Xin Jian Chang Sdn Bhd yang juga pembekal stoking tertera kalimah Allah kepada rangkaian kedai serbaneka itu didakwa di Mahkamah Sesyen baru-baru ini.

Selain dua syarikat berkenaan, turut didakwa Pengasas, Pengarah dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart, Chai Kee Kan, 57, dan isterinya yang juga pengarah syarikat sama,  Loh Siew Mui, 53, selain Pengarah Xin Jian Chang Sdn Bhd yang juga tiga beranak iaitu Soh Chin Huat, 61; isterinya, Goh Li Huay, 62; dan anak mereka, Soh Hui San, 36.

Lima individu berkenaan mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim, Muhamad Anas Mahadzir.

Pendakwaan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada 13 Mac lalu, tular di media sosial isu stoking tertera kalimah Allah dijual di KK Mart Bandar Sunway selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Tiga hari selepas itu, pengurusan KK Super Mart memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka itu. – 

BETUL !!!

BIILA MELAYU

NAIK ANGIN

 CHINA TUDUH

MELAYU RASIS

AMIN

WALHAL JIKA

CHINA TAK ADA

& TAK  BUAT

HAL SATU

TANAH MELAYU

AMAN SENTOSA

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Yoep .. Molayu mano ado rasis .. kok rasis tak kang wujud YTL, Birjaya, Tompek Urot Puting Pink, Kutti Kerala .. Poressiti .. yang rasis DAP.