Selasa, 14 Mei 2024

BERAPA RAMI MATI - CEDERA KERANA AMBIL VAKSIN


KKM tangani isu vaksin AstraZeneca minggu ini

KEMENTERIAN Kesihatan akan menangani semua isu mengenai vaksin AstraZeneca menjelang minggu ini, kata Timbalan Menteri Lukanisman Awang Sauni.

“Kami akan menjelaskan data mengenai kesan sampingan yang buruk, serta isu dan pengumuman yang dibuat oleh AstraZeneca,” katanya, seperti dilaporkan The Star Online.

“Terdapat kes kesan sampingan yang tidak diingini pada vaksinasi, tetapi tidak khusus pada AstraZeneca sahaja. Kerajaan mempunyai data, dan kami akan mengumumkannya kerana ia penting kepada orang ramai,” tambahnya.

Beliau juga berkata institusi kesihatan awam bersedia untuk mengambil sebarang kes kesan sampingan daripada vaksinasi.

Pada 3 Mei, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata kementerian akan mendapatkan penjelasan daripada AstraZeneca mengenai kesan sampingan vaksin Covid-19 yang dikeluarkan.

Dzulkefly berkata syarikat farmaseutikal itu mesti mengemukakan penjelasan yang teliti dan telus kepada Malaysia dan dunia.

“Kami meminta wakil AstraZeneca memberikan penjelasan yang lebih teliti… dan saya lebih suka bersikap lebih telus kepada semua orang dan media,” katanya.

“Mereka mesti bertanggungjawab… tiada apa yang perlu kita sembunyikan, dan begitu juga dengan mereka.”

Ini selepas akhbar UK The Telegraph melaporkan bahawa AstraZeneca telah mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin Covidnya boleh menyebabkan sindrom trombositopenia (TTS) dalam kes yang jarang berlaku.

TTS menyebabkan pembekuan darah dan kiraan platelet darah rendah.

Gergasi farmaseutikal itu disaman dalam tindakan kelas atas dakwaan vaksinnya menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam berpuluh-puluh kes.

Dzulkefly meminta penjelasan bagi mengelakkan kebimbangan dalam kalangan penerima vaksin. Beliau berkata risiko kesan buruk dilaporkan pada 0.88 dalam sejuta dos.

Beliau berkata kementeriannya akan terus memantau keadaan berdasarkan bukti simptom, dengan garis panduan klinikal untuk merawat orang yang terjejas. – 12 Mei, 2024.


BERAPA RAMAI

MATI CEDERA

KERANA VAKSIN

AMIN

KITA DIPAKSA

TANDA TANGAN

KERAJAAN LARI

DARI 

TANGGUNG JAWAB

AMIN

HARI INI TERBUKTI

PFIZER TIPU

ASTRA ZANECA 

TIPU BAWA MAUT

AMIN

KOBID PROJEK

GLOBALIS NAK

KONTROL DUNIA

AMIN

INI PERMULAAN

AKAN ADA LAGI

PEROJEK TAKUTKAN

ORANG RAMAI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: