Khamis, 4 Julai 2024

LGBT DAN HOMOSEKSUALITI


HIV di IPT, pakar saran KPT tegas bangkitkan bahaya homoseksualiti

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) digesa mengambil pendekatan tegas dan komprohensif dalam menangani kes penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dijangkiti HIV yang dilaporkan meningkat saban tahun.

Pakar fisiologi perubatan, Prof. Dr. Rafidah Hanim Mokhtar berkata, golongan mahasiswa mungkin tahu tentang bahaya amalan homoseksual berbanding mereka di luar IPT, tetapi desas-desus kononnya pengambil ubat PrEP berkesan mencegah HIV mungkin mengelabui pertimbangan mereka.

Jelas beliau yang juga Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), PrEP adalah pendekatan kapitalisma yang mana anak muda diajar dengan pengambilan ubat itu, hubungan homoseksualiti boleh diteruskan.

Dalam masa sama, beliau berharap pakar-pakar perubatan turut memainkan peranan dengan tegas memperkatakan tentang bahaya hubungan homoseksualiti.

Jelasnya, Kementerian Kesihatan (KKM) perlu kembali kepada asas perubatan utama iaitu mengatakan tidak kepada amalan homoseksualiti seperti mana pendekatan mengatakan tidak kepada tabiat merokok dan menghisap vape.

Ini kerana, tegas beliau, amalam homoseksualiti itu bukan sahaja berisiko tinggi mendapat HIV, malah haram di sisi agama Islam, sama seperti perokok yang berisiko untuk mendapat barah paru-paru.

“Saya mengharapkan pihak KKM menggunakan Fatwa Muzakarah dan posisi agama Islam tentang pengharaman homoseksual, sebagaimana mereka memasukkan fatwa rokok dan vape dalam poster kesihatan mereka,” katanya menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.

Semalam, Menteri Pengajian Tinggi,  Zambry Abdul Kadir berkata, jumlah penuntut IPTA dan IPTS berusia antara 18 hingga 25 tahun yang menghidap penyakit HIV menunjukkan peningkatan saban tahun.

Jelas Zambry, berdasarkan notifikasi jangkitan kes yang dilaporkan ke KKM, seramai 214 pelajar dijangkiti penyakit itu pada 2020 diikuti 186 pada 2021 dan kembali meningkat pada 2022 dan 2023 dengan masing-masing seramai 221 dan 224 pelajar dijangkit penyakit tersebut.

Dalam pada itu, Rafidah Hanim turut menggesa doktor perubatan supaya lebih berani dan tegas memperkatakan berkenaan bahaya hubungan homoseksualiti tanpa ada yang takut diancam oleh Sistem Pengurusan Aduan Bersepadu (SISPAA).

“Berapa ramai doktor-doktor diancam oleh SISPAA sedangkan mereka berkata perkara yang benar tentang bahaya homoseksualiti.

“Laporan penyalahgunaan SISPAA oleh pihak-pihak pro-LGBT telah saya bangkitkan dalam laporan I-Medik ke UPR, Geneva,” katanya.

Tambah beliau, generasi muda hari ini memerlukan pendekatan agama dalam mengawal nafsu yang harus diperkasakan tanpa mana-mana pihak ditekan oleh pejuang pro-LGBT yang menggunakan hujah hak asasi yang sering menyalahi proses biologi dan sains kesihatan sendiri.

“Profesional perubatan, jika sayangkan generasi akan datang harus kembali memperkatakan isu HIV dan homoseksualiti dengan penuh kejujuran tanpa rasa tertekan dengan konvesyen-konvensyen WHO yang ada di antaranya menutup hakikat proses biologi sebenar kerana mereka `meminjam’ hujah hak asasi individual yang terpesong,” katanya. – 

WOIT

HOMOSEKSUALITI

TIDAK BAHAYA

AMIN

BAHAYA KALAU

TAK PAKAI KONDOM

AMIN

LU TAK CAYA

LU TANYA SAIPOL

AMIN

MASIH TAK CAYA

LU TANYA 

BEKAS MENTERI

PENDIDIKAN

ANWAR IBRAHIM

AMIN

TANYA BETUL KE

PAKAI KONDOM

AKAN SELAMAT?

KHALAS

Tiada ulasan: