Rabu, 10 Julai 2024

SALAHKAN BAHLOL !!!



Umno tidak perlu salahkan orang lain, kata DAP Pulau Pinang


DAP Pulau Pinang menolak dakwaan Setiausaha Veteran Umno Mustapha Yaakub bahawa DAP tidak berusaha untuk mendekati pengundi Cina semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang dimenangi Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti lebih 4,000 undi.

Semua komponen kerajaan perpaduan nasional bekerja tanpa henti sepanjang kempen 14 hari dan memberikan sokongan kuat kepada calon Pakatan Harapan Joohari Ariffin, kata Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang, Jason H’ng Mooi Lye.

“Kita perlu menerima dan menghormati keputusan pengundi dan terus membawa perubahan untuk meyakinkan rakyat serta tidak membuat tuduhan liar serta menyalahkan sesiapa,” kata H’ng.

Gelombang perubahan (reformasi) yang sedang diperjuangkan oleh kerajaan perpaduan dikatakan sukar diterima dan ia menyebabkan terhakisnya keyakinan terhadap kerajaan, kata H’ng dalam satu kenyataan.

Namun kerajaan perpaduan akan menggandakan usaha untuk mendekati rakyat supaya mereka dapat merasakan perubahan yang dibawa oleh kerajaan, tambahnya.

“Kerajaan perpaduan nasional akan menggandakan usaha dan mendengar suara akar umbi untuk memperbaiki sistem penyampaian bagi mendapatkan semula keyakinan dan sokongan rakyat,” kata H’ng.

Melayu membentuk 59.2% daripada pengundi di kawasan DUN tersebut manakala pengundi Cina merangkumi 22.4% dan India (17.2%) serta lain-lain (1.2%). – 8 Julai 2024.



WOIT

PKR SALAHKAN

RAFIZI

AMIN

NURUL SALAHKAN

FITNAH

KAH KAH KAH

UMNO SALAHKAN

DAP

KAH KAH KAH

JANGAN LUPA

PROJEK SUNAK

KENAKAN RAFIZI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: