Sabtu, 31 Ogos 2024

AL-FATAH DITEBING BARAT BELOT TAK MASUK PERANG


Mangsa korban serangan Israel di Tebing Barat meningkat kepada 20

JENIN: Angka korban serangan Israel selama tiga hari di Tebing Barat yang diduduki telah meningkat kepada sekurang-kurang 20 mangsa, setakat semalam, menurut Israel dan Kementerian Kesihatan Palestin.

Menurut kumpulan Hamas dan Jihad Islam pula, sekurang-kurang 13 daripada mereka yang syahid itu adalah pejuang mereka, berikutan serangan dilancarkan rejim Zionis ke atas bandar serta kem pelarian di Tebing Barat sejak Rabu lalu.

Tentera Israel pula memaklumkan bahawa pihaknya membunuh tiga pejuang Hamas, termasuk seorang komander dikenali sebagai Wissam Khazem, dalam satu serangan udara berhampiran bandar Jenin, semalam.

Serangan Israel ke atas Tebing Barat itu turut mengakibatkan kemusnahan besar, terutama di Tulkarem yang mana Gabenornya, Mustafa Taqatqa menyifatkan serbuan berkenaan sebagai 'belum pernah berlaku sebelum ini dan satu isyarat berbahaya.'

Kumpulan advokasi Kelab Bantuan Palestin pula memaklumkan bahawa sekurang-kurang 45 orang ditahan di Tebing Barat sejak Rabu lalu, manakala tentera Israel berkata pihaknya menangkap 17 suspek didakwa berkait aktivis pejuang.

Semalam, Britain menegaskan, pihaknya amat bimbang dengan serbuan-serbuan terbabit, sekali gus menggesa Israel untuk 'menahan diri' dan mematuhi undang-undang antarabangsa.

Perancis pula dilaporkan berkata, operasi Israel 'memburukkan lagi ketidakstabilan dan keganasan yang belum pernah berlaku sebelum ini', manakala Sepanyol mengecam 'wabak keganasan yang jelas tidak boleh diterima.' - AFP

AL-FATAH BELOT

TAK MASUK

PERANG

AMIN

BERUNDING DGN

ISRAEL MACAM

UMNO RUDING

DGN BRITISH

AMIN

UMNO LAWAN

SAPA YANG LAWAN

BRITISH

AMIN

AL- FATAH LAWAN

SAPA YG LAWAN

ZIONIS ISRAEL

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: