Ahad, 11 Ogos 2024

FROMULA BARU HUTANG NEGARA TURUN


Jumlah hutang keseluruhan negara akan turun mulai 2027

KUALA LUMPUR: Jumlah hutang keseluruhan negara akan mula menurun bermula 2027 ke atas apabila jumlah hutang terdahulu yang matang akan mula berkurang, jelas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, dalam tempoh dua tahun mentadbir, hutang baharu tahunan telah berjaya diturunkan sebanyak RM14 bilion, iaitu RM86 bilion bagi 2024 berbanding RM100 bilion dalam 2022.

"Jika prestasi ini dapat dikekalkan, jumlah hutang keseluruhan negara akan mula menurun bermula 2027 ke atas apabila jumlah hutang terdahulu yang matang akan mula berkurang," katanya dalam satu hantaran di laman sosial rasmi beliau, hari ini.

Rafizi berkata, baru-baru ini, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim maklumkan bahawa jumlah hutang baharu berkurang setiap tahun setelah Kerajaan MADANI mengambil alih.

Beliau berkata, hutang baharu yang diambil kerajaan dijangka turun kepada RM86 bilion untuk 2024 berbanding RM93 bilion dalam 2023 dan RM100 bilion dalam 2022.

"Saya selalu terangkan bahawa pada masa kerajaan komited kurangkan hutang baharu setiap tahun, kita masih perlu membayar hutang yang diwarisi.

"Jadi, jumlah hutang tahunan itu perlu mengambil kira bayaran hutang terdahulu setiap tahun. Tempoh matang hutang kerajaan selalunya antara tiga ke lima tahun, ada yang lagi panjang dari itu," katanya.

Rafizi juga menjelaskan, profil hutang terdahulu yang perlu dibayar kerajaan sekarang ialah pada 2023 sebanyak RM78 bilion, 2024 (RM97 bilion), 2025 (RM89 bilion) dan 2026 (RM97 bilion).

"Maknanya, hutang-hutang yang diambil oleh kerajaan terdahulu kini perlu dibayar oleh kerajaan sekarang," jelasnya.

Rafizi selanjutnya berkata, walaupun ekonomi makin baik, cukai yang dikutip lebih tinggi, namun berikutan tempoh matang hutang terdahulu perlu dibayar, jumlah hutang keseluruhan masih kelihatan tinggi.

Justeru, katanya, prestasi mengurangkan hutang perlu diteliti juga dari segi jumlah baru hutang tahun yang diambil oleh pentadbiran sekarang, seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri.

Anwar baru-baru ini menegaskan bahawa kerajaan komited mengurangkan pinjaman bersih atau hutang baharu sebagai langkah jangka pendek meningkatkan keupayaan kewangan negara.

Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan 2024 menegaskan bahawa kerajaan menyasar untuk mengurangkan pinjaman tahunan kepada RM86 bilion bagi 2024 berbanding RM93 bilion pada 2023, dan RM100 bilion pada 2022.

Beliau berkata, pada 2021 dan 2022, negara berhutang sebanyak RM100 bilion sebelum dikurangkan secara berperingkat oleh kerajaan MADANI.

"Pinjaman kerajaan perlu dikurangkan walaupun hutang masih membengkak. Sebab itu saya nyatakan turunkan pinjaman dengan pada 2023 pada RM93 bilion dan 2024 dikurangkan lagi kepada RM86 bilion," katanya.

WOIT

BILA HUTANG

TURUN APAKAH

DUIT DALAM 

POKET RAKYAT

BERTAMBAH

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH

RAMAI  NAK

TAHU APA RAKYAT

UNTUNG

AMIN

Tiada ulasan: