Jumaat, 23 Ogos 2024

HALWA TELINAG UNTUK TIPU AHLI GEROMBOLAN


Tiada kerjasama politik jika Islam, agenda Melayu terjejas, kata Zahid


UMNO akan menghentikan sebarang bentuk kerjasama politik jika perjuangan parti terhadap hak Melayu tergugat, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno itu berkata walaupun jaminan seperti itu serang diberikan, ada pihak tertentu yang terus membawa naratif kedudukan Melayu dan Islam terancam.

“Mereka tanam kebencian terhadap Umno.

“Hakikatnya, kita tidak pernah mengubah pendirian terhadap isu ini, hanya kerana mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Zahid turut menyelar Bersatu dan PAS, mendakwa mereka mengkhianati prinsip ketika memegang kuasa.

Beliau memetik beberapa contoh di mana ketika Bersatu berada dalam kerajaan, ada cubaan untuk Malaysia meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd), di mana Umno membantahnya.

Zahid turut mengecam PAS dan mempersoalkan apa yang parti itu lakukan berkenaan agenda Islam ketika mereka berkuasa.

Katanya, parti Islam itu senyap berkenaan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (Akta 355) dan hudud bukan lagi agenda utama mereka. – 23 Ogos, 2024.

HALWA TELINGA

UNTUK AHLI

GEROMBOLAN

KAH KAH KAH

NGA KOMENG

KIT SIANG 

LIM GUAN ENG

SENYUM FAHAM

KAH KAH KAH

GOL N GINCU

TAK KOMEN 3 R

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: