PAGI INI
PAGI INI
RABU 4 MAC 2026
PUASA MASUK DUA MINGGU
PROJEK ZIONIS
ZIONIS TEMPATAN
Kah kah kah – Anwar bin Ibrahim menuduh bahawa ada PROJEK ZIONIS NAK GULINGKAN KERAJAAN – ini berita wajib di sokong,
MUSUH KEPADA MUSUH KITA ADALAH KAWAN KITA.
Pertama nak guling kerajaan bukan satu jenayah. Semua PARTI PEMBANGKANG bekerja tungkus lumus untuk gulingkan kerajaan yang sedia ada.
BETUL KE ZIONIS NAK GULINGKAN ANWAR BIN IBRAHIM – jika betul – ini amat molek sekali. Tapi dulu Anwar bin Ibrahim di sokong oleh para Zionis di Amerika.
Kawan baik Anwar bin Ibrahim bernama PAUL WOLFOWITZ. Sosok ini seorang Zionis ARKITEK PERANG IRAQ. Yahudi ini memberi kerja kepada Anwar bin Ibrahim di Johns Hopkins Universiti . Mengajar ilmu Pengajian Melayu u kah kah kah.
Tapi jangan lupa Anwar bin Ibrahim adalah penjual 39 lapangan terbang milik rakyat Malaysia kepada BLACKROCK.
BLACKROCK IALAH SYARIKAT ZIONIS YAHUDI
BLACKROCK IALAH PEMBEKAL UTAMA SENJATA UNTUK ISRAEL. Ini fakta bukan lebong Tukar Tiub.
Apa yang jelas kini Anwar bin Ibrahim sedang diserang dari luar dan dalam. Ini amat baik. LIHAT SAJA UNDI TERBARU DALAM PARLIMEN. Madafaka dibuktikan tidak ada sokong YB dalam parti sendiri. AMIN.
HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk segar. Matahari belum kelihatan. Langit kelam pucat. KL & KL Sentral berkabus agak tebal.
Di Pintu Masuk Cengkerik gumbira bersimponi. Di Bukit How Wow Bersuara. Dalam sawah rumput suara Tekukur. Tiong sibuk mencari rezeki di hadapan Abang Potong Rumput.
Pagi ini Siti dan Keluarga tidak kelihatan. Kemana mereka menghilang? Gua berjalan ke Wakaf Tiga dan pusing ke Wakaf Pertama – takda kelihatan sesiapa.
Gua nak menapak ke lorong Pintu Masuk gua ternampak Siti berkejar dari atas bukit. Semua turun ke jalan. Lalu gua lambakkan makanan nasi. Friskies juga gua tabur.
Berjalan pulang Siti ikut gua hampir ke Pintu Masuk. Lalu gua beri Friskies lagi. Wow – Siti ini dah jadi makin berani.
Hari ini akan panas. Sekarang cahaya Tuhan Ra baru nak keluar. Jika redup maknanya alam membantu kita berpuasa. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
RABU
BRO
Lu nak bahagia – caranya mudah. Lu jangan ambil pot perkara luar yang lu tak boleh kawal.
BRO
Lu terima hakikat ada perkara yang lu ingini tapi diluar upaya kuasa lu. Maka lu dengan gumbira gunakan dengan baik apa yang lu ada.
BRO
Watak lu adalah pilihan lu sendiri. Tiap hari apa yang lu lakukan, lu pilih dan lu pikir - ini adalah identiti diri lu sendiri. Amin.
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA
SELAMAT BERPUASA


1 ulasan:
kata zionis musuh sekarang dah kawan? lanciao apa ini? lidah isham lidah biawak ke? kah kah kah!
Catat Ulasan