AWAS !
INI PROJEK
NAK JUAL VAKSIN
AMIN
NAK KONTROL
PENDUDUK
AMIN
NAK PAKSA
PAKAI KP DIGITAL
AMIN
BERITA BERITA INI
UNTUK JUAL
TAKUT PADA
KITA SEMUA
KHALAS
6 penumpang kapal wabak hantavirus jalani kuarantin di Australia
SYDNEY: Enam penumpang yang dijangkiti wabak hantavirus di kapal persiaran MV Hondius tiba di Australia hari ini untuk menjalani kuarantin disifatkan sebagai antara yang paling ketat di dunia, kata Menteri Kesihatan, Mark Butler.
Mereka terdiri daripada empat warga Australia, seorang warga Britain yang menetap di Australia dan seorang warga New Zealand.
Butler berkata, mereka didapati negatif sebelum menaiki penerbangan sewa khas itu dan akan diuji sekali lagi sebaik tiba di Australia Barat sekitar tengah hari (0200 GMT).
Selepas itu, mereka akan dibawa ke pusat kuarantin khas di pinggir bandar Perth dan akan berada di sana sekurang-kurangnya tiga minggu.
Argentina giat kesan punca jangkitan asal hantavirus
BUENOS AIRES: Kementerian Kesihatan Ushuaia menafikan dakwaan bahawa jangkitan wabak hantavirus berpunca daripada tapak pelupusan sampah di wilayah berkenaan di Argentina.
Jurucakap kementerian itu, Martín Alfaro, berkata dakwaan itu adalah usaha untuk mencemarkan imej Ushuaia sebagai destinasi pelancongan.
"Ia satu usaha untuk mencemarkan imej Ushuaia sebagai destinasi pelancongan," katanya.
16 lagi individu di AS dipantau akibat hantavirus - kata CDC
WASHINGTON: Pegawai kesihatan Amerika Syarikat (AS) sedang memantau 16 lagi individu di seluruh negara bagi mengesan simptom hantavirus, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).
Menurut NYTIMES, CDC memaklumkan individu baharu itu bukan penumpang kapal persiaran Belanda yang terbabit dalam wabak itu, tetapi penumpang penerbangan ke Johannesburg pada 25 April yang terdedah kepada seorang individu dijangkiti virus berkenaan.
Dr David Fitter, yang mengetuai tindak balas CDC terhadap wabak itu berkata, dengan perkembangan itu, jumlah individu yang kini dipantau di AS meningkat kepada 41 orang.
Sebelum ini, 18 penumpang kapal persiaran dibawa pulang ke AS pada 11 Mei lalu dan kini menjalani kuarantin di fasiliti khas di Omaha, Nebraska dan Atlanta.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan