WOIT
KAH KAH KAH
INI PROJEK
AMAT BIJAK
KAH KAH KAH
JIKA UNDI MEROSOT
ANWAR
BIN IBRAHIM
AKAN DI MALUKAN
AMIN
SILAP ARI BULAN
MADAFAKA AKAA
BUNGKUS
KHALAS
PKR Perak mahu Anwar bin Ibrahim kekal tanding di Tambun perkukuh kempen PRU
IPOH: PKR Perak mahu Anwar bin Ibrahim perlu terus kekal bertanding di Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) bagi memperkukuh kempen pilihan raya PKR di negeri itu.
Pengerusi PKR Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri, berkata kehadiran Perdana Menteri yang juga Presiden PKR itu amat penting dalam mengukuhkan kedudukan Pakatan Harapan (PH) dan parti di negeri ini, sekali gus memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU16.
"Sebenarnya masih terlalu awal untuk kita mengetahui di mana Anwarbin Ibrahim akan bertanding pada PRU akan datang. Berdasarkan pengalaman bersamanya sebelum ini, beliau biasanya membuat keputusan hanya dua atau tiga bulan sebelum pilihan raya.
"Bagaimanapun, kami di Perak memang memerlukan Anwar bin Ibrahim untuk terus kekal di sini bagi membantu kami memenangi lebih banyak kerusi pada PRU16 akan datang," katanya selepas majlis perasmian ibu pejabat baharu PKR Perak di Meru, di sini, semalam.
Mohamad Hairul mengulas spekulasi mengenai lokasi bakal ditandingi Anwar pada PRU akan datang, termasuk dakwaan Ahli Parlimen Tambun itu mungkin bertanding di Pulau Pinang atau Putrajaya.
Pada PRU15, Anwar bin Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Tambun dengan majoriti 3,736 undi apabila berjaya memperoleh 49,625 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PH), Ahmad Faizal Azumu yang meraih 45,889 undi.
Calon Barisan Nasional (BN), Aminuddin Md Hanafiah pula memperoleh 28,140 undi, manakala calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Abdul Rahim Tahir mendapat 1,115 undi.
Mohamad Hairul berkata, setakat ini, pihaknya mengandaikan tidak berlaku perubahan pada kerusi bakal ditandingi Anwar bin Ibrahim.
"Bagi beliau, ia bukan soal sama ada sesuatu kerusi itu selamat atau tidak. Sebagai contoh, apabila beliau datang ke Tambun sebelum ini, tujuan utamanya untuk membina momentum dan sokongan di wilayah utara supaya kita dapat memenangi lebih banyak kerusi di Perak serta menyumbang lebih banyak kerusi pada peringkat Persekutuan," katanya.
Mengulas spekulasi pergolakan dalaman susulan beberapa peletakan jawatan membabitkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Tanjung Malim baru-baru ini, beliau berkata, perkara itu tidak menjejaskan struktur keseluruhan parti di Perak.
"Di Tanjung Malim, daripada keseluruhan barisan jawatankuasa, hanya sebilangan kecil yang meletak jawatan. Majoriti masih kekal dan cabang terus menjalankan tugas seperti biasa," katanya.
Pada Rabu lalu, Ketua AMK Tanjung Malim, Muhammad Haziq Azfar Ishak mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota EXCO Angkatan Muda Keadilan dan keluar serta-merta daripada PKR.
Muhammad Haziq berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau bimbang dengan hala tuju parti yang didakwa semakin menyimpang daripada perjuangan dan prinsip asalnya.
Mohamad Hairul turut menolak dakwaan berlaku penghijrahan besar-besaran ahli PKR di Perak, termasuk dakwaan mengaitkannya dengan sebuah platform politik baharu.
"Setakat ini tiada pembabitan kanan atau ketua cabang. Jumlah yang terbabit sangat kecil berbanding keseluruhan keahlian kami yang melebihi 100,000 orang di Perak," katanya

Tiada ulasan:
Catat Ulasan