Jumaat, 31 Julai 2026

TEATER RASUAH


INI TEATER

RASUAH DIPENTAS

UNTUK HIBURAN

SEBELUM MENGUNDI

KHALAS

PRN Negeri Sembilan: SPRM terima empat laporan dakwaan sogokan wang tunai

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima empat laporan berkaitan dakwaan pemberian wang tunai pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan semalam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, berkata daripada jumlah itu, dua laporan membabitkan calon, manakala dua lagi membabitkan pengundi.

Katanya, semua laporan yang diterima adalah berhubung dakwaan pemberian wang tunai dan sedang diteliti oleh SPRM.

"Kita membuka bilik gerakan sempena PRN Negeri Sembilan dan setakat semalam, SPRM menerima empat laporan.

"Daripada jumlah itu, dua membabitkan calon dan dua lagi membabitkan pengundi, dengan kesemuanya adalah aduan berkaitan pemberian wang tunai," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Tiada ulasan: