SASPENS
KAH KAH KAH
DENGAN SAPA
UMNO AKAN
BERUNDING?
JENG JENG JENG
PRN Melaka: BN runding dua
pihak minggu depan
Barisan Nasional (BN) akan memulakan rundingan dengan dua pihak pada minggu depan bagi membincangkan kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno berkata perbincangan berkenaan akan diwakili Pengerusi BN Rauf Yusoh dan Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki.
"Minggu depan, ibu pejabat (Umno) telah mengaturkan dua perjumpaan yang berasingan pada tarikh dan waktu yang berbeza (dengan) dua kumpulan yang berlainan.
"Tentunya kita sebagai sebuah gabungan politik atas nama BN mahu melihat manfaat kepada negara dan khususnya kepada gabungan parti kita bagi jangka sederhana dan panjang " katanya di Melaka, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Musyawarah Nasional - Membongkar Polemik Tanah Melayu yang turut dihadiri Ab Rauf di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di Melaka.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubar berkuat kuasa pada Rabu (23 Sept) lepas bagi memberikan laluan kepada PRN Melaka ke-16.
Dalam PRN yang diadakan pada 2021, BN menang 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan, manakala Pakatan Harapan (lima kerusi) dan Perikatan Nasional (dua kerusi).- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan