TABEK HORMAT
DARI RAKYAT
AMIN
TUGAS MURNI
TETAP DI INGAT
AMIN
SELAMAT PERGI
SELAMAT BERJAYA
KHALAS
SMART dijangka berada di Nepal antara 7 hingga 11 hari
SUBANG: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dijangka menyertai misi kemanusiaan di Nepal antara tujuh hingga 10 hari.
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Meor Ismail Meor Akim, berkata semua 11 pegawai dan anggota yang dihantar ke Nepal memiliki pelbagai kepakaran berbeza.
Katanya, kemahiran berkenaan relevan bagi membantu operasi dalam situasi bencana antaranya pakar mencari dan menyelamat (SAR), kendalian dron, logistik, komunikasi dan sokongan teknikal.
"Penerbangan berlepas jam 9 pagi tadi dan akan mengambil masa kira-kira lima jam. Mereka dijangka tiba pada jam 11 pagi waktu Nepal (1 tengah hari waktu Malaysia).
"Kita membawa pelbagai peralatan seberat 12.4 tan antaranya kelengkapan menyelamat, alat pengesan, sistem komunikasi, dron berkapasiti tinggi, peralatan khas menyelamat terowong, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan satu trak muatan 10 tan.
"Lokasi penugasan SMART akan diketahui selepas tiba di sana dan ketibaan pasukan akan disambut wakil Malaysia di sana, disusuli taklimat kawasan pengoperasian," katanya pada sidang media di Pangkalan Udara (PU) Subang, di sini, hari ini.
Seramai 11 pegawai dan anggota pasukan SMART berlepas ke Nepal menaiki pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menyertai misi kemanusiaan di kawasan bencana hari ini.
Mengenai matlamat SMART di Nepal, Meor Ismail berkata, antara objektif utama ketika ini adalah memberi bantuan kemanusiaan dan pelbagai aspek termasuk SAR.
"Keutamaan kita pastinya mengesan rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang," katanya.
Katanya, SMART dijangka diatur gerak ke lokasi terakhir diketahui keberadaan rakyat Malaysia berdasarkan maklumat diperoleh.
"Biasanya selepas diberi taklimat oleh pihak rakan sejawat di Nepal, mereka akan disediakan pemandu arah untuk operasi di sana.
"Sasaran kita adalah membantu misi kemanusiaan kerana dalam SAR, kita tidak kira siapa mangsa untuk diselamatkan.
"Siapa yang ditemui kita akan selamatkan dan kita tak tahu rakyat kita (yang terputus hubungan) berada di mana.
"Tumpuan kita adalah kawasan terakhir rakyat Malaysia dan semestinya kita mahu jumpa rakyat kita," katanya.
Setakat ini, nasib 55 rakyat Malaysia yang gagal dihubungi susulan banjir kilat dahsyat di Nepal pada 26 Ogos lalu kekal menjadi tanda tanya.
Wisma Putra dilapor berkata, angka itu diperoleh berdasarkan maklumat terbaharu daripada ahli keluarga, agensi pelancongan dan sumber lain yang berkaitan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan