Jumaat, 2 Oktober 2026

PROJEK SALAH BENDERA

 



KAH KAH KAH

TERAM BUAT

LAWAK

KAH KAH KAH

SEMUA TAHU

INI PROJEK

SALAH BENDERA

AMIN

NAK SELAMATKAN

SETANYAHU

NAK SELAMATKAN

TERAM

KAH KAH KAH

KALAU PENGGANAS

KENAPA DIBEBAS

DENGAN

JAMINAN POLIS?

KAH KAH KAH

KHALAS


Trump ikrar serang Iran 'habis-habisan' jika terbabit serangan flydubai


Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengancam Iran akan diserang 'habis-habisan' jika siasatan mendapati Tehran terbabit dalam serangan terhadap penerbangan flydubai ke Israel.

Trump berkata, Iran berkemungkinan terbabit dalam kejadian yang berlaku ketika penerbangan dari Dubai ke Tel Aviv itu.

"Saya akan katakan jawapannya, berdasarkan apa yang saya dengar, adalah ya, tetapi kami sedang menyiasatnya sekarang," kata Trump ketika ditanya pemberita di Rumah Putih sama ada Iran terbabit dalam kejadian itu.

Ketika ditanya sama ada AS akan bertindak balas terhadap Iran jika negara itu bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan, Trump menjawab: "Oh, mereka akan diserang habis-habisan, jangan bimbang".

Ancaman itu dibuat ketika Trump mengambil pendirian lebih keras terhadap perang dengan Iran yang masih belum berakhir.

Dalam kejadian berkenaan, pembantu juruterbang didakwa menyerang kapten pesawat sebelum penumpang berjaya menahannya dan menghalang pesawat daripada terhempas.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula mendakwa pembantu juruterbang itu sudah menjalani 'indoktrinasi radikal Islam'.

Dalam temu bual dengan majalah Time yang diterbitkan semalam, Trump berkata ada kemungkinan beliau menyambung semula serangan udara terhadap Iran selepas pilihan raya pertengahan penggal AS bulan depan.

Parti Republikan bimbang kehilangan kawalan terhadap Kongres dalam pilihan raya pada 3 November itu, ketika tahap sokongan terhadap Trump dilaporkan hampir mencecah paras terendah susulan perang Iran.

Kenaikan harga minyak yang menyebabkan kos sara hidup meningkat turut menjadi antara isu yang memberi tekanan kepada pentadbiran Trump.

Trump juga mengulangi ancaman untuk 'melenyapkan' Iran, yang dibuat dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) minggu lalu.

"Ya, saya akan berbuat demikian. Ia satu kemungkinan. Kerana dengan melenyapkan Iran, kita telah mewujudkan keamanan di dunia. Dengan Iran, saya tidak fikir keamanan akan dapat dicapai," kata Trump kepada Time.

Iran pula masih menguasai Selat Hormuz, laluan perkapalan penting yang menghubungkan Teluk Parsi dengan Teluk Oman, lebih tujuh bulan selepas serangan awal AS dan Israel terhadap negara itu.

Trump berkata perang berkenaan bertujuan menghalang Iran daripada membangunkan senjata nuklear.

Sementara itu, AS dijangka menghantar kapal pengangkut pesawat ketiga serta sehingga 10,000 anggota tentera tambahan ke Asia Barat menjelang akhir November, lapor Wall Street Journal.

Bagaimanapun, belum jelas sama ada kapal pengangkut pesawat baharu, USS Theodore Roosevelt, akan menggantikan salah satu daripada dua kapal pengangkut pesawat yang kini berada di rantau berkenaan.

Menurut laporan Journal, Trump memberitahu pembantunya bahawa beliau menjangka serangan udara terhadap Iran disambung semula menjelang akhir November. – AFP



Tiada ulasan: