Jumaat, 4 Mac 2022

PANDANGAN YANG BUKAN AMERIKA ATAU NATO

 



PANDANGAN BUKAN

AMERIKA 

BUKAN NATO

AMIN

MARI KITA BANTU IBU INI



BUKA LAMAN INI
JIKA KAWAN KAWAN & PEMBACA
TUKAR TIUB
INGIN MENDERMA
 UNTUK MENCAPAI
 $60,000 RINGGIT 

https://yck.give.asia/campaign/let-s-help-madam-loh-restart-her-life#/

Loh berhenti kerja untuk lebih dekat dengan anak-anak

LOH Siew Hong meletakkan jawatannya sebagai pembantu tukang masak di Genting Highlands supaya lebih dekat dengan tiga anaknya yang terpisah sejak tiga tahun lalu.

Ibu tunggal berusia 34 tahun itu memberitahu The Malaysian Insight beliau kini merancang untuk menubuhkan perniagaan makanan trak (food truck) yang akan membuatkannya lebih dekat dengan anak-anaknya sepanjang masa.

Ketika ditanya bagaimana respons majikannya susulan peletakan jawatannya, Loh berkata, bosnya sangat memahami keadaannya dan menerima surat peletakan jawatannya dengan baik.

Pada masa ini, Loh berkata, pengasas Yayasan Chow Kit Dr Hartini Zainuddin sedang mengumpul dana untuk membantunya dalam perniagaan makanan trak serta pendidikan anak-anaknya.

Selain mengumpul dana, Dr Hartini juga mendapatkan sukarelawan untuk mengajar anak-anaknya dalam pelajaran.

Pada masa ini, Loh berkata, beliau sedang menyimpan wang untuk menyara diri dan anak-anaknya sehingga perniagaan makanan trak menjadi kenyataan.

“Saya bercadang untuk menjual ais kacang, cendol, koktel buah-buahan dalam trak makanan saya di sekitar Kuala Lumpur,” katanya sambil menambah beliau akan mengambil masa sekitar satu tahun untuk bangkit semula.

Pada masa ini, kutipan dana dalam talian yang dibuat oleh Dr Hartini terkumpul sebanyak RM15,850.

Loh melahirkan rasa terima kasihnya kepada orang ramai yang menawarkan diri untuk membantunya membina semula keluarga.

Beliau berkata, sejak kembali bersama tiga anaknya, mereka berkongsi detik penting sepanjang tiga tahun mereka tidak bersama.

Loh berkata, keluarganya juga memberi sokongan moral dan membantunya dari segi pengangkutan kerana beliau tidak memiliki kenderaan.

Bulan lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan habeas corpus baginya untuk menuntut semula hak penjagaan anak kembarnya, 14, dan anak lelaki, 10, dan mereka disatukan semula.

Mereka berjauhan sejak Loh berpindah ke rumah kerajaan untuk mangsa penderaan domestik pada 2019. Kanak-kanak itu diIslamkan oleh bapa mereka tanpa kebenaran Loh selama bertahun-tahun mereka berpisah dan dijaga oleh NGO di Pulau Pinang. – 3 Mac, 2022.

SAPA ADA

DUIT LEBIH 

AMIN

SAPA ADA

NAK HULUR

AMIN

SAPA NAK BUAT

AMAL JARIAH

AMIN

MARI KITA SESAMA

BANTU IBU INI

AGAR DIA TERUS

BERSAMA 

ANAK ANAK

AMIN

AKHIRNYA NAZRI JADI JUJUR

 




Nazri persoal jika undang-undang akan dipinda, halang tukar agama sepihak

NAZRI Aziz membangkitkan persoalan adakah undang-undang akan dipinda supaya menghalang penukaran agama secara sepihak serta memerlukan persetujuan kedua ibu dan bapa.

Ahli Parlimen Padang Rengas turut menyoal adakah perkataan ibu bapa yang merujuk kepada ibu dan bapa akan ditarik balik daripada Perlembagaan.

“Dan adakah dalam pindaan itu akan ada tafsiran yang tepat tentang perkataan ibu bapa. Ia harus untuk kedua-dua ibu dan bapa,” katanya semasa perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Bekas menteri undang-undang itu berkata, beliau sama sekali tidak bersetuju dengan penukaran agama secara paksa terhadap kanak-kanak daripada agama Hindu kepada Islam, yang dilakukan oleh bapa mereka yang kini berada di penjara.

“Kini, mahkamah juga telah memberikan hak penjagaan ketiga-tiga anak kepada ibu mereka. Saya menentang sekeras-kerasnya penukaran agama anak-anak ini.

“Dalam Islam kita tidak memaksa sesiapa pun untuk memeluk agama kita. Ia perlu secara sukarela.”

Tambahnya penukaran unilateral tidak dibenarkan.

“Ada yang mengatakan Perlembagaan Persekutuan menafsirkan yang ibu bapa adalah bapa dan ibu, tetapi penggunaan biasa ialah ibu bapa.

“Jadi, kita tidak boleh kata seorang bapa atau ibu boleh menukar agama anak mereka secara unilateral.

“Pendirian saya ialah bapa tidak boleh tukar agama anak-anak tanpa persetujuan ibu.”

Komennya dibuat selepas kes terbaharu membabitkan ibu tunggal Loh Siew Hong di mana anak kembar perempuan berusia 14 tahun dan anak lelaki berusia 10 tahun ditukar agama oleh bekas suaminya Naghaswaran Muniandy pada Julai 2020.

Bulan lepas, Loh berjaya dalam cabaran undang-undang untuk membatalkan penahanan tiga anaknya yang memeluk Islam secara unilateral oleh bekas suaminya yang menculik mereka.

Tiga anaknya didakwa diculik pada 2019 memeluk Islam tanpa pengetahuan Loh.

Penukaran unilateral telah mencetuskan semula perdebatan mengenai perkara itu. Mahkamah Persekutuan pada 2018 telah memutuskan dalam kes Indira Ghandi sebelum ini, menyatakan penukaran agama memerlukan persetujuan kedua ibu bapa.

Anak perempuan Indira, Prasana Diksa, telah diambil oleh bekas suaminya K. Pathmanathan yang memeluk Islam dan menukar nama kepada Muhammad Riduan Abdullah ketika anaknya berusia 11 bulan.

Dia juga telah mengislamkan tiga anak mereka tanpa pengetahuan Indira.

Walaupun telah diputuskan, polis masih belum mendapatkan semula Prasana dan mengembalikannya kepada Indira.

Polis masih belum mengesan Muhammad Riduan walaupun waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi pada 2014

Semasa perbahasannya, Nazri berkata jika bapa dibenarkan menukar agama anak-anak itu adalah paksaan.

“Seperti kes M. Indira Gandhi di mana anaknya dibawa lari selepas dia bersalin.

“Dan anak itu diislamkan. Sebagai orang Islam saya tidak bangga dengan isu seperti ini. Tidak ada keadilan.

“Satu lagi sebab saya tidak bersetuju dengan ini adalah kerana dalam negara kita perlu menjaga hak dan kepentingan minoriti.

“Sudah tentu Perlembagaan mengatakan Islam adalah agama persekutuan, tetapi kita tidak boleh menindas golongan minoriti.” – 2 Mac, 2022.

 AKHIRNYA

NAZRI JADI

SOSOK JUJUR

AMIN

BILA TAK JADI

ROTTWEILER

TAK JADI MENTERI

TAK JADI

KAKI BODEK

AMIN

NAZRI KEMBALI

JADI RASIONAL

 BERCAKAP 

DARI  RASA HATI

AMIN

SALUT 

OLD BOY

KHALAS

SOSIALISMA TAK AKAN MUNCUL

 


KAPITALIS TAK

AKAN KALAH

KALAU TIDAK

 DI LAWAN

AMIN

SOSIALISMA

TAK AKAN MUNCUL

KALAU TIDAK

DIPERJUANGKAN

KHALAS

Unknown commented on

 "LU LAH JADI KAWAN GUA"

Hahahaha, dah lama xdengar / Bava pantun. Isham, I will be your kawan. Bukan kerana gwa pengikut Lenin atau maotzetung. Tapi gwa setuju dgn pandangan Lu pasal kebangkitan socialism pada satu Hari kelak. Jurang diantara Kaya Dan miskin dah terlalu ketara.

NATO TAKUT DENGAN RUSIA

 




NATO HANYA

BERANI BOM

NEGARA KECIL

YUKOSLAVIA 

YANG  BUKAN

 ANGGOTA NATO 

AMIN

KENAPA TAKUT 

MASUK UKRAINE

KAH KAH KAH

NATO KATA BUKAN

ANGOTA NATO

KAH KAH KAH

TAPI YUKOSLAVIA

PUN BUKAN

ANGGOTA NATO

KAH KAH KAH

CAKAPLAH

TAKUT PADA RUSIA

KAH KAH KAH


JANGAN UNDUR TEGAKKAN KEBENARAN

 


JANGAN UNDUR

TEGAKKAN

KEBENARAN

AMIN

Unknown commented on

 "KEBENARAN 

TAK HILANG"

setelah dijumpai adakah ia benar2 kebenaran ? kah kah kah

Unknown commented on

 "KEBENARAN 

TAK HILANG"

Kebenaran tidak hilang.... Kebenaran cuma illusive Apa itu kebenaran? Adakah kebenaran itu sama seperti sejarah? Sejarah ditulis oleh mereka yang menang. Seperti sejarah juga, kebenaran berada dipihak yang berduit. Ambik Bini Loosemah sebagai contoh, walau didapati bersalah seantero dunia, tapi disebabkan beliau berwang maka ramai la yang percaya bahawa beliau yang suci murni itu telah dipitenah oleh Atuk. Walaupun Atuk menyatakan kebenaran, tapi amat kurang didengari.

Unknown commented on 

"KEBENARAN

 TAK HILANG"

Kebenaran adalah sesuatu yg benar dan ketidakbenaran adalah semua yg tidak benar. Amacam sedap tak falsampah gua. Kah kah kah adakah tanda hendak membenarkan yg kurang benar lagi tidak berinti.