Selasa, 15 Mac 2022

-BANJIR - SELEPAS BANJIR

 



SATU JEMPUTAN

AMIN

BANJIR

SELEPAS BANJIR

AMIN 


 Dengan sukacitanya, kami menjemput anda untuk menghadiri  Pelancaran Tayangan “Selepas”, sebuah dokumentari oleh Kelab Bangsar Utama. 

“Selepas” mengisahkan tentang bencana banjir besar yang telah berlaku di Pahang pada Disember 2021. Ratusan nyawa tidak berdosa telah terkorban. Kerosakan dan kemusnahan harta benda tidak dapat dikembalikan semula. Selepas 1 bulan, tiada apa yang berubah. Kayu balak masih berlonggok di sepanjang sungai, penduduk masih tinggal di pusat pemindahan sementara dan seakan-akan tiada siapa yang mahu bertanggungjawab. 

Ini kisah mereka. 

Pelancaran akan diadakan pada:

Tarikh: 16 Mac 2022
Masa:  8 malam
Lokasi: PJ Live Arts Centre, Jaya One. 
https://goo.gl/maps/JZUUDF9cdyWqDPFx6

Untuk sesiapa yang ingin menghadiri pelancaran ini, sila daftar di www.tiny.cc/Selepas 

Jumpa anda di sana!

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di 
extinctionrebellionmy@gmail.com atau DM kita di IG @extinctionrebellion.my atau Twitter @ExtinctionRMy 

* Disebabkan sekatan SOP Covid-19, kita akan ada had untuk saringan pertama. Namun, bagi yang tidak menerima jemputan selepas pendaftaran, jangan risau! Anda akan dimaklumkan dan dijemput ke tayangan kami pada masa dan lokasi yang seterusnya. Terima kasih kerana memahami! *

PEMIMPIN MELAYU TIPU MELAYU




PEMIMPIN MELAYU

TIPU MELAYU

BUHAN CHINA DAP

KHALAS 

Unknown commented on 

"DALAM NEGARA 

KAPIR LAKNAT"

Negara kafir tak tunggang agama untuk curik, tak guna agama untuk pecah belah rakyat, ada polisi baik mereka bincang, sebab majoriti ramai masih salah kumpulan kaum kecil atas kelemahan mereka, sama macam salah DAP semua, tapi selama ini siapa pimpin negara, bukan Kit Siang, bukan Guan Eng, Melayu semua mula dari Tunku , Razak, Hussein, Mahathir, Pak Lah, Najib...lepas ITU semua Cina ker yang jadi PM ? Kah kah kah dah dasar pencurik nak buat camana kah kah kah tulang darah daging makan rasuah siang malam kah kah tapi boleh cuci dosa amin

BEBAL MINTA BANTUAN DARI BEBAL

 




BEBAL MINTA

BANTUAN DARI

BEBAL

KHALAS 

Unknown commented on

 "PARTI TAK BEBAL YANG BEBAL POLITIKUS"

bebal it adalah berharap pada yang bebal buat peruhbahan dan puak yang dah banyak kali kalah... PH adalah puak yang sentiasa kalah dan tak pernah belajar dari kekalahan dan kita nak harap pada yang puak tak boleh harap dan bebal... tobatlah panglimo.. kah kah kah

BERKHALWAT HARI KE 724

 



KHALWAT KE 724

SELASA  15/3/2022

KITA MASUK KE HARI 724
BERKHALWAT

ANGKA DAH TURUN
TAPI MASIH
20,000+++

GEROMBOLAN
DALAM KRISIS
KLUSTER MAHKAMAH
KLUSTER PENJARA MAHU
PRU15
SEKARANG

KLUSTER PM
KLUSTER MENTERI
TAK NAK PRU 15
MEREKA MAHU
ADA PEMILIHAN DULU
LEPAS ITU
BARU PRU15

ERTINYA
JIKA 
NAJIB DAN ZAHID
MASIH ADA KETIKA
PRU15
INI SATU BEBAN

BEBAN BERAT
UNTUK GEROMBOLAN
MEMIKUL
BUKAN SAEKOR BIAWAK
TAPI ADA BEBERPA
EKOR BIAWAK HIDUP
YANG PERLU DI PIKUL
PALING BERAT
NAJIB & ROSMAH
AMIN

PERANG UKRAINE
DAH MASUK HARI KE 20
MASIH SERANG MENYERANG
MASIH BUNUH MEMBUNUH
AMIN

PAGI INI HOKKIEN
DAH AGAK KERING
LOPAK AIR DAH HILANG
TAPI CUACA SEJUK

KL & KL SENTRAL
DAN JUGA HOKKIEN
DIBALUTI OLEH KABUS
YANG AGAK TEBAL

LANGIT BIRU
DENGAN BANYAK TOMPOK
AWAN PUTIH BEROMBAK
MATA HARI DAH KELUAR
TAPI CAHAYA LEMAH

GUA TAK DENGAR
SUARA UNGGAS PAGI
HANYA  TERKUKUR
DAN TIONG
WARGA SETIA HOKKIEN

GUA RASA
PANAS  YANG MENJANJIKAN

BRO
SENYUM
SENYUMLAH

BRO 
KALAU KITA
BERCAKAP BENAR
TIDAK TAK PERLU
MENGINGATINYA

BRO
ADA KAWAN BAIK
ADA BUKU MENARIK
MELIHAT HIDUP DENGAN SELAMBA
INILAH HIDUP YANG TERBAIK

BRO
SOSOK YANG BOLEH MEMBACA
TAPI TAK MEMBACA
TAK ADA KELEBIHAN  DARI SOSOK
YANG TAK TAHU MEMBACA

BRO
APA YANG PERLU DILAKUAN
JANGAN TANGGUH ESOK
 LAKUKAN SEKARANG
ESOK MUNGKIN ESOK

BRO
JANGAN JADIKAN SEKOLAH
SEBAGAI PENGHALANG
PEMBELAJARAN KITA

BRO
FITNAH BOLEH BERJALAN
MENGELILINGI DUNIA
KETIKA KEBENARAN
BARU NAK MEMAKAI KASUT

BRO
JANGAN SEBARKAN
APA YANG BENAR 
PADA SOSOK SOSOK
YANG HAMPEH TAK BERGUNA

BRO
JANGAN KLIM
DUNIA INI PATUT BERI LU
SESUATU
DUNIA INI TAK BERHUTANG
DENGAN LU
DUNIA WUJUD DULU DARI  LU

BRO
JANGAN UTAMAKAN ORANG LAIN
 JANGAN JADIKAN DIRI KITA
JADI PILIHAN MEREKA

BRO
PAKAIAN DIBADAN
CERMIN DIRI
SOSOK  BOGEL
TAK ADA PENGARUH
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

Isnin, 14 Mac 2022

DARURAT CUACA MENAKUTKAN - TAPI WAJIB DILIHAT DAN DENGAR

 


DARURAT CUACA

AMIN

MENAKUTKAN

TAPI WAJIB DILIHAT

DAN DIDENGAR

KHALAS

LANGKAH BIJAK AL-KETATI

 



Khairuddin umum keluar PAS

AHLI Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Aman Razali umum keluar PAS berkuat kuasa hari ini.

Beliau membuat pengumuman itu dalam satu sidang media di bangunan Parlimen selepas menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan di Parlimen jam 2.30 petang tadi.

“Saya Mohd Khairuddin Aman Razali pemegang nombor keahlian PAS 313899 memohon untuk berhenti daripada menjadi ahli PAS,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Khairuddin, 49, menyertai PAS pada 1989. Umurnya ketika itu 16 tahun.

Bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi dalam pentadbiran Muhyiddin Yassin itu berkata, beliau akan jadi ahli parlimen bebas di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun beliau akan memenuhi janji kepada parti yang dibuat semasa menyertai pilihan raya.

“Saya akan menyerahkan semua elaun bulanan sebagai ahli parlimen pada waktu berbaki sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 sebagai memenuhi bai’ah yang dibuat ketika bertanding pilihan raya,” katanya.

Khairuddin juga berkata, sebagai Muslim beliau akan terus berpegang dan memperjuangkan segala yang dipegang dan diperjuangkan oleh PAS.

Ditanya pemberita mengenai alasan tindakannya keluar parti, Khairuddin berkata: “Sukar untuk dijawab.”

“Saya sayangkan PAS. Saya ‘kekal PAS’ insya-Allah tetapi bukan sebagai ahli organisasi kekal, tetapi kekal dengan matlamat perjuangan dasar dan tujuan insya-Allah,” katanya.

Khairuddin mengumumkan langkah keluar parti hanya beberapa jam selepas mengkritik PAS yang didakwanya sudah membuang budaya politik matang “jauh ke dalam Laut China Selatan”.

Beliau menegur sikap kepimpinan parti yang katanya mengamalkan budaya penafian dan menyembunyi masalah, yang jika dibiarkan boleh membunuh masa depan PAS.

“Walak dan ketaatan tidak seharusnya mematikan muhasabah dan kritikan. Kritikan bukannya penderhakaan terhadap walak.

“Kritikan terbuka perlu diterima di saat teguran dalaman menerusi mesyuarat tertutup tidak lagi diendahkan bahkan dibocorkan kepada awam sehingga menimbulkan fitnah kepada orang yang menegur,” katanya dalam satu tulisan di Facebook pagi tadi.

Tindakan Khairuddin keluar PAS adalah kemuncak daripada episod pertembungannya dengan parti sekurang-kurangnya sejak beberapa bulan kebelakangan.

Khairuddin kalah pemilihan ahli jawatankuasa PAS pusat pada muktamar parti awal November 2021. Beliau kemudian dilantik ke jawatankuasa itu bersama beberapa tokoh lain yang juga kalah, antaranya Nik Mohamad Abduh Nik Abdullah.

Tetapi tidak sampai sebulan Khairuddin dilucutkan jawatan itu. Alasan penggugurannya tidak pernah disebut secara jelas namun Takiyuddin menafikan ada kaitan dengan isu kerjasama PAS dengan Umno atau Bersatu.

Khairuddin adalah antara pemimpin PAS yang lantang menyuarakan pandangan tentang perlunya parti Islam itu mempertahankan kerjasama dengan Umno dalam Muafakat Nasional.

Lebih kurang sebulan selepas pengguguran itu, Khairuddin digugurkan pula daripada jawatan setiausaha Majlis Syura Ulama PAS.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengesahkan tindakan itu atas alasan masalah disiplin. Tindakan itu bagaimanapun mencetuskan kontroversi kerana didakwa melanggar perlembagaan parti tetapi selesai apabila Khairuddin sendiri kemudian mengumumkan letak jawatan. 

Khairuddin mula bertanding pilihan raya mewakili PAS pada Pilihan Raya Umum 2013, menang kerusi Parlimen Kuala Nerus. Beliau menang dengan majoriti kecil 610 dan seterusnya mengekalkan kerusi itu pada 2018 dengan majoriti lebih besar 8,447 undi. – 14 Mac, 2022.

WAL AUDI AL-KETATI

AMBIL LANGKAH

TEPAT LAGI BIJAK

AMIN

SOSOK BERANI

SOSOK JUJUR

SOSOK PENCARI

YANG KETAT 

LAGI SENDAT

KAH KAH KAH

UNTUK DILIPAT

SAMBIL DIPASAK

KAH KAH KAH