Sabtu, 14 Mei 2022

NIAGA LENDIR

 


NIAGA LENDIR

JUAL AGAMA

DUA BISNES

PALING TUA 

DALAM  DUNIA

AMIN

Unknown commented on

 "TINDAKAN PIHAK BERKUASA"

Baru dapat tahu rupanya ada lendir untuk Jualan, selama ini polis tidak tahu sebab sibuk melayan orang politik kah kah kah

LANCHAU 48


APA JADI
JAM

SAMAN

MAT LANCHOW

AUTA KELING

ATAU

I GOD DE NUMBO


KAH KAH KAH

MALAPETAKA CUACA DAH SAMPAI

 

BUKTI

MALAPETAKA

 CUACA

SUDAH SAMPAI

AMIN 

PANDANGAN BIJAK LAGI TEPAT

 



PKR tidak boleh tanding PRU15 sendirian, kata Amirudin

PKR masih belum mempunyai kekuatan untuk bertanding secara sendirian, atau bergerak solo tanpa sokongan parti-parti lain pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor Amirudin Shari.

Beliau berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

“Jika kita tidak dapat kumpul kekuatan dan terpisah, parti akan hilang dukungan dan sokongan untuk memenangi kerusi dalam PRU15 akan datang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota PKR Perlis di Pusat Khidmat Rakyat  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis di Kuala Perlis hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Md Akin, Ahli Parlimen Kangar Noor Amin Ahmad dan Adun Kuala Perlis, Nor Azam Karap.

Amirudin yang juga merupakan menteri besar Selangor berkata gabungan Pakatan Harapan (PH) di Selangor sebelum ini turut didekati beberapa parti lain yang menyatakan sokongan dan ingin bersama-sama dalam PRU15 nanti.

“Namun saya perlu merujuk dahulu kepada pimpinan gabungan PH untuk melihat bagaimana kita harus susun strategi dan formula untuk kemenangan,” katanya. – Bernama, 13 Mei, 2022.


PANDANGAN

TEPAT & BIJAK

AMIN

TIDAK ADA

JALAN LAIN

MELAINKAN

MENDIRIKAN

SATU BARISAN

UNITED FRONT 

YANG LUAS 

DAN AMPOH

AMIN

BANYAKKAN

KAWAN 

KURANGKAN

MUSUH ADALAH

AGENDA UNTUK

MENANG

AMIN

DENGAN SLOGAN

MASUKKAN NAJIB

KE DALAM JIL

SEKARANG

KHALAS

INI BARU BULAN LIMA

 



Penduduk Janda Baik tak lena tidur setiap kali hujan berterusan

PENDUDUK di Janda Baik di Bentong, Pahang sering tidak dapat tidur di waktu malam apabila hujan berterusan tanpa henti.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight bahawa mereka sentiasa hidup dalam ketakutan sejak banjir melanda pada Disember.

Hujan lebat yang luar biasa sebelum dan pada hujung minggu 17 hingga 18 Disember menyebabkan banjir besar di beberapa negeri termasuk Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

Pulau Santap, tempat rekreasi utama di Janda Baik antara yang terjejas teruk akibat banjir.


Rabu lalu hujan lebat berterusan sejak jam 3 pagi menyebabkan beberapa kawasan di Janda Baik, Bentong dinaiki air dan berlakunya tanah runtuh.

Video dan imej air banjir mengalir di atas jalan dan masuk ke dalam rumah dikongsi secara meluas di media sosial.

Juruteknik Mohd Rozahar, 49, berkata banjir terbaharu kembali merugikannya berikutan baru sahaja pulih akibat kemusnahan banjir pada Disember.

“Rumah saya baru siap 80% selepas dimusnahkan banjir pada Disember lepas.

“Ada beberapa barangan rumah yang baru kami beli tetapi kini turut musnah dilanda banjir pada Rabu lepas,” katanya.

Tambahnya setiap kali hujan pada lewat malam, dia tidak boleh tidur.

“Kami perlu sentiasa memantau setiap kali hujan kerana dalam beberapa jam keadaan boleh menjadi lebih buruk,” katanya.

Rozahar berharap dia boleh berpindah ke tempat lain.

“Jika saya ada peluang untuk berpindah saya akan pindah tetapi ini sahaja yang saya ada kerana sudah tinggal di sini selama 49 tahun,” katanya.

Selepas banjir melanda pada Rabu lepas sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Bentong berkata lebih 140 rumah terjejas akibat banjir di Kampung Sum-Sum, Kampung Lampin, Kampung Cheringin dan Kampung Pulau Santap.

Penduduk Bahya Mat Haron, 65, berkata dia kini berdepan kerugian dianggarkan RM5,000.

“Saya fikir banjir akan melanda akhir tahun tetapi ini mengejutkan kami,” katanya.

Bahya juga berkata dia tidak pernah tidur lena ketika hujan lebat kerana perlu berwaspada sekiranya air sungai melimpah.

“Tiada banyak yang dilakukan sejak banjir Disember. Seperti yang anda boleh lihat, air sungai itu sangat kotor sejak Disember.

“Sebelum banjir besar itu, air lebih bersih tetapi sekarang bila hujan ia jadi lebih kotor,” katanya.

Tambahnya dia amat berterima kasih kepada kumpulan sukarelawan yang datang membantu membersihkan kawasan di situ.

“Saya sudah tua dan begitu juga suami saya, jadi kami berterima kasih kerana anak-anak muda ini membantu membersihkan kawasan di sini,” katanya.

Sementara itu pemilik Black Pearl Adventure (ATV) Muhammad Zaimi, 43, berkata dia berdepan kerugian sebanyak RM150,000 akibat banjir yang melanda Rabu lepas.

“Saya hanya berjaya menyelamatkan 10 ATV saya manakala 25 lagi musnah akibat banjir.

“Pada ketika ini saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan di mana untuk mendapatkan bantuan kerana saya hampir tidak boleh kembali pulih daripada banjir Disember lepas,” katanya.

Tambahnya dia sudah membatalkan tempahan daripada pelanggan kerana kekurangan ATV yang dimilikinya sekarang.

Menurutnya antara punca utama air sungai melimpah adalah kerana ia tidak cukup dalam.

“Sejak banjir Disember lalu kedalaman sungai semakin berkurangan dan tiada tindakan diambil.

“Saya harap kali ini pihak berkuasa akan mengambil tindakan segera dan membaiki tempat ini bagi mengelakkan banjir pada masa hadapan,” katanya.

Menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Pahang Khairul Najib Ibrahim pengusaha chalet dan penduduk kampung sekitar Janda Baik berkemungkinan akan berdepan satu lagi banjir dalam beberapa hari akan datang.

“Ini kerana musim tengkujuh barat daya bermula esok.

“Justeru Jabatan Meteorologi sudah mengeluarkan amaran awal ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Bentong,” katanya. – 14 Mei, 2022.



INI BARU MASUK

BULAN LIMA

DAH TAK DAPAT

TIDO LELAP

AMIN

BILA BULAN

10-11-12 SAMPAI

BUKAN TAK LELAP

TAPI KENA TIDUR 

ATAS BUMBUNG

AMIN

AKAN KERAP 

BERLAKU & LEBIH

GANAS DAN

LEBIH AMPOH

AMIN

INI LAH DIA

MALAPETAKA

CUACA

KHALAS

JIKA HUTAN

DITEBANG INI

AKIBATNYA

KHALAS

AMIN

ORANG RAMAI BENCI POLITIKUS

 



ORANG RAMAI

BENCI POLITIKUS

KHALAS

Unknown commented on 

"TAHNIAH - 

TANGKAP IBRAHIM ALI"

Cakap cakap tak guna, buat dulu lulus dulu baru cakap, ini sembang politik, sembang pagi sampai malam tapi tak pancut pancut kah kah kalau masih percaya makna Masih belum cukup Ilmu kah kah

Unknown commented on

 "RAKYAT BENCI

 ORANG POLITIK"

Orang politik ini satu specis manusia paling jahat semua tahu semua sedar jadi jauhkan diri Dari mereka kah kah kah