Khamis, 22 September 2022

KEMAH KOCIK JAMIN KALAH



Parti baharu tidak mampu jadi ‘game changer’ jika bersendirian, kata pemerhati

PARTI politik yang baru ditubuhkan tidak akan menjadi “game changer” atau pengubah keadaan jika mereka bergerak sendirian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata penganalisis politik.

Selain beberapa personaliti terkenal yang berpeluang memenangi kerusi, pemerhati berkata parti politik baharu perlu bekerjasama dengan gabungan kukuh sedia ada bagi meraih peluang pada PRU akan datang.

Beberapa parti baharu yang mungkin menyertai PRU kali pertama ialah Muda, Pejuang, Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Warisan Sabah dan Parti Kuasa Rakyat (Kuasa).

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar berkata arena politik negara sudah penuh dengan nama besar seperti Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional.

Beliau berkata parti baharu mungkin sukar untuk melakar kejayaan – daripada aspek memenangi kerusi – kerana parti besar mendominasi kebanyakan kawasan.

“Mereka mungkin ada peluang jika calon mereka personaliti yang digemari di kawasan tertentu,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Tambahan pula, tanpa dasar atau program yang dapat menarik orang ramai dan tanpa kerjasama dengan gabungan besar sedia ada, sukar untuk parti baharu ada daya tarikan pada PRU15.”

Felo kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Dr Oh Ei Sun senada dengan Tunku Mohar, berkata setiap parti mungkin dapat menang sejumlah kerusi, terutama menerusi tokoh politik terkemuka mereka.

Beliau berkata parti baharu juga tidak ada rekod kejayaan berbanding parti lebih besar.

“Saya fikir setiap parti akan menang kerusi, terutama bagi kerusi ditandingi pemimpin parti mereka, contohnya presiden parti.

“Lain daripada itu, sukar untuk mereka menawan kerusi yang secara tradisinya dipegang parti politik besar sama ada daripada parti kerajaan atau pembangkang, kerana parti baharu tidak ada rekod kejayaan lampau,” katanya.

Oh berkata parti politik baharu mungkin ada peluang jika mereka menyertai gabungan parti yang sedia ada.

Sementara itu, pakar politik Asia dari Universiti Tasmania James Chin berkata tidak ada parti baharu yang mempunyai penjenamaan politik yang cukup kuat pada masa ini, kecuali Muda.

Namun dengan penjenamaan Muda, yang kebanyakannya dibuat menerusi media sosial, Chin berkata ia tidak akan cukup untuk menggulingkan parti politik utama.

Beliau berkata parti baharu terpaksa bergantung kepada sokongan gabungan sedia ada yang kuat.

“Tidak ada antara mereka satu jenama yang sangat kuat. Muda paling kuat daripada segi jenama tetapi itu pun, kebanyakan dibuat di media sosial.

“Saya fikir penjenamaan Muda juga tidak sekuat parti utama lain.

“Semua parti ini akan perlu bergantung kepada gabungan lebih besar untuk membantu mereka daripada segi penjenamaan,” katanya.

Muda baru-baru ini berkata ia mungkin bekerjasama dengan PH pada PRU akan datang, seperti dilakukan parti berasaskan golongan belia itu pada Pilihan Raya Negeri Johor.

Kuasa baru-baru ini mengumumkan ia akan bekerjasama dengan PBM pada PRU akan datang.

Presiden Kuasa Kamarazaman Yaakob berkata parti itu berminat untuk bergabung dengan PBM menjadi satu parti. Namun perkara itu akan diputuskan pada mesyuarat agung PBM 1 Oktober depan.

Kamarazaman ialah abang kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang berkata Kuasa mesra BN.

PBM baru-baru ini menyatakan minatnya untuk menjadi sebahagian daripada BN. Namun belum ada perkembangan berkenaan keputusan itu. – 22 September, 2022.

WOIT

MUSTAHIL 

TAK FAHAM

ABC POLITIK

AMIN

KEMAH KOCIK

JAMIN KALAH

AMIN

KEMAH BOSA

MUNGKIN ADA

PELUANG MENANG

AMIN

SENDIRI SENDIRI

BUKAN POLITIK

ITU EGO NAK JADI

MAT RAMBOO

MAT BEBAL

KAH KAH KAH

AMIN

KHAIRY LAWAN PRESIDEN PARTI



PRU15 tidak sesuai diadakan ketika musim banjir, kata Khairy

PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak sesuai diadakan ketika musim banjir kerana banyak faktor perlu diambil kira, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata selain faktor kesihatan, Kementerian Kesihatan (KKM) berpandangan banyak perkara penting perlu diambil kira antaranya aspek tenaga kerja dan keselamatan rakyat pada musim banjir.

“Sebab pertama adalah tenaga kerja kerana banyak tenaga kerja yang diperlukan untuk pilihan raya malah pada bulan monsun pun ramai yang perlu dikerahkan untuk menjaga pusat pemindahan sementara (PPS), jaga keselamatan rakyat dan jaga pemindahan.

“Kedua, dari segi kemudahan… PPS banyak diadakan di sekolah dan ia (sekolah) juga jadi pusat buang undi (bagi pilihan raya),” katanya semasa temu bual Setahun Pencapaian Sebagai Menteri Kesihatan di bangunan KKM di Putrajaya hari ini.

Khairy juga berkata akan berlaku peningkatan penyakit bawaan air yang memerlukan rawatan daripada pihak KKM dan penyakit lain seperti demam, selesema dan sebagainya akibat keadaan cuaca.

“Maka pandangan KKM memanglah daripada segi kesesuaian diadakan pilihan raya waktu musim banjir ini, tak sesuai,” kata Ahli Parlimen Rembau itu ketika diminta mengulas sama ada PRU15 sesuai diadakan ketika musim banjir.

Pada 17 September lepas, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata tarikh pembubaran Parlimen akan diumumkan tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada PRU15.

WOIT

INI BUKTI JELAS

KHAIRY LAWAN

PRESIDEN PARTI

AMIN

ZAHID NAK PRU

WALAU PUN

MUSIM BANJIR

AMIN

KHAIRY TAK

MAHU IKUT ZAHID

AMIN

KAH KAH KAH

INI CONTOH

DEGIL TAK IKUT

ARAHAN PARTI

AMIN

KHALAS

JANJI KHAIRY

 


DENGAR APA 

KHAIRY KATA

AMIN

LEPAS LATIHAN

TERAPI NAJIB AKAN

PULANG KE KAJANG

AMIN

APAKAH INI BETUL

ATAU

HANYA HELAH NAK REDAKAN

KEMARAHAN RAKYAT

AMIN

KHALAS

NANTI ROSMAH NAK DUDUK DI MANA ?



NANTI ROSMAH

NAK DUDUK

DI MANA ?

AMIN

KHALAS

Unknown commented on
 "KERENAH NAJIB BERJAYA"

TT, najib ketagih ketum atau isap gam dalam penjara ke sampai kena dipulihkan di hospital cheras? Kah! Kah! Kah!

Unknown commented on
 "KERENAH NAJIB BERJAYA"

Wah banduan ni banyak belajar dengan Pablo Escobar nampaknya, sedarlah pegawai-pegawai atasan agensi yang terlibat dengan salahguna kuasa dengan tidak amanah bersengkokol dengan banduan... gaji anda datang dari duit cukai pendapatan rakyat, kami tidak akan halalkan satu sen daripada menjadi darah daging kepada anda dan keturunan anda sekiranya anda salahgunakan kuasa dan bersengkokol

Unknown commented on
 "MERPATI TERBANG
 LARI KE CHERAS"

Kalau sakit kronik takleh dapat ke MC 12 tahun.

KENAPA CARI KERJA DI KAMBOJA

 



KENAPA CARI

KERJA 

DI KAMBOJA?

AMIN

panglimo potaseh commented on 

"KEMPEN TANAM MAKANAN"


Kata ekonomi kita making baik ..nganggur dah kurang ..pokojo gomen yg dah ado gaji naik lagi gaji ..tapi X7 ..ngapo ado rakyat Malaya poey Kambuja charik kojo ..Kambuja lobih maju ko .. ..makin banyak mondo yang tak kono nih ..


panglimo potaseh commented on 

"GEROMBOLAN 

BODOHKAN RAKYAT"

Kahkahkah ..cuba kaji ngapa orang Malaysia carik kirje hingga ke Kambuja ..cuba kaji orang dah totap ado gaji ditambah gaji dan bonos ..cuba kaji di BENUA Commonwealth ado sekor Rajo tapi kito ado sopuloh ..cubo kaji sobijik istano bolanjo ngurus sojuta sari ..kok sotahong dah borapo ..nolayang dapek oneoff 200 sotahong ..kahkahkah



TUNGGU ESOK

 




MENUNGGU ESOK

KHAMIS  22/9/2022
ESOK JUMAAT 23 HARIBULAN
HARI PENENTUAN
UNTUK ZAHID HAMIDI

MAHKAMAH AKAN
MENENTUKAN 
ADA KES UNTUK ZAHID
DIHADAPKAN KE MAHKAMAH
ATAU
TIDAK ADA KES

TAKDA KES 
ZAHID BEBAS

ADA KES 
ZAHIS MULA BICARA

HEBOH HEBOH
MERPATI TELAH TERBANG
DARI KAJANG
KINI BERSARANG DI CHERAS
KAH KAH KAH

ADA KAWAN BERI TAHU
MERPATI KENA 12 TAHUN
MUSTAHIL PERLU DIURUT
SELAMA 12 TAHUN
KAH KAH KAH

DARAH TINGGI
DAN GASTRIK SAKIT PERUT
JAWABNYA BUKAN URUT
SAKIT PERUT PERLU
MAKAN JULAP
KAH KAH KAH

APA APA PUN
KITA  TENGOK BAGAIMANA
HAMZAH DAN KJ
AKAN MENJAWAB DI PARLIEMN

TAPI INI SEBENARNYA
AMAT BAIK UNTUK
PAKATAN DAN PEMBANGKANG
PEKARA NAJIB LARI
DARI PENJARA KAJANG INI
BOLEH DI JADIKAN AGENDA BESAR
UNTUK PRU 15
AMIN

UKRAINE
WILAYAH DONBASS
YANG DI TAWAN OLEH
GERILA PEMBEBASAN DONBASS
DENGAN BANTU RUSIA
AKAN MENGADAKAN
PUNGUTAN SUARA UNTUK MERDEKA
KITA LIHAT APA TERJADI BERIKUTNYA

SEMINGGU LAGI
BULAN OKTOBER
CUACA MAKIN SEJUK
EROPAH TANPA GAS
EROPAH TANPA MINYAK
SEMAKIN SEJUK

KITA TUNGGU RAKYAT
TURUN KE JALAN RAYA
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI ANGIN KUAT
LANGIT MENDUNG
KL & KL SENTRAL BERKABUS TEBAL
MATA HARI TIDAK KELIHATAN

SEKALI PANDANG
MACAM NAK HUJAN
ANGIN DARI ARAH SUNGAI BESI
AMAT KUAT MENOLAK 
KE ARAH SHAH ALAM

CENGKERIK BERSIMPONI
MEMANGGIL HUJAN
SEKUMPULAM PIPIT UBAN
LEBIH DARI 30 EKOR
TERBANG MENEBAR
TURUN KE SAWAH RUMPUT

GUA RISAU KALAU UJAN
PAGI INI GUA NAK KE PASAR
MUNGKIN KALAU UJAN
GUA BATAL ARI INI
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUMLAH
SENYUM KERANA
KITA LAHIR SEKALI LAGI
DI PAGI INI

BRO
DOSA LU TERHADAP KEHIDUPAN
BILA LU  MENGHARAPKAN
KEHIDUPAN LAIN
DAN MENGHINDARI
KEHIDUPAN AGUNG INI

BRO
LU TAK KAN BAHAGIA HAPPI
JIKA LU TERUS MENCARI
KEBAHAGIAN
LU TAK AKAN HIDUP
JIKA LU MENCARI MAKNA HIDUP

BRO
HANYA KEBENARAN
BOLEH MENGHADAPI
KETIDAKADILAN
KEBENARAN ATAU CINTA

BRO
MANUSIA MEMILIKI
DUA WAJAH
DIA TIDAK BISA  MENCINTAI
TANPA MENCINTAI
DIRINYA SENDIRI

BRO
KITA WAJIB
MENCINTAI NEGARA KITA INI
DAN KEADILAN

BRO
LU JANGAN RISAU
KESAH CINTA TERBAIK
MASIH BELUM DITULIS
HINGGA KE PAGI INI

BRO
JIKA DUNIA INI
JELAS DAN TERANG
MAKA TIDAK ADA SENI

BRO
RAHSIA KEJAYAAN HIDUP
IALAH PERSEDIAAN KITA
UNTUK MENYAMBUT
KESEMPATAN YANG MENJELMA

BRO
RAMAI TIDAK SEDAR 
KITA
MENGHABISKAN BANYAK
 MASA DAN TENAGA
UNTUK MENJADI NORMAL

BRO
JANGAN LUPA
HAL BAIK SANGAT SUSAH
UNTUK DI CAPAI
PEKARA BURUK
AMAT MUDAH UNTUK
DIDAPAT
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU 
ESOK