Selasa, 22 Ogos 2023

BERITA BAIK UNTUK PERIKATAN - BERITA BURUK UNTUK PAKATAN


UMNO Bukit Bendera sokong Ahmad Zahid kekal terajui parti


GEORGE TOWN – UMNO Bukit Bendera akan terus bersolidariti menyokong Presiden,  Ahmad Zahid Hamidi kekal menerajui parti.

Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera,  Ahmad Ismail berkata, ikrar sokongan tersebut dilakukan pihaknya berdasarkan keyakinan dengan kepimpinan Ahmad Zahid.

Kata beliau, Ahmad Zahid tidak sepatutnya dipersalahkan berikutan kekalahan besar dialami Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos lalu.


“Budaya buruk mendesak pimpinan tertinggi parti meletak jawatan perlu dihentikan kerana ia tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya hanya mengeruhkan lagi keadaan.

“Semua pihak perlu bertanggungjawab dan kembali membina semula parti serta tidak terpengaruh dengan ‘orang luar’ yang cuba menjatuhkan UMNO dan BN.

“Hari ini kerap kita dengar cakap ‘orang luar’..orang luar yang nak Zahid turun kerana mereka tahu kalau Zahid turun, mudah untuk mereka masuk UMNO serta mencapai matlamat utama iaitu membunuh UMNO,” katanya pada sidang media, di sini.

Sokongan itu dizahirkan selepas pelbagai desakan diterima Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk sejak beberapa hari lalu, yang mahukan beliau berundur sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO.

Mengulas lanjut, Ahmad meminta ahli UMNO supaya membuka mata melihat apakah ahli parti lawan meminta pimpinan mereka meletakkan jawatan sewaktu kekalahan parti mereka sebagaimana yang dilakukan UMNO ketika ini.

Selain itu, beliau turut membidas pihak lawan yang didakwa cuba campur tangan urusan dalaman UMNO serta menasihatkan mereka agar menjaga parti sendiri.

“Kita tidak boleh menuding jari kepada seorang sahaja.. Apakah dalam UMNO ini hanya presiden? dan apakah presiden seorang yang perlu bertanggungjawab semua?

“Jadi tak usahlah mahu meminta UMNO letak jawatan. Kami ada rumah, kami jaga rumah kami, hangpa jaga lah rumah hangpa.

“Malah bagi saya semua perlu harus bertanggungjawab bukan presiden sorang dan kami tahu presiden seorang yang bertanggungjawab,” katanya.

Keputusan PRN di enam negeri menyaksikan BN merekodkan kekalahan terburuk dalam sejarah apabila parti itu hanya memenangi 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 108 kerusi yang ditandingi. – 

WOIT

LAGI LAMA

ZAHID BERKUASA

LAGI BAIK UNTUK

PERIKATAN

AMIN

LAGI LAMA

ZAHID BERKUASA

LAGI BERAT

KAVADI DIPIKUL

OLEH PAKATAN

AMIN

ZAHID KEKAL

HALWA TELINGA

UNTUK PERIKATAN

AMIN

KHALAS


PENDUDUK SAMAN PEMAJU


Penduduk Sungai Buloh mahu saman pemaju isu pencerobohan padang BRP


PENDUDUK di Bukit Rahman Putra (BRP) di Sungai Buloh, Selangor memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah pemaju berhubung cadangan untuk menaik taraf jalan yang akan menceroboh padang di kawasan itu.

Mereka berkata ini adalah pilihan terakhir kerana rundingan dengan pihak berkuasa, pemaju dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) gagal membuahkan hasil.

Wakil penduduk BRP Keng Pui Kang berkata keputusan untuk mendapatkan peguam diputuskan oleh penduduk minggu lepas.

“Kami membantah pencerobohan di padang di sini sejak 2019.


“Kami bimbang dengan satu-satunya kawasan hijau di kawasan itu, jadi kami tiada pilihan selain mendapatkan peguam.

“Kami sedang berbincang dengan peguam dan kami juga perlu memulakan pengumpulan dana tidak lama lagi,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Penduduk menentang keras rancangan pemaju untuk melebarkan jalan sepanjang 6m kepada 12m di Jalan BRP7/2 di kawasan kejiranan mereka yang bersebelahan dengan padang bola sepak dan pelebarannya akan menganggu kawasan hijau di sekitar itu.

Penduduk mendakwa kira-kira 59 pokok di atas padang bola sepak telah ditanda untuk ditebang.

Pelebaran jalan itu bagi membolehkan akses ke tapak pembangunan baharu di kawasan mereka.

Penduduk menggesa kerajaan Selangor dan MPS membatalkan projek itu kerana 40,000 penduduk di sekitar akan terjejas.

Keng berkata, Jumaat lalu beberapa kontraktor turun padang untuk menebang pokok.

“Kami menghalang mereka dan meminta surat kelulusan untuk menebang pokok.

“Kontraktor kemudiannya memberikan kami satu set dokumen termasuk kelulusan daripada jabatan landskap MPS.

“Mereka juga mengatakan pokok perlu ditebang untuk membina jalan. Kami kemudian meminta mereka surat kelulusan untuk membina jalan tetapi tidak ada. Jadi, mereka pergi,” katanya.

Keng berkata mereka mahu MPS menarik balik kelulusan pembesaran jalan dan membiarkan kawasan itu kekal sebagai kawasan rekreasi.

Beliau menambah mereka mendapati tanah diwartakan untuk kegunaan rekreasi pada Februari tahun ini.

“Apabila kami pergi ke MPS pada April, pegawai memberitahu kami tanah itu masih belum diwartakan dalam sistem mereka.

“Kami membantah sekeras-kerasnya (pencerobohan) dan mahu melindungi padang bola sepak daripada penyalahgunaan kerana tanah itu diwartakan pada 2021,” katanya.

Keng berkata, pemaju merancang membina 6,000 rumah dengan populasi 24,000 orang.

Seorang lagi wakil BRP Lam Kin Tong berkata mereka telah bertemu dengan pegawai Jabatan Kejuruteraan MPS pada 2 Ogos.

“Kami diberitahu oleh pegawai MPS bahawa arahan kerja bagi pembesaran jalan yang tamat tempoh pada 2021 akan diperbaharui.

“Kami membantah sekeras-kerasnya keputusan itu dan mengatakan tanah itu diwartakan.

“Kami memberikan salinan warta kepada pegawai tetapi mereka memberitahu mereka tidak menyedarinya,” katanya.

Lam menambah mereka memaklumkan kepada pegawai MPS mengenai hasrat untuk membawa perkara itu ke mahkamah.

“Pegawai memberitahu kami mereka bersedia untuk berdepan sebarang litigasi,” katanya.

Padang itu merangkumi gelanggang bola keranjang dan sepak takraw, laluan pejalan kaki dan trek joging.

Kawasan itu digunakan oleh penduduk BRP, Matang Pagar, Villa Putera, Villa Puteri, Amansari, Sri Indah, Sri Putra, dan Kuang.

Petisyen turut ditandatangani oleh 537 penduduk tempatan dan pengguna lapangan dan diserahkan kepada presiden MPS dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari pada 2019. – 22 Ogos, 2023



NAMA PEMAJU

TAPI SEBENAR

PEMUSNAH

AMIN

SAMAN JANGAN

TAK SAMAN

AMIN

HAJAR SEKALI

HAJAR SAMPAI

LUMAT

KHALAS

KJ MENGANJING LOGO MADANI


KJ MENGAJING

LOGO MADANI

SEBAGAI 

KENTANG GORENG

KAH KAH KAH

KHALAS

ADA SURAT AKU JANJI


SURAT

AKU JANJI

TOK BOLEH PAKAI

KAH KAH KAH

KHALAS

Amier The Hero commented on 
"7 YB UMNO 
LETAK JAWATAN ?"

Wahhh.. mato wak ni dah tak jebeh la. Dah ado kelopak.. hahahahahaha!!! Tanda tangan surat akujanji ajo, mentoghi.. pedano mentoghi pun bleh mungkir janji nikan setakat akujanji ajo. Org² politik pun maso kempen janji bulan bintang.. saya ulaaammmmm minyak turun pun tak tertunai laie, nikan stakat akujanji.. apodohal la haih. Sumo muko² yg dah ado bau tanah ni elok berundur la. 


Bagi muko² baru mudo dan fresh la pulak mentadbir malaysia. Yg tuo2 bengot ni elok jadi presiden masjid ajo la, dokek kan diri dgn Tuhan dgn ikhlas bkn setakat wayang ajo. Patut eh bkn duniawi lagi dah yg dikojar, tak cukup² laie ko ghoto tu. Tapi den polik botul la kalu jantan dok alter² muko ni... kah kah kah kah...

AHLI PARLIMEN UMNO LETAK JAWATAN ?



PROJEK TUMBANG

KERAJAAN

AMIN

TUJUH YB UMNO

LETAK JAWATAN

KHALAS

Unknown commented on
 "7 YB UMNO
 LETAK JAWATAN ?"

Penjaga jadi pengkhianat? Penjaga agama bangsa negara rupanya nak khianat semua kerana kuasa kerana jawatan nak makan free berak orang lain tanggung kah kah kah, ini budaya turun temurun sejak Kerajaan Melaka bukan sifat lain sejarah akan berulang ulang cuma waktu berbeza watak sama role play sama orang orang pendekar hulubalang sama kah kah kah kemudian salah Belanda salah Portuguese salah Komunikasi ops Kominis kah kah kah

PRK PULAI PRK PELANGAI


PRK PULAI

PRK PELANGAI


SELASA 22 OGOS 2023
ADA DUA PRK
SATU DI PULAI JOHOR
DUN DAN PARLIMEN
SATU LAGI DI PELANGAI PAHANG
UNTUK DUN
PELANGAI BELUM ADA TARIKH

DUA DUA PRK INI
AKAN JADI GARIS MERAH
PADA PERIKATAN

DUA PRK INI TERIKAT DENGAN
PROJEK 7 YB UMNO
YANG DIKATAKAN 
NAK LETAK JAWATAN
JENG JENG JENG

SEMUA INI PROJEK
NAK TUMBANGKAN KERAJAAN
MADANON
JENG JENG JENG

APAKAH PROJEK INI
AKAN BERJAYA ?
JENG JENG JENG

MUSTAHIL AKAN BERJAYA
KERANA SABAH & SARAWAK
MASIH BERSAMA MADANON
AMIN

AMERIKA
TRUMP PERGI MELAWAT HAWAII
BERI UCAPAN
PADA MANGSA KEBAKARAN
INI CARA TRUMP BERKEMPEN

HAWAII
140 MATI TERBAKAR
800++ MASIH BELUM 
DI TEMUI

THAILAND
THAKSIN PULANG
KE BANGKOK
DULU LARI KERANA ADA KES RASUAH
ADA KES SALAH GUNA KUASA
15 TAHUN DUDUK DI DUBAI
 
GUATEMALA
ADA PRESIDEN BARU
DIA MENANG ATAS KEMPEN
ANTI RASUAH

HOKKIEN
BASAH SEJUK SEGAR
KELMARIN HUJAN
MATA HARI BELUM MUNCUL
LANGIT BERAWAN KELAM
KL & KL SENTRAL BERKABUS

CENGEKRIK BERSIMPONI
TERKUKUR BERLAGU
YANG LAIN GUA TAK DENGAR

SATU KUMPULAN
LIMA EKOR
WARGA HOKKIEN MELINTAS
DI KEJAR OLEH EZI DAN TAK TAK
MACAM ANAK BERGADUH
TAPI TAK JADI

GUA RASA 
HARI INI AKAN PANAS
WALAU PUN MATAHARI
BELUM MUNCUL
ATAU
MUNGKIN HUJAN PETANG
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SENYUM MENYAMBUT
SELASA YANG SELESA

BRO
TAK PERLU MENCARI
KEBAHAGIAN
BUAT KEBAHAGIAN 
DARI HATI LU SENDIRI

BRO
JANGAN TUNGGU MOTIVASI
UNTUK MULA MEMBUAT
BUAT DULU
MOTIVASI AKAN SAMPAI

BRO
BERDAMAILAH DENGAN
CERITA YANG LU
TAK MAMPU MENERUSKAN

BRO
DIAM BUKAN LEMAH
LIHAT  LANGIT SENYAP
TAK PERNAH KLIM
DIA TINGGI

BRO
SEMUA YANG WUJUD INI INDAH
TETAPI TIDAK SEMUA ORANG
BERJAYA MELIHAT
KEINDAHAN ITU
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERSELASA