Khamis, 19 Oktober 2023

ESOK LEPAS JUMAAT - KE JALAN RAYA SEKALI LAGI


SOKONG PALESTIN

AMIN

ESOK

 LEPAS JUMAAT

KITA BERHIMPUN

SEKALI LAGI 

DI MASJID 

TABUNG HAJI

AMIN



KEDUTAAN AMERIKA JADI SASARAN


TUNJUK MARAH

AMIN

DEMO DI BEIRUT

SASARAN TEPAT

KEDUTAAN AMERIKA

KHALAS

BERDEMO SOKONG PALESTIN


BERSETIA KAWAN

DENGAN WARGA

PALESTIN

AMIN

ESOK JAM 2 PTG

BERRHIMPUN

DI MASJID 

TABUNG HAJI

KHALAS



KES 1MDB NAJIB HAMPIR SELESAI



Wang AS$681 juta dalam akaun Najib hasil aktiviti haram, dedah saksi

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa US$681 juta yang dimasukkan ke dalam akaun  Najib pada 2013 adalah hasil daripada aktiviti haram.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) ACP Foo Wei Min, berkata berdasarkan siasatannya, US$681 juta itu berasal daripada bon US$3 bilion 1MDB, dimasukkan ke dalam akaun Najib di Ambank yang nombor berakhir dengan 694, antara 22 Mac dan 10 April, 2013, lapor Bernama.

Saksi pendakwaan ke-48 itu juga berkata sebelum US$681 juta dimasukkan ke akaun itu, akaun Najib mempunyai baki sebanyak RM879.8 juta, yang beliau katakan sebagai daripada “sumber yang sah”.

Saksi berusia 47 tahun itu berkata beliau menggunakan kaedah siasatan ‘First In, First Out’ (FIFO) atau ‘Masuk Dahulu, Keluar Dahulu’ yang digunakannya untuk menentukan sama ada dana dalam akaun Najib adalah haram atau bersih.

Pada akhir prosiding hari ini di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memberitahu mahkamah bahawa Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Superintendan Kanan Nur Aida Arifin akan menjadi saksi seterusnya, bagaimanapun, mereka boleh tidak memanggilnya kerana mereka masih belum menyerahkan keterangan saksi kepada pembelaan.

“Selain itu, pihak pendakwaan masih menunggu dokumen hari ini untuk dikemukakan sepenuhnya di mahkamah dan dimasukkan dalam kenyataan pegawai penyiasat sebelum menyerahkannya kepada pihak pembelaan.

“Pendakwaan hampir di penghujung kes. Pihak pembelaan masih belum menyelesaikan pemeriksaan balas terhadap beberapa saksi iaitu bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Dr Zeti Akhtar Aziz dan penganalisis BNM Adam Ariff Mohd Roslan,” kata pendakwa raya.

Hakim: Tiada lagi saksi lain?

Ahmad Akram: Itu akan menjadi saksi terakhir kita (pegawai penyiasat), Yang Arif.

Hakim Sequerah: Lepas tu tutup kes?

Seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar menjawab: “Pada peringkat ini Yang Arif, melainkan dan sehingga perkara lain timbul,”

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung 24 Okt.


KES NAJIB

CURI DUIT HAMPIR

SELESAI

AMIN

SEMUA SAKSI

DAH DI SOAL HAKIM

JENG JENG JENG

AMIN

MUSTAHIL PENCURI

BERNAMA NAJIB

AKAN BEBAS

KHALAS

JEREBU DAN INDON




Malaysia belum terima respons Indonesia cadangan kerjasama tangani jerebu, kata Nik Nazmi

MALAYSIA masih belum menerima sebarang maklum balas daripada kerajaan Indonesia berhubung cadangan kerjasama dua hala untuk menangani masalah jerebu rentas sempadan, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata respons terakhir merupakan kenyataan daripada Kementerian Luar Indonesia yang memaklumkan telah menerima surat yang diutus sebelum ini berhubung tawaran Malaysia untuk menangani masalah berkenaan.

“Yang terakhir kita terima ialah kenyataan jurucakap Kementerian Luar mereka yang mengatakan mereka telah terima apa yang kerajaan Malaysia tawarkan untuk bekerjasama dengan Indonesia untuk selesaikan isu jerebu rentas sempadan.

“Kita kena tengok balik Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP) sejak 2002…kita tahu ada kekangan daripada segi perjanjian ini apabila (punca jerebu) berlaku di negara jiran, macam mana kita nak ambil tindakan, jadi itu mungkin antara yang kita bawa untuk tengok bagaimana boleh naik taraf perjanjian tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai isu berkenaan selepas melawat Kolam Takungan Banjir Jinjang berdekatan Sungai Batu di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu Nik Nazmi berkata kerajaan akan melihat semula kemungkinan AATHP dinaik taraf untuk menangani isu jerebu secara mendalam.

“Ramai yang bercakap tentang akta atau Rang Undang-Undang (RUU) Jerebu Rentas Sempadan; kita akan menyusul tentang isu tersebut secara mendalam, tapi ia tidak secara langsung.

“Saya faham keresahan rakyat tapi nak buat akta yang melibatkan bidang kuasa di luar (negara) agak mencabar; itu pandangan daripada AGC (Jabatan Peguam Negara)...Singapura ada perundangan tersebut (tapi) mereka pun tidak mudah ambil tindakan,” katanya.

Pada 4 Oktober lepas Nik Nazmi berkata Malaysia menghantar surat kepada Indonesia bagi menyelesaikan segera AATHP atas arahan Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya penyelarasan dibuat dengan rakan sejawat dalam Asean bagi menyelesaikan masalah jerebu rentas sempadan. – Bernama, 18 Oktober, 2023.


JEREBU MASALAH

BERSAMA

AMIN

WAJIB DISELESAI

BERSAMA

AMIN

UDARA KOTOR

TAK MENGIRA

BANGSA  NEGARA

KHALAS

JEREBU MAKIN MEMBURUK


8 kawasan rekod bacaan kualiti udara tidak sihat setakat 5 petang

LAPAN kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 5 petang ini dengan Klang di Selangor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 159.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, tujuh kawasan lagi yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat melibatkan empat di Selangor iaitu Petaling Jaya (154), Johan Setia (153), Shah Alam (138) dan Banting (133).

Sementara dua kawasan di Kuala Lumpur iaitu Cheras (146) dan Batu Muda (137) serta Tangkak, Johor (116).

Sebanyak 45 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana, manakala 15 kawasan mencatat bacaan IPU baik. 

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya. 

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. – Bernama, 18 Oktober, 2023.



JEREBU MAKIN

MEMBURUK

AMIN

HUJAN PUN

GAGAL HAPUS

JEREBU

KHALAS