Rabu, 15 Mei 2024

KASINO - FITNAH ?



Laporan kasino Forest City tidak berasas, berniat jahat, kata MB Johor

MENTERI Besar Johor Onn Hafiz Ghazi hari ini sekali lagi mengulangi bahawa tidak ada rancangan untuk membina kasino di Forest City.

Beliau berkata semua laporan berita yang mendakwa lesen dikeluarkan dan projek kasino sedang dalam perancangan adalah fitnah.

“Dakwaan sedemikian semuanya tidak berasas dan berniat jahat.

“Cukup-cukuplah. Dengan bantuan kerajaan persekutuan, sudah tiba masanya kita membina semula Forest City untuk kepentingan rakyat,” katanya pada sidang DUN Johor.

Onn Hafiz menjawab soalan Liow Cai Tung (Johor Jaya-PH) yang sebelum ini bertanya mengenai laporan projek kasino yang didakwa di Forest City.

Minggu lalu, polis merekodkan kenyataan seorang wartawan Bloomberg berhubung laporan berita mengenai rancangan untuk membina sebuah kasino di Forest City.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata perkara itu disiasat kerana hasutan, fitnah jenayah dan penyalahgunaan kemudahan rangkaian.

Razarudin berkata siasatan itu dimulakan selepas laporan polis dibuat oleh peguam pengasas Berjaya Group Vincent Tan berhubung artikel, “Malaysia Mulls Casino at Forest City: Bloomberg”.

Bulan lalu Bloomberg melaporkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bertemu Tan dan Ketua Eksekutif Kumpulan Genting Lim Kok Thay untuk membincangkan rancangan untuk sebuah kasino di pembangunan Forest City yang disifatkan sebagai bandar hantu.

Anwar, Berjaya dan Genting Malaysia menolak dakwaan yang dibuat dalam laporan Bloomberg.

Anwar juga mencadangkan agar mereka yang disebut dalam laporan itu mengambil tindakan terhadap Bloomberg. – 13 Mei 2024.


MB JOHOR KATA

KASINON FITNAH

AMIN

ANWAR KATA

KASINON FITNAH

AMIN

TAPI KENAPA 

TUKANG FITNAH

TIDAK DITANGKAP?

AMIN

BLOOMBERG

YANG KELUAR

FITNAH PASAI

APA TAK SAMAN

AMIN

SELAGI BLOOMBERG

TAK NGAKU FITNAH

MAKA BERITA 

KASINON

ADALAH BENAR

AMIN

KHALAS

LAWAN ZIONIS KENA PANGGIL POLIS


KENYATAAN 

MEDIA


1. Pada Selasa lalu, 7 Mei 2024, Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) telah mengadakan sidang akhbar di pintu masuk MITEC. Sidang akhbar itu menyuarakan bantahan kami terhadap kehadiran beberapa pengeluar senjata terkemuka yang bersubahat dalam pembunuhan genosida di Gaza. Kami merakamkan kekecewaan terhadap penganjur NSA-NatSec 2024 kerana mengundang firma seperti Lockheed Martin, BAE dan lain-lain yang terkenal kerana membekalkan senjata maut kepada tentera Israel. 

2. Kami percaya penyertaan mereka menjadi cemuhan kepada usaha solidariti rakyat Malaysia bersama Palestin. Kekhilafan itu telah merosakkan reputasi Kerajaan sebagai penyokong kuat perjuangan Palestin. Penganjur NSA-NatSec mesti menerima tanggungjawab dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.

3. Kami menggesa satu langkah komprehensif untuk tegas memutuskan Malaysia daripada sebarang hubungan dengan pembunuhan genosida Zionis. Kami menggesa Kerajaan untuk lebih berhati-hati dan waspada untuk memastikan semua operasinya secara konsisten selaras dengan dasar menyokong Palestin.  

4. Beberapa aktivis solidariti Palestin yang menghadiri sidang media pada 7 Mei telah dipanggil polis untuk soal siasat di IPD Sentul. Siasatan terhadap para aktivis nampaknya merupakan satu bentuk gangguan, dan bertentangan dengan prinsip kebebasan berhimpun secara damai. 

5. Di pentas antarabangsa, Kerajaan Malaysia dipuji kerana berani menyatakan sokongan terhadap gerakan pejuangan Palestin. Jelas, sebarang upaya menyekat protes anti-genosida di dalam negari adalah bertentangan dengan semangat solidariti bersama Palestin.

6. Baru-baru ini kita juga mengesan peningkatan pergerakan diplomatik oleh kuasa asing tertentu yang bertujuan melemahkan pendirian pro-Palestin Malaysia. Sebagai negara berdaulat, Malaysia bebas menentukan dasar luar dan rakan perdagangan kita sendiri. Kami melihat kunjungan baru-baru ini oleh delegasi Perbendaharaan Amerika Syarikat sebagai tindakan tersirat campur tangan dalam hal ehwal domestik kita. Ancaman sekatan atas tuduhan pembiayaan "pengganas" mendedahkan satu sikap keangkuhan. Amerika membekalkan senjata dan kewangan sewenang-wenangnya kepada Israel. Adalah sangat hipokrit bagi penaja kewangan keganasan terbesar untuk menuding jari kepada orang lain. 

7. Kerajaan AS tidak menghormati undang-undang antarabangsa dan terus-menerus membelakangkan nilai-nilai kemanusiaan asas. Malaysia tidak boleh tunduk kepada ugutan Amerika Syarikat. SSP menggesa Kerajaan Anwar Ibrahim berdiri teguh mempertahankan kedaulatan dan maruah tanah air kita.  

SSP 15/5/2024

PERISAI IRON DOME KINI BERJAYA DIMUSNAH


PERISAI IRON DOME

KINI BERJAYA

DIMUSNAH

AMIN

ASTRA ZANECA DI UK KENA SAMAN


ASTRA ZANECA

DI UK KENA SAMAN

PENYAMAN MENANG

AMIN

Amier The Hero commented on 
"KENAPA SAMAN SEKARANG?
 SAPA SURUH ?"

TT, buleh tak den saman korajaan sobab pakso den cucuk beksin? Jgn kato tak pakso la, takdo beksin tak buleh poie pasar boli ikan ayam tolo sayor. Sudah eh sekarang, habih sumo eh mampuih sloli².. ibab botul la sumo ni.

IKLAN BERANCUK DALAM TIK TOK


IKLAN BERANCUK

DALAM TIK TOK

KHALAS

Unknown commented on 
"BERITA BAIK - KITA MASIH KUAT BERANCUK"

Tengoklah TikTok sekejap akan tahu apa yang laris laku masa kini, semua jual ubat kuat bagi besar bagi main lama bagi padat bagi ketat, serbuk cuci shampoo lotion pelincir semulajadi semua ada jual, promosi setiap masa 24.jam agar nikmat maksimum, kah kah kah 

kajian mengenai subjek paling hebat orang kita semakin mendalami ilmu menyelam lebih lama lebih lanjut sampai pagi boleh kerja full time siang malam woit memang terhebat kah kah kah bab lain pasal nak cerdik jangan tanya

NAKBA - MALAPETAKA


NAKBA 

MALAPETAKA


RABU 15 MEI 2024
15 MEI 1948 
 NEGARA ZIONIS ISREAL
DITUBUHKAN

HARI NAKBA
HARI  MALAPETKAN PADA
WARGA ARAB PALESTIN
PADA TAHUN 1948
SERAMAI 750 RIBU WARGA PALESTIN
TELAH DI HALAU KELUAR
MENJADI ORANG PELARIAN

TANAH AIR MEREKA
DI RAMPAS OLEH YAHUDI
DARI SELURUH DUNIA

HARI INI KAUM ZIONIS
MASIH MENERUSKAN
PROJEK NAKBA
KALI INI ZIONIS MAHU
MEMBUNUH MENGHALAU
WARGA PALESTIN DI GAZA

SATU DUNIA MEMBANTAH
MENGUTUK APA YANG
DILAKUKAN OLEH ZIONIS
TAPI ZIONIS ISRAEL
TAK AMBIL PEDULI

THAILAND
NETIPORN SANAE SANGKHOM
GADIS BERMUMUR 28 TAHUN
MENINGGAL DUNIA DALAM PENJARA
SATELH MOGOK LAPAR SELAMA
65 HARI
DIA DITAHAN  26 JANUARI DULU
MEMBANTAH PENANGKAPAN
AKTIVIS PRO DEMOKRASI
DAN ANTI RAJA

UK
SEBANYK 40% DUIT HARAM
DALAM DUNIA INI
DI BERSIHKAN DI WILAYAH UK
DAN MELALUI CITY OF LONDON

GAZA
PERBINCANGAN TENTANG
GENCATAN SENJATA
TERHENTI
KERANA ISRAEL TERUS
MENYERANG RAFAH

SINGAPURA
LAWRENCE WONG
JADI PM BARU
DI SINGAPURA HARI INI

HOKKIEN
CERAH SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR
PANAS DI RASA DI PIPI
KL & KL SENTRAL CERAH

LANGIT BIRU 
TAPI GELOMBANG AWAN PUTIH
DI SANA SINI
BILA PANAS AWAN INI BERKUMPUL
DAN TURUN SEBAGAI HUJAN

DI PINTU MASUK
CENGKERIK BERSIMPONI
AGAK KUAT PAGI INI
DALAM SAWAH RUMPUT TERKUKUR
BERLAGU

HA HA
TUK TUK TUK
KUAT BERSUARA 
PAGI INI

HARI INI PASTI PANAS
PETANG HUJAN
MALAM SEJUK

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
RABU SEPERTI BIASA

BRO
LU TAK BOLEH MELONCAT
KETIKA LU
RASA TAK GUMBIRA

BRO
SANG MENANG AKAN LAKUKAN
APA SANG KALAH
TAK MAHU LAKUKAN

BRO
LU JANGAN LAYAN
SURAT BERANTAI

LAKUKAN SEKARANG
LAKUAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA