Selasa, 16 Julai 2024

TOLAK KATAK




Katakan tidak kepada ‘katak’ politik

KECOH apabila enam ahli Parlimen Bersatu yang beralih kesetiaan politik mereka kepada pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim, tetapi tetap bertegas mahu mengekalkan kerusi Parlimen masing-masing.

Padahal Bersatu baru-baru menyatakan wakil rakyat terbabit dilucutkan keahlian selepas gagal menjawab notis untuk mengesahkan kesetiaan mereka kepada parti. Dalam kata ringkasnya, mereka sudah hilang merusi itu.

Empat ahli Parlimen terbabit adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Keadaan menjadi tegang apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul menolak cubaan Bersatu untuk mengosongkan kerusi wakil rakyat terbabit.

Bagaimanapun beliau mengecualikan keputusannya untuk Suhaili yang memfailkan saman kepada Bersatu dan memohon mahkamah mengisytiharkan pemecatannya daripada parti adalah tidak sah.

Pengkritik berkata keputusan speaker itu bercanggah dengan semangat akta anti lompat parti yang digubal pada Oktober 2022, di mana ia bertujuan menghalang ahli Parlimen melompat parti atau menyatakan sokongan kepada parti politik lain.

Peraturan hilang kerusi ditetapkan oleh Bersatu adalah hampir sama dengan apa yang diguna pakai oleh DAP dan Umno, di mana sekarang peraturan itu juga maknanya sudah tidak boleh digunakan lagi.

Peraturan ini bertujuan untuk menutup lompang yang ada dalam akta anti lompat parti di mana ahli Parlimen yang menentang pendirian parti masih boleh mengekalkan kerusi mereka dengan syarat mereka tidak meletak jawatan.

Apa yang membimbangkan ialah perubahan kesetiaan politik seperti itu membawa implikasi serius, salah satunya adalah ia menyebabkan ketidakstabilan politik, demokrasi terhakis dan gangguan kepada ekonomi.

Masih jelas di ingatan kepada peristiwa yang berlaku akibat beberapa ahli Parlimen lompat parti dalam Langkah Sheraton, di mana kita menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada 2020.

Ketika politik negara dalam keadaan tidak menentu itu, rakyat Malaysia sendiri jadi saksi bagaimana pemimpin politik tertentu ke hulu ke hilir mendapatkan akuan berkanun daripada wakil rakyat untuk menentukan siapa ada majoriti di Parlimen yang membolehkan mereka mentadbir negara. – 16 Julai, 2024.



BAWA ISU INI

KE JALAN RAYA

AMIN

HANYA JALAN RAYA

PENENTU JUJUR

KHALAS

15 TAHUN NAK BERSIHKAN GAZA


Gaza perlu 15 tahun bersih runtuhan akibat perang Israel - Agensi PBB


ISTANBUL: Kerja-kerja pembersihan Semenanjung Gaza daripada runtuhan akibat serangan maut berterusan Israel akan mengambil masa kira-kira 15 tahun, kata Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) semalam.

"Ia akan mengambil masa sehingga 15 tahun untuk membersihkan sekitar 40 juta tan runtuhan bangunan akibat perang di Gaza," kata UNRWA, memetik penilaian oleh Program Alam Sekitar PBB (UNEP).

UNRWA berkata pembersihan runtuhan dan serpihan perang di Gaza memerlukan lebih 100 trak dan menelan belanja lebih AS$500 juta (RM2.33 bilion).

"Serpihan dan kesan runtuhan menimbulkan ancaman maut bagi penduduk di Semenanjung Gaza kerana ia boleh mengandungi senjata yang tidak meletup dan bahan berbahaya," kata agensi PBB itu.

Bulan lalu, Radio Tentera Israel, memetik pegawai tentera, berkata kira-kira 50,000 bom digugurkan di Gaza oleh pesawat pejuang Israel sejak 7 Oktober lalu, sambil menambah antara 2,000 hingga 3,000 bom tidak meletup.

Melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menuntut gencatan senjata segera, Israel berdepan kecaman antarabangsa di tengah-tengah serangan kejam yang berterusan ke atas Gaza sejak serangan 7 Oktober oleh Hamas.

Hampir 38,700 rakyat Palestin terbunuh sejak itu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan lebih 89,000 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Lebih sembilan bulan selepas serangan Israel, kawasan Gaza yang luas berada dalam runtuhan di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang melumpuhkan.

Israel didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang keputusan terbarunya mengarahkan rejim Zionis itu menghentikan serta-merta operasi ketenteraannya di bandar selatan Rafah, di mana lebih satu juta rakyat Palestin mencari perlindungan daripada perang sebelum ia diceroboh pada 6 Mei.


PERANG BELUM

HABIS SETAHUN

AMIN

AMBIL MASA

15 TAHUN UNTUK

BAIKI BANGUNAN

AMIN

BELUM DIAMBIL

KIRA  YG CEDERA

PUTUS KAKI

PUTUS TANGAN

AMIN

ANWAR IBRAHIM

MASIH  NAK JUAL

AIRPORT KITA

PADA BLACKROCK?

KHALAS

SAPA BUNUH TEOH BENG HOCK


SAPA BUNUH

TEOH BENG HOCK

AMIN

HIDUP BAHAGIA BEBAS


DAPAT HIDUP

BAHAGIA BEBAS

SEPERTI HIDUP

YANG DIIDAMI

KHALAS


Unknown commented on
 "MUFAKAT NASIONAL
 DALAM PRU16 ?"

Hisham Jalil Sama taraf dengan engkau TT. Bodoh sejak dahulu. Kalau kau kerja kerajaan, munkin kau dah jadi KSU atau pencen sebagai KSN. Sekarang kau dapat APA?. Merempat dengan 2 ekor anjing najis ITU.

MELAYU JADI RED INDIAN


MELAYU AKAN

JADI RED INDIAN

SATU MASA NANTI

AMIN


Unknown commented on 
"R UNTUK 
RAFIDAH DAN RASUAH"

Memang betul sangat TT satu hari akan diperintah oleh pendatang, pendatang dari mana belum confirm tetapi bangsa yang rasuah tiada integriti tiada maruah tiada hati tiada jati diri akan diperintah oleh Bangladesh kah kah kah bukan sembarang sedang berlaku, orang kita syok naik motorsikal lepak kopi sembang 

tetapi warga asing rajin bekerja kuat payung kuat juga sampai anak gadis sini tergila dengan abang Bangla, payung padat dengan belanja hebat, haprak sembang kedai kopi hal dunia tapi poket kosong harap bantuan akhir sekali melihat semua akan disapu warga asing amin kah kah kah

AKTA KATAK


AKTA KATAK

AKTA KATAK 
AKAN TERUS MENGHANTUI
 MADANON
KAH KAH KAH

BEDUL UBI KAYU
AKAN TERUS JADI SASARAN
TERUS MENDAPAT MAKI HAMUN
HINGGAKAN
PARTI KAWAN MCA
BERSAMA KERAJAAN
TETAP MEMAKI HAMUN

YANG UNTUNG
GOL N GINCU
DAPAT BEREHAT

TAPI PALING HEBAT
ADA DOA DARI ORANG RAMAI
AGAR ANWAR IBRAHIM
HANCUR LEBUR MUSNAH
KAH KAH KAH

DOA SADEMIKIAN 
BELUM PERNAH  BERLAKU
INILAH TAHAP BENCI
ORANG RAMAI
PADA ANWAR IBRAHIM
AMIN

MINYAK PETROL RON95
JADI NAIK KE TAK JADI
JENG JENG JENG
CADANGAN DARI IMF INI
AKAN MENJERAT
KEPALA MADANON
KAH KAH KAH

AMERIKA
TRUMP AKAN UMUMKAN
SIAPA REGU DIA
DALAM PRU NOVEMBER INI

KENYA
SEORANG PEMBUNUH BERSIRI
MENGAKUI TELAH MEMBUNUH
43 WANITA
SATU REKOD DUNIA

PAKISTAN
KERAJAAN  PAKISTAN
MAHU MENGHARAMKAN
PARTI  TEHREEK E INSAF (PTI)
PARTI YANG DIPIMPIN
OLEH IMRAN KHAN
YANG KINI DALAM PENJARA

UKRAINE
PERTEMPURAN HEBAT
SEDANG BERLAKU
DI POKROVSK
KENYATAAN DARI MILITER UKRAINE

UK
MENTERI LUAR UK
MENDESAK AGAR ISREAL
MENJALANKAN GEENCATAN
SENJATA SEGERA

HOKKIEN
PAGI INI KERING
MATAHARI BELUM KELUAR
LANGIT PUTIH KELABU
KL & KL SENTRAL
BERKABUS NIPIS

DALAM SAWAH RUMPUT
SUARA PIPIT DIDENGAR
DALAM BELUKAR
CHIP CHIP CHIP
DARI JAUH SUARA TERKUKUR
MENDAYU

HARI INI
AKAN PANAS
MUNGKIN TERUS KE MALAM
GUA RASA MUSIM PANAS
DAH SAMPAI

BRO
SENYUM
SAMBUT SELASA
SEPERTI BIASA

BIJI DURIAN JANGAN DIBUANG
AGAR DAPAT DITANAM LAGI
JANGAN BERHENTI TERUS BERJUANG
SEBAGAI BUKTI MAKNA   DIRI

BUAH NANGKA DARI SEBERANG
SEDAP SEKALI DIBUAT SAYUR
SUDAH LAMA KITA BERJUANG
TEGAK BERDIRI TIDAK LUNTUR

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA