Ahad, 6 September 2026

AMERIKA MAHU ANWAR BIN IBRAHIM JADI PM


 

KENYATAAN HADI

MASUK AKAL

AMIN

NEW YORK TIMES

AKHBAR CIA TULIS

BERITA 1MDB

AMIN

MO1 TUDUHAN

DARI JABATAN

HAKIM AMERIKA

AMIN

AMERIKA MAHU

NAIKKAN ANWAR

BIN IBRAHIM

KHALAS 

CUACA PANAS MEMBUNUH


CUACA PANAS

MEMBUNUH

AMIN

KELUARGA MANGSA

BOLEH SAMAN

SYARIKAT  SAWIT

YANG LADANG

DI BAKAR 

AMIN 

SAMAN JUGA

 PENGANJUR 

PROGRAM

 YANG TAK FAHAM 

BAHAYAJEREBU

KHALAS

Seorang pelajar UiTM maut, 8 lagi dirawat ketika sertai Komander Kesatria Endurance Challenge

MARAN: Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) meninggal dunia, manakala lapan lagi dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah berkaitan haba ketika menyertai Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) di kampus UiTM Jengka, di sini, kelmarin.

Mangsa, Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal, 21, meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai, mengesahkan mangsa ialah antara dua pelajar yang menerima rawatan di HoSHAS, manakala tujuh lagi dirawat di Hospital Jengka.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati pelajar terbabit mengalami masalah berkaitan haba, termasuk kekurangan oksigen ketika menyertai acara ketahanan berkenaan.

"Perkembangan lanjut akan diberikan selepas menerima laporan bedah siasat Fadhlan Fakhry," katanya.

Sementara itu, UiTM Pahang dalam satu kenyataan, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Fadhlan Fakhry serta menyediakan bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa.

"Universiti menggerakkan bantuan menyeluruh bagi memastikan segala urusan berkaitan jenazah, dokumentasi, pengangkutan serta sokongan emosi kepada keluarga diuruskan dengan sebaik mungkin dan tanpa kesulitan," katanya.

Menurut UiTM, KKEC adalah program tahunan membabitkan peserta Komander Kesatria dari cawangan UiTM seluruh negara dan dijadual berlangsung dari 2 hingga 8 September ini di kampus cawangan UiTM Pahang di Jengka.

"Program ini dijalankan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan yang ketat.

"Semua peserta diwajibkan menjalani saringan kesihatan sebelum program bermula, selain pemeriksaan kesihatan berkala sebelum setiap acara.

"Beberapa peserta sebelum ini diminta menarik diri selepas gagal dalam saringan akhir," katanya.

UiTM berkata, pihaknya mengambil serius kejadian itu dan akan terus memantau keadaan bagi memastikan kebajikan semua pihak yang terbabit terpelihara.

Sebagai langkah susulan serta komitmen universiti terhadap keselamatan dan kesihatan pelajar, penganjur memutuskan untuk membatalkan semua aktiviti luar KKEC yang dijadualkan hari ini.

Fadhlan Fakhry yang mewakili UiTM Negeri Sembilan dalam pertandingan itu, adalah pelajar tahun akhir program diploma di kampus Seremban.

KKEC adalah pertandingan ketahanan fizikal dan mental tahunan yang direka untuk menguji kekuatan fizikal, kemahiran taktikal, ketangkasan serta kerja berpasukan dalam kalangan pelajar.

BANTUAN BENCANA DARI YANG DILATIH

 



BANTUAN BENCANA

WAJIB

DATANG DARI

YANG TERLATIH

AMIN

Unknown commented on
 "MENCARI MAYAT YANG HANYUT"

Unit pengesan Kubur Hokkien turut serta tak? Unit ini ramai ahli tetap yang lama tidak berkerja? Unit ini akan diketuai oleh Komander Isham Rais? Komander kesatria patut mengetuai unit ini bagi membantu mangsa di sempadan Tibet Nepal China? Kah kah kah kah



GULING MAT BURUT SEKARANG


SATU CADANGAN

AMAT BIJAK

KHALAS


Unknown commented on
 "APA AKAN JADI JIKA
 DAP & UMNO TARIK DIRI ?"

Bersihkan orang yang bercakap tu dari politik malaysia ini. Kalau dia tak mau buat PRU dalam masa terdekat.....Pembentangan buget 2027, ahli parlimen mesti tolak...bubar parlimen.

PAGI INI



PAGI INI





PAGI INI

AHAD 6  SEPTEMBER 2026

HARGA MINYAK PASTI NAIK


KEMARIN SABTU
AMERIKA SERANG DUA  KAPAL TANGKI  MINYAK IRAN DI PULAU KHARG.

Pulau ini adalah loji utama  dimana  Minyak Iran di eksport. Bila pulau ini diserang maka minyak Iran terputus dari pasaran dunia.

HASILNYA : Harga minyak yang kini dah hampir 100 dolar satu tong akan naik lagi.

HARI NI AHAD – kita tunggu jawapan Iran.

NAJIB TAK JADI BANGKRAP
Apa makna ini ? Apakah Najib nak di bebaskan – bila tak  muflis – Najib boleh  BERPOLITIK ?

Boleh kah Najib di bebaskan ?  Di ampunkan ?  Wow !!!

Penjara dalam rumah ? Rumah  mana ? Rumah yang ada Rosmah atau rumah yang ada bini KE DUA – kah kah kah.

ATAU Najib hanya akan bebas bila Rosmah dah masuk jail – lagi lama Rosmah bebas lagi lama Najib dalam jail – kah kah kah – 

PAU UMNO
Sapa  akan di jemput ?
PKR ?
AMANAH?
DAP ?

Yang Pasti PAS pasti akan di JEMPUT – ini sahabat baru UMNO – kalau di KB – Asraf Wajidi  wakil dari UMNO – maka   pasti Taki datang wakil dari PAS. Amin.

HOKKIEN.
Pagi berjerebu. KL & KL Sentral  berjerebu tebal -   Bangunan Petronas  macam nak hilang- bangunan 118 di bungkus jerebu.

Siti Solo muncul dekat pintu masuk. Gua beri  makan.

Di jalan besar Pasukan Emak Tetek Lanjut dah menunggu  - nasi  kemarin jadi habuan mereka – ramai datang – gua gumbira.

Depan Pokok Ara  saekor Geng Putih marah bila kami melintas – hanya saekor – Tak Tak langsung tak peduli.

Hokkien agak senyap pagi ini – tidak ramai suara unggas yang gua dengar. Berjalan pulang – Hitam dan Putih menunggu friskies.

Dekat pintu keluar Siti Solo muncul sekali lagi – kali ini dapat hati dan keropok. Siti ini bijak dia solo – dapat layanan istimewa.

Hujan  bila nak sampai ? Amin.

BRO
SENYUM
SAMBUT AHAD
DENGAN SENYUMAN

BRO
Bila hujan sampai – hati kita semua akan jadi tenang – bumi akan basah. Pokok gumbira. 

BRO
Titik hujan itu adalah pesanan rindu langit pada  bumi.

BRO
Lu kalau ada kekasih – kongsi berpayung  dalam hujan – ini romantik. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI

Sabtu, 5 September 2026

IRAN TERUS MENYERANG


IRAN TERUS

MENYERANG

AMIN