Selasa, 24 Jun 2014

SIAPA GANTI KHALID




Pakatan sepakat ganti MB'5:23PM Jun 24
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pemimpin Pakatan Rakyat sudahpun mencapai persetujuan agar untuk menggantikan kedudukan Tan Seri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Shamsul Iskandar dalam satu kenyataan menyebut, ia turut dipersetujui "majoriti pimpinan PAS".

"Ramai maklum bahawa persetujuan dalaman telah dicapai oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat, termasuk majoriti pimpinan PAS, untuk menggantikan menteri besar Selangor.

"Ini bukanlah perkara baru, cuma transisinya memerlukan sedikit masa agar ia berjalan lancar," katanya dalam satu kenyataan.



KAH KAH KAH
siapa pengganti?
kalau azmin ali
lingkup selangor
tapi lihat gambar ini

lihat sekali lagi
lihat gambar ini
ini adalah pedatang baru
yang dikatakan 
akan mengantikan
khalid ibrahim
waspada besar 
kemungkinan
sosok ini lebih licik
dari azmin ali

kah kah kah
-----------

MARI KAH KAH KAH







 26 JUN 2014

KHAMIS 

MALAM

tukar tiub buat lawak berdiri
di pj live arts
seksen 17 pj one
semua di jemput
untuk
KAH KAH KAH



----------

HARI NAKBA AKAN SAMPAI





‘Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta’ 

tema Hari Kemerdekaan 

"Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta", hari ini diumumkan sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57. - 

KAH KAH KAH
nakba ialah malapetaka
malapetaka ialah nakba


15 mei ialah hari nakba
untuk warga palestin
hari  malapetaka
bila israel di dirikan

31 ogos ialah hari malapetaka
nakba untuk warga tanah melayu
bila british mengundur diri



--------

MENUNTUT CUTI UMUM






TUNTUTAN 
tahun ini
 pada tarikh
16 september
kami anak semua bangsa
menunut
dijadikan 
cuti umum
untuk memperingati
kematian chin peng
dan juga
memperingati
semua pejuang 
yang bangun
berjuang melawan british

terima kaseh





-------

KAKI JUDI APA NAK HAIRAN




Timbalan menteri Umno miliki saham konsesi UiTM Tapah, kata PKR


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Rahman (gambar) merupakan pemegang saham minoriti dalam konsesi penswastaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tapah, kata PKR.
"Hari ini saya boleh mengesahkan ahli Parlimen Pasir Salak adalah pemimpin Umno yang mempunyai pegangan minoriti dalam konsesi penswastaan UiTM kampus cawangan Tapah," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/timbalan-menteri-umno-miliki-saham-konsesi-uitm-tapah-kata-pkr#sthash.NhKXjYJk.dpuf




TIMBALAN MENTERI PERTANIAN ADALAH PEMEGANG MINORITI KONSESI PENSWASTAAN UiTM CAWANGAN TAPAH

Hari ini saya boleh mengesahkan bahawa Dato’ Tajuddin Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri Pertanian and Industri Asas Tani adalah pemimpin Umno yang mempunyai pegangan minoriti di dalam konsesi penswastaan UiTM kampus cawangan Tapah. Ini mengulangi perkara yang sama di dalam konsesi-konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM yang lain apabila setiap syarikat konsesi turut mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno atau ahli perniagaan yang rapat dengan Umno.

Konsesi penswastaan UiTM cawangan Tapah dianugerahkan kepada UniTapah Sdn Bhd dengan konsesi selama 23 tahun untuk membina dan menyewakan kembali kampus itu kepada UiTM. Salah seorang pengarah UniTapah Sdn Bhd ialah Sri Rahayu Tajuddin, iaitu anak kepada Dato’ Tajuddin Rahman. Sri Rahayu juga pernah menjadi Setiausaha Umno Bahagian Pasir Salak yang diketuai oleh Dato’ Tajuddin Rahman.

Seorang lagi pengarah di dalam UniTapah Sdn Bhd yang mempunyai hubungan dengan Dato’ Tajuddin Rahman adalah Vignesh Naidu a/l Kuppusamy Naidu melalui usahasama perniagaan bersama di antara mereka. Selain UniTapah Sdn Bhd, Dato’ Tajuddin Rahman dan Vignesh Naidu mempunyai hubungan melalui sebuah syarikat pembinaan iaitu Everfine Resources Sdn Bhd yang mana Dato’ Tajuddin Rahman adalah pengerusinya dan Vignesh Naidu pengarah syarikat itu.

Kepentingan Dato’ Tajuddin Rahman di dalam syarikat konsesi ini dipegang melalui sebuah syarikat iaitu Detik Utuh Sdn Bhd. Syarikat itu mempunyai kepentingan sebanyak 9.8% di dalam UniTapah Sdn Bhd manakala saham selebihnya dipegang oleh sebuah syarikat pembinaan yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur iaitu Crest Builder Holdings Berhad (melalui Crest Builder International Sdn Bhd).

Dato’ Tajuddin Rahman memiliki 450,000 saham di dalam Detik Utuh Sdn Bhd, menjadikan beliau pemegang saham terbesar. Saham-saham selebihnya dimiliki oleh Vignesh Naidu (150,000 saham) dan Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd (400,000 saham). Obata-Ambak Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang dikawal oleh keluarga isteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pengarah-pengarah di dalam Detik Utuh Sdn Bhd adalah individu-individu yang rapat dengan Dato’ Tajuddin Rahman iaitu anaknya sendiri (Sri Rahayu) dan kenalan perniagaan beliau iaitu Vignesh Naidu dan Haniff Mahmood.

Walaupun pegangan Dato’ Tajuddin Rahman tidaklah sebesar pegangan ahli-ahli politik Umno yang lain dalam konsesi yang telah saya dedahkan sebelum ini, ia mengesahkan bahawa setiap konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM menguntungkan sekurang-kurangnya ahli politik Umno dengan bayaran sewa yang cukup membebankan rakyat.
  
RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

24 Jun 2014




-------

DITIPU GEROMBOLAN





HARI MALAPETAKA
Teringat zaman student dulu di MFI sekarang UNIKL.....berlatih macam nak rak...berkawad untuk majlis sambutan hari kemerdekaan 31 ogos. Kami diberitahu akan mewakili MFI sebagai salah satu kontinjen IPTS...

sekali bila tiba harinya disuruh pakai T_shirt UMNO Serdang untuk perbarisan, bergabung dengan ahli umno serdang....macam sial kakitangan MFI (anak MARA)....batch pertama & kedua MFI pasti ingat insiden ini.hahaha on TENGKOK KAIN SAMPIN DAH KENAL
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/24/14

KAH KAH KAH

kesian kena tipu
idup melayu
kah kah kah





---------