Rabu, 3 September 2014

NASIONALISMA KADAZAN MAKIN MEREBAK






KOMENTAR
semangat nasionalisma
semangat mahu bebas
semangat mahu merdeka
ada dimana mana

orang melayu mahu merdeka dari british
orang kadazan juga mahu merdeka
bukan dari british
tapi dari penjajahan semananjung





Isu Sabah tidak perlu dibangkitkan - Shafie

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Isu membawa keluar Sabah dari Malaysia tidak perlu dibangkitkan lagi kerana ia jelas bertentangan dengan keputusan yang sudah dicapai melalui Suruhanjaya Cobbold pada 1962.

Mohd. Shafie Apdal berkata, tindakan tegas perlu diambil kepada pihak tidak bertanggungjawab yang secara berterusan membangkitkan isu tersebut.

"Perkara ini tidak seharusnya berbangkit kerana ia melanggar perjanjian yang telah dicapai bersama dalam Suruhanjaya Cobbold.

Beliau mengulas provokasi pihak tidak bertanggungjawab untuk membawa keluar Sabah dari Malaysia yang tersebar menerusi laman sosial baru-baru ini.



KAH KAH KAH
wooit
kadazan
dayak
iban semua nak merdeka
kah kah kah

macam mana 
nak jadi tuan
kah kah kah

REST MY CASE


-------------

BOIKOT MEK DONALD












MEMORANDUM

KEPADA:
MENTERI, KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI


PERKARA: HENTIKAN SEGERA BANTUAN EKONOMI DAN PERDAGANGAN ANTARA MALAYSIA DAN NEGARA HARAM ISRAEL

Selesai sahaja sidang media aksi #PagarMiTi298 “Hentikan Perdagangan Malaysia dengan Israel” yang dikelola oleh SAMM dan sekutu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri tampil memberikan penjelasan YANG TIDAK BERFAKTA untuk terus menyorokkan hubungan dagang sedia ada.

Sehubungan itu, kami sekali lagi tampil meminta Menteri MITI untuk menjawab penjelasan yang telah beliau berikan tersebut :

Produk yang dihantar ke Palestin melalui Israel

Dunia mengetahui bahawa serangan rejim Zionis terhadap Gaza Humanitarian Aid Flotilla – Mavi Marmara pada 31 Mei 2010 sehingga menyebabkan Perdana Menteri Turki ketika itu Tayyip Erdogan telah menghalau keluar kedutaan Israel daripada Turki. Malah beberapa hari lalu, regim Zionis Israel telah pun melancarkan serangan udara menggunakan pesawat F-16 terhadap rombongan misi kemanusiaan Venezuela ke Gaza.

Bagaimana Menteri MITI boleh membuat kesimpulan bahawa regim Israel ini begitu suci dan murah hati mereka untuk melepaskan bantuan kemanusiaan masuk dengan mudah ke Palestin ataupun produk-produk yang boleh membantu urusan pembangunan ekonomi di wilayah Palestin? Jika regim Zionis ini begitu mulia hatinya tidak perlu warga Palestin bermurah hati untuk menggali terowong-terowong tikus bagi tujuan menyeludup masuk bekalan makanan, pakaian dan gas ke wilayah mereka.

KAMI telah mendedahkan isu perdagangan Malaysia dengan Israel ini semenjak tahun 2010 lagi. MITI sering membisu dalam isu ini dan mengelak untuk menjawap. Dalam Perbahasan Belanjawan 2012, YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Kawasan Bakri telah membawakan isu ini dan Menteri MITI hanya memberikan jawapan bahawa perhubungan Malaysia dan lsrael adalah melalui rangkaian bekalan antarabangsa (international supply chain).

Namun, apabila KAMI terus membongkarkan dokumen demi dokumen, Menteri berubah nada dan menyatakan bahawa perdagangan ini adalah untuk menyelamatkan Palestin. Mengapa Menteri sering berdolak dalik? Apakah yang sedang dipertahankan oleh MITI dan keseluruhan Kabinet? Adakah MITI sedang mempertahankan kepentingan regim Zionis ataupun Ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat-Syarikat yang mempunyai hubungan perdagangan dengan Israel?

KAMI dengan ini mendesak Kementerian untuk menjelaskan apakah jenis produk, syarikat yang terlibat dan nilai dagangan yang dihantar ke Palestin. Adakah Malaysia mempunyai pengesahan bahawa Pelabuhan di Ashdod, Israel itu digunakan sebagai transit sebelum produk-produk ini dihantar masuk ke Palestin.

Menteri tidak harus sekadar memberikan jawapan rambang sebaliknya mesti diiringi dengan fakta-fakta sahih. Dimanakah bukti-bukti produk-produk ini diterima oleh Syarikat-Syarikat atau perusahaan-perusahaan milik rakyat Palestin atau beralamat di wilayah Palestin?

Jika tidak, Menteri sekali lagi seperti kebiasaan terus kekal berbohong dan memanipulasi fakta untuk berselindung dan menyelamatkan diri semata-mata. Adakah Menteri juga merelakan setiap daripada rakyat Malaysia menjadi penyumbang kepada kematian rakyat Palestin selama ini?

Hubungan Eksport Israel ke Malaysia dan Penglibatan Syarikat Tempatan Dengan Syarikat Berpengkalan di Israel

Dalam isu hubungan perdagangan ini, KAMI tidak sekadar menyebut mengenai produk tempatan yang dieksport ke Israel tetapi juga melibatkan statistik eksport Israel ke Malaysia. Produk-produk yang dikeluarkan di Israel atau Made In Israel dan kita membantu untuk membelinya melalui syarikat-syarikat MNC.

Adakah MITI juga ingin mengatakan bahawa produk-produk ini berasal atau Country of Origin adalah dari Palestin yang hanya menggunakan pelabuhan-pelabuhan di sekitar Ashdod atau Haifa, Israel? Sejak bila Palestin mempunyai kilang-kilang industri membuat material-material atau komponen produk?

Menteri tidak sepatutnya mengecilkan skop seolah-olah hanya barang-barang bantuan kemanusiaan ke Palestin sahaja yang kita hantar selama ini. Kelemahan dan sikap sering menunduk kepada konglomerat asing oleh Pemerintah ini dalam menghalang produk “Made In Israel” masuk ke negara ini adalah sangat dangkal dan tidak boleh diterima.

Apakah Malaysia tidak lagi mempunyai kedaulatan sehingga mudah mengikut telunjuk pelabur asing? Mengapa Pemerintah tidak mempunyai keberanian seperti Turki, Chile, dan kebanyakkan negara Kesatuan Eropah yang begitu tegas menghalang perdagangan dengan Israel? Seperti mana ketegasan dan keberanian kita mengikut telunjuk Amerika Syarikat semasa menghentikan dagangan minyak dengan Iran pada tahun 2012 dahulu.

Keadaan ini samalah juga dengan sikap kita yang mengagungkan dan menyanjung tinggi Henry Gurney sehingga kini walaupun Henry Gurney ini merupakan watak belakang tabir yang mewujudkan negara Israel dan merampas tanah dan hak warga Palestin sebagai manusia yang bebas dan merdeka di dunia ini.

Bagaimana pula dengan syarikat perkapalan Zim yang bebas keluar masuk ke pelabuhan-pelabuhan kita, Syarikat AMDOCS yang digunapakai oleh ASTRO, APCO Worldwide yang menjadi penasihat Kerajaan dan lain-lain, apakah semua syarikat ini tidak berdaftar dan mempunyai lesen perniagaan. Siapakah pula yang memberikan syarikat-syarikat yang berlatarbelakangkan Zionis Israel ini diberikan lesen perniagaan di Malaysia?

Syarikat-syarikat yang diasaskan atau berpengkalan di Israel ini sudah pasti akan membawa balik setiap sen keuntungannya ke Israel. Tidak mungkin Mak Timah di Ulu Choh, Ah Seng di Kuala Kurau, Maniam di Telok Kemang dan jutaan lagi rakyat Malaysia akan menerima laba keuntungan syarikat ini apatah pula rakyat Palestin yang telah lebih 60 tahun menjadi mangsa penghapusan etnik regim zalim Zionis Israel ini.  




Alasan bahawa syarikat-syarikat ini didagangkan di New York Stock Exchange (NYSE) juga hanya satu alasan untuk mengaburi pandangan khalayak dan mengelakkan sentimen kempen Boycott, Divestment and Sanction (BDS) yang banyak dilakukan di negara-negara luar terutamanya dalam Kesatuan Eropah.

Penutup

Melihat kepada respons yang diberikan Menteri adalah merupakan satu cubaan untuk membela diri dengan penjelasan serba kemungkinan tanpa ada sebarang hujah-hujah atau statistik-statistik atau fakta-fakta iringan yang lebih konkrit untuk mewajarkan penjelasan beliau.

Beberapa perkara yang sering KAMI bangkitkan dalam isu perdagangan dengan Israel ini masih tidak dapat dijawab dengan tuntas oleh Kementerian. Menteri MITI sekadar memberikan jawapan umpama melepaskan batuk di tangga untuk mewajarkan tindakan Kabinet pada tahun 1996 yang telah memberikan kelulusan untuk perdagangan dengan Israel.

Ini hanyalah satu cubaan untuk meredakan kemarahan rakyat Malaysia yang tidak pernah bersetuju dengan sebarang bentuk keganasan terhadap manusia sejagat. Tetapi malangnya sifat munafiq itu tidak mampu disorok lagi.

Maka hari ini kami Solidariti buat Warga Palestin dengan turun beramai-ramai dalam aksi #PagarMiTi298 : HENTIKAN SEGERA BANTUAN EKONOMI DAN PERDAGANGAN ANTARA MALAYSIA DAN NEGARA HARAM ISRAEL di hadapan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Inilah harinya untuk rakyat Malaysia bangkit menyatakan kepedulian kita terhadap kemanusiaan di Gaza yang mendapat perhatian antarabangsa.

DARIPADA:
NGO SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA (SAMM)
NGO SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)
NGO LENSA ANAK MUDA MALAYSIA (LENSA)
NGO JARINGAN RAKYAT TERTINDAS (JERIT)
NGO MAJLIS PERMUAFAKATAN KAMPUNG WARISAN (MUAFAKAT)
NGO ASALKAN BUKAN UMNO (ABU)
NGO PANGLIMA
NGO ANAK MUDA AKTIVIS (GENG KOTAK)
DAN SEMUA RAKYAT YANG SETUJU HENTIKAN PERDAGANGAN MALAYSIA-ISRAEL

TARIKH: 29 OGOS 2014




------------

Selasa, 2 September 2014

MENGHINA RAJA MELAYU?



HINA RAJA 

MELAYU?


empat tahun dahulu
yang dipertuan agong 
telah dijemput
di hari bertunang

kini
agong sudah berganti
tapi
bila hari perkahwinan
kenapa tak sampai sampai

adakah ini perbuatan
menghina raya melayu 
menghina bangsa melayu
dan
menghina islam



----------

CUKONG CURI KARTON






WAJIB SAMAN



Zunar tuntut ganti rugi dari The Star

Kartunis satira politik, Zunar menuntut The Star membayar ganti rugi kepadanya atas tindakan akhbar berbahasa Inggeris itu menyiarkan satu karyanya tanpa kebenaran, 22 Ogos lalu.

Gantirugi yang dituntut itu dalam jumlah :yang munasabah dan dipersetujui" olehnya




KAH KAH KAH


woit
saman 
jangan tak saman
ajar sikit cukong ni
tanah orang melayu
habis di rembat
karton pun nak rembat sama


KAH KAH KAH



-----------

SUARA SAEKOR MIDIN




KOMENTAR
ini pandangan dari pemikir sarawak
dia memikirkan tentang selangor
lalu persoalah hakiki muncul

kenapa tak berani bersuara
tentang sarawak yang sedang
di hancurkan oleh taib mahmud?


Pengganti Khalid diingat tak politikkan isu air

SHAH ALAM - Penganalisis politik mengingatkan pengganti Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim supaya mengutamakan kepentingan rakyat terutamanya membabitkan isu air di Selangor melebihi kehendak politik dan peribadi.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak, Jeniri Amir berkata, pengganti Abdul Khalid perlu bijak menangani masalah isu air dengan melihat keperluan rakyat di negeri ini bagi mengelak catuan bekalan berulang.


“Selangor akan hancur kalau mereka menjadikan isu air sebagai satu agenda politik dan ia akan memberi kesan buruk  bukan sahaja kepada kemajuan rakyat tetapi juga pelabur dan pemain industri.

KAH KAH KAH
woit
ini kang kong sarawak ke?
bangang pun sama
memanglah tujuan
khalid di teranjang
kerana ada kong kalikong
dalam hal air selangor

pakatan rakyat 
memang nak utamakan
hak rakyat bukan hak 
syarikat syabas
bukan nak kayakan kroni

cakap cakap bangang ini
lebih terok dari kang kong
ni kang kong serawak ke?
oppsss...maaf... ini midin

KAH KAH KAH



---------