Isnin, 24 November 2014

BETUL KE SELAMAT




Struktur tiang LRT 

ke Lebuhraya Persekutuan selamat 


KUALA LUMPUR 23 Nov. – Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) hari ini menafikan struktur sebatang tiang laluan transit aliran ringan (LRT) menghala ke Lebuhraya Persekutuan di sini, senget dan tidak stabil seperti yang disebarkan menerusi sekeping gambar dalam laman-laman sosial sejak semalam.

Jurucakap Prasarana, Lim Jin Aun berkata, tiang berkenaan sebenarnya tidak mengalami sebarang kerosakan struktur.
“Apa yang berlaku adalah kerosakan kren pengangkut yang ditempatkan di atas binaan tersebut. Berikutan itu, pihak kami mengambil keputusan membawa turun kren tersebut dan tugas itu selesai pada pukul 8 malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
KAH KAH KAH
woit
ingat macam mana
baca akhbar di malaysia?
kalau dinafikan
ertinya betul
kalau tidak kenapa 
perlu ada penafian

betul ke selamat
dah runtuh nanti
cakap lain pulak

KAH KAH KAH








-------------

LEMBU JADI AGRESIF







'Sedia jadi lebih agresif'

Tekad tiga sayap UMNO demi kepentingan rakyat


Pergerakan Wanita UMNO misalnya bertekad untuk menjalankan aktiviti yang lebih agresif dengan melebarkan sayap perjuangan pergerakan itu serta tidak hanya menjadi benteng dan perisai kepada parti.

Menegaskan perkara itu, Ketuanya, Datuk Seri Lembu Shahrizat Abdul Jalil ( gambar) berkata, pergerakan itu tidak pernah sama sekali lesu dalam menjalankan tugas dan amanah, malah sentiasa ke hadapan menjadi jentera utama parti sehingga mampu memberi kemenangan kepada parti dalam setiap pilihan raya

KAH KAH KAH

woit
rupanya selama ini
belum agresif
bayangkan belum agresif
dah rembat 
250 juta ringgit
kalau lebih agresif
macam mana agaknya?
mungkin lingkup
satu billion ringgit

KAH KAH KAH



--------

PAGI INI PADANG MERBUK







PAGI INI

jemput datang
buat ramai
jam 10:00 pagi
padang merbuk










-------------

Ahad, 23 November 2014

DARI LIDAH PENGARANG







DARI LIDAH 

PENGARANG


heboh heboh tentang hadi
semakin banyak didengar
sebenarnya heboh tentang hadi
bukan satu pekara yang baru
tahun 80'an memang heboh tentang hadi
kemudian tak heboh lagi
kemudian diheboh hebohkan 
tentang amanat haji hadi
sebagai propaganda jahat dari musuh

akhir akhir ini 
heboh tentang hadi meledak kembali
ini berikutan dengan perlantikan
menteri besar selangor

hadi dikatakan uzur
hadi dikatakan telah berumur
hadi dikatakan hilang akal
hadi dikatakan telah nyanyok

wajib diterangkan disini
dalam budaya orient
dalam budaya timur
melihat umur berbeza dari
masyarakat occidental barat

di timur lagi tua
di timur lagi berumur
lagi dihormati
lagi dilihat kebijaksanaan
lagi dilihat berpengalaman

justeru dalam budaya melayu
ada pepatah: telah banyak makan garam
ertinya telah memiliki banyak pengalaman
ertinya dihormati kerana telah berumur

lihat umur ayatollah khomeinei di iran
lihat umur morarjai desai di india
lihat mao zedong di china
lihat deng xiaoping peng di china
umur tidak menghalang memimpin

apa yang menimbulkan heboh ini
bukan umur hadi
bukan otak hadi
bukan kesehatan hadi
yang menimbulkan heboh
ialah perangai hadi

amat memeranjatkan ialah
perangai hadi memberi jawapan 
apabila ditanya kenapa tidak hadir
dalam permusyuaratan pakatan rakyat
jawapan hadi memeranjatkan

ini bukan jawapan sang bijak
ini bukan perangai bijak


jawapan sabagini seharusnya
tidak muncul dari mulut hadi
jawapan sademikian tidak 
menggambarkan kepimpinan yang baik
malah hadi memimpin parti islam
justeru  hadi gagal memperlihatkan
ketrampilan islam yang 
hadi  sendiri selalu mengheboh-hebohkan

sekalali lagi dinyatakkan disini
umur bukan satu halangan 
dalam budaya politik timur
rashid al-ghannushi pemimpin ikhwan tunisia
lebih berumur  dari hadi

justeru
terpulanglah kepada ahli parti hadi
sama ada hadi terus memimpin
atau hadi berundur
ini agenda dalaman parti
orang luar dipersilakan 
jangan masuk campur

apa yang jelas perangai hadi
yang tidak memiliki sifat setiakawan 
membawa mudarat dalam pakatan rakyat
amin




-------------

HIDUP MELAYU!






 CONTOH 

TAULADAN
pemimpin ketuanan melayu
yang syumul 
yang unggul
]amin




Menteri besar Pahang 

saman Utusan RM15 juta 

kes pendatang di Cameron


Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob bertindak menghantar surat tuntutan guaman kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, susulan artikel yang mengkritiknya dalam sebuah artikel bertajuk "Hebat Sangatkah Adnan?" dalam akhbar tersebut.
Tuntutan bertarikh 18 November 2014 tersebut dihantar menerusi syarikat guaman Manjeet Singh Dhillon dengan nilai tuntutan saman RM15 juta.
Perkara itu didedahkan dalam ruangan kolum Awang Selamat edisi Mingguan Malaysia hari ini.

KAH KAH KAH
woit
mb pahang ni hebat
kita wajib sokong
mb pahang ni gagah
rakyat wajib sokong
mb pahang ini berani
semua mesti sokong
utusan akhbar tak laku
saje nak cemarkan
nama mb pahang

hidup adnan!
hidup adnan!

KAH KAH KAH

-----

DASAR YANG TEPAT




KOMENTAR
tukar tiub menyokong dasar ini
tukar tiub mengalu alukan
kerana pertama kalinya
dalam sejarah politik tanak air
kerajaan parti ketauann melayu
bersikap jujur
melakukan sesuatu yang mampu dilakukan

selama ini semua dasar dasar
yang dilakukan telah bocor dan tiris
kerana parti ketuanan melayu ini
kuranga upaya fikrah

menjaga jamban
memang tepat sebagai tugas
kerna ditahao inilah
fikrah united malays national organisation



Kerajaan pusat ambil alih

pembersihan tandas awam mulai 2016

PORT DICKSON 22 Nov. - Kerajaan pusat akan mengambil alih aktiviti pembersihan tandas awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mulai 2016 bagi memastikan ia bersih dan selesa pada setiap masa, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata, pengambilalihan itu selaras dengan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) dan seiring dengan Pelan Tindakan Transformasi PBT yang sedang dibangunkan kementerian.

"Kementerian saya akan berbincang dengan pihak berkuasa negeri dan PBT yang sedia menerima pakai akta tersebut, berhubung pelaksanaan langkah baharu ini yang dijangka berkuat kuasa pada 2016," katanya dalam kenyataan diedarkan kepada media pada majlis pelancaran sambutan Hari Tandas Sedunia 2014 peringkat kebangsaan di sini, hari ini.

KAH KAH KAH

woit
ini baru betul
inilah keupayaan
kerajaan ketuanan melayu
jujur berani
dan boleh buat
keupayaan menteri
dari sabah

KAH KAH KAH







-----------