Khamis, 7 Mei 2015

KALAU SAH BARUA








Shuhaimi: Ucapan 'barua' khusus untuk IGP

Ungkapan ‘barua’ yang dinyatakan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dalam ceramahnya di Permatang Pauh hanya ditujukan khusus kepada Ketua Polis Negara (IGP) Khalid Abu Bakar dan bukannya kepada anggota polis secara keseluruhan.


KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
nak guna perkataan apa
nak guna konsep apa
kalau sah barua
memang barua laaa
kah kah kah

SIAPA PUNYA BARUA

-------------------

LAWAK BERDIRI MALAM INI




MALAM INI

di pj live arts
jaya one PJ
seksyen 17
petaling jaya




---------------

Rabu, 6 Mei 2015

RAKYAT MENOLAK GST





PRK ROMPIN: PETANDA ARUS PENOLAKAN DS NAJIB

Keputusan PRK Parlimen Rompin memberikan isyarat yang jelas kepimpinan Najib tidak lagi berkesan.

Pahang adalah Negeri  Najib.

Pengurangan majoriti calon BN sebanyak 6,244 undi adalah menunjukkan jumlah besar yang tidak lagi bersedia memberikan kepercayaan mereka kepada parti yang dipimpin oleh  Najib. Sungguhpun pada masa yang sama 6,244 pengundi itu tidak pula mengalihkan undi mereka kepada PAS atas sebab sebab yang mereka sendiri tahu, namun paling tidak mereka yang pernah mengundi BN genap 2 tahun lalu tidak lagi mengundi BN pada kali ini.

Jika jumlah tersebut dapat diterjemahkan menjadi undi kepada pembangkang, Insya-Allah perubahan politik yang besar akan berlaku dalam negara.

Tidak dapat tidak isu GST, 1MDB dan gaya pengurusan negara ala  Najib adalah munasabah sebagai faktor penolakan itu.

Faktor-faktor ini akan menjadi lebih penting menjelang PRU yang akan datang.

Pada waktu yang sama, Rompin menyaksikan peningkatan undi yang ketara kepada PAS di beberapa peti undi sekalipun jumlah undi PAS berkurangan sebanyak 25 undi berbanding PRU lalu. Peningkatan itu dikaitkan dengan isu semasa seperti GST dan penyenaraian FELDA.

Pada masa yang sama, pengundi  bukan Melayu pula menghantarkan isyarat berbeza kepada PAS dengan berlaku pengurangan yang ketara. PAS perlu menggariskan pilihan strategi yang bijak dari indikator Rompin di semua sudut.

Pada pandangan saya, pengundi yang diwakili oleh 6,244 orang itu sudah sedia berubah. Sekalipun PAS mungkin bekerjasama dengan UMNO dalam apa jua bentuk bagi PRU yang akan datang, arus penolakan terhadap kepimpinan DS Najib adalah cukup besar untuk membuat perubahan sebaliknya.

Husam Musa
6/5/2015

-------------

LELALAKI POINTER HILANG




HILANG
seorang lelaki
bernama mat maslan
telah dilaporkan hilang
lelaki berumur 50'an ini 
dilaporkan  ada menggunakan 
nama samaran  : mat pointer 3.85

kali akhir lelaki ini
dilihat memakai songkok hitam
kemeja biru
celana hitam
lelaki ini dilihat
menaiki bas di pekan rompin

sesiapa ada maklumat
atau
ternampak lelaki ini
sila hubungi 
rumah pasong terdekat

NOTA
kaum keluarga lelaki ini
menerangkan mungkin
lelaki ini sedang 
menghadapai tekanan jiwa


--------------------

CARA MEMBACA UTUSAN






Puteri UMNO nafi ada kaitan dengan


Yana

MELAKA 4 Mei – Pergerakan Puteri UMNO menafikan pengendali laman Familia Myvi Club (FMC) yang dikenali sebagai Yana mempunyai kaitan dengan sayap tersebut.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/utama#sthash.F3S0ZjMK.dpuf


KAH KAH KAH

woit
ingat tak 
cara membaca utusan
kalau di nafikan tak ada
ertinya ada

KAH KAH KAH

-------------

CLINTON DAN CLINTIT








INI BILL CLINTON

bekas presiden



INI BILL CLINTIT

bakal presiden









----------