Isnin, 20 Disember 2021

BANJIR MAKIN REDA - TAPI HUJAN MUNGKIN TURUN LAGI

 



 BANJIR MAKIN REDA

AMIN

TAPI HUJAN MUNGKIN

TURUN LAGI

KHALAS

SABRI 114 WAJIB TERAJANG LEBAI EKO

 



Usah lantik menteri kelas D jaga alam sekitar

SEORANG menteri “Kelas D” baru-baru ini berkata, Malaysia tidak tergolong dalam kategori negara yang terdedah kepada impak perubahan iklim yang ketara. Dia ini jaga hal ehwal alam sekitar dan air.

Tak tahulah daripada mana atau siapa yang bagi maklumat songsang di atas. Nampak macam dia tidak baca, tersalah baca atau kena main dengan pegawai.

Lagi jahanam kalau pegawai yang nasihat menteri pun “Kelas D” juga.

Zaman saya bersekolah dulu, kalau “D” gagallah. Bukan kata pendek untuk “distinction” (cemerlang).

Wartawan dan pengarang pun banyak juga yang “blur” bila layan kenyataan macam ini daripada Menteri. Menteri tak cerdik, media massa kelirukan audiens dengan menghebahkan maklumat “half-past six”.

Malah ada yang menulis dalam media sosial bertanya pasal apa banjir Lembah Klang lambat surut atau tidak surut walaupun hujan sudah berhenti?

Kalau menteri dan wartawan tahu tugas dan tanggungjawab masing-masing, mereka tentu belajar sedikit tentang permukaan bumi atau topografi Lembah Klang ini. Nama pun lembah. Bila lembah rendahlah permukaan buminya.

Bila rendah terdedahlah ia kepada air pasang dan banjir. Apatah lagi bila hujan turun melebihi kelebatan dan jangka masa biasa.

Boleh jadi menteri “Kelas D” dan wartawan pun tak tahu yang Lembah Klang ini sangat rendah kedudukannya daripada paras laut. Cuba tengok peta topografi.

Sebahagian besarnya di bawah 30 meter (98 kaki 5 inci). Pulau Indah, paling rendah dua meter (enam kaki), paling tinggi 79 meter, purata enam meter.

Air pasang besar atau ombak besar, banjirlah ia. Bukit Cerakah yang namanya bukit itu pun ada tempat yang hanya dua meter di atas paras laut.

Apatah lagi sekarang paras laut telah naik apabila kepanasan global menyebabkan kecairan air beku di khutub Utara (Arctic) dan Selatan (Antarctic).

Di antara 1900 dan 2017, paras laut telah naik 16 hingga 21 sentimeter (6+1⁄2 hingga 8+1⁄2 inci). Nampak kecil tapi kesannya besar.

Itu belum diambil kira kerosakan, gangguan dan rombakan muka bumi yang dilakukan oleh manusia yang memberi kesan langsung kepada pengaliran (hidrologi).

Dianggarkan sehingga 410 juta manusia yang tinggal di kawasan kurang daripada dua meter di atas paras laut menghadapi risiko ditenggalami jika kepanasan global tidak disekat.

Buat masa ini dianggarkan 267 juta di seluruh dunia tinggal di kawasan kurang daripada dua meter di atas paras laut.

Jadi kita janganlah pandang remeh isu ini. Lantiklah menteri yang lebih tahu dan meyakinkan; Menteri yang ada kemampuan untuk berkomunikasi secara pintar dengan dunia luar.

Bukan menteri “Kelas D” atau menteri sekadar untuk menyokong perdana menteri. – 20 Disember, 2021.

* A Kadir Jasin tokoh wartawan negara.


SABRI 114

UNTUK DILIHAT

BIJAK BUKAN NGOK

WAJIB TERAJANG

MENTERI EKO

KHALAS

MENTERI EKO

BANGANG LAGI

BODOH 

AMIN 

TAK TAHU

 BAHASA INGGERIS

AMIN

BILA DITANYA

AJENDA EKOLOJI

LEBAI INI TANYA

KEMBALI

'EKO GAPO"

KAH KAH KAH

BEBAL LAGI

PANTAINGONG

KATA ORANG

 JELEBU

KAH KAH KAH


HALAL HARAM GULAI KAWAH BABI BERGANTUNG

 

HALAL HARAM

GULAI KAWAH

DAGING BABI

BERGANTUNG PADA

SIAPA MELANGGAN

KANG KANG

KAH KAH KAH

Mat Lekeh commented on 

"PELACUR KANG KANG 

CARI PELANGGAN BARU"

Awal dulu sekawah daging campur babi hukumnya haram. Kemudian bila wujud muafakat baru, hukum jadi halal. Akan datang bila umno bgerak solo, hukum daging babi tadi jadi haram balik ke?

GARIS KIRI MULA MENGAMPOH

 



Leftist to become Chile’s youngest ever president after beating far-right rival

Former student leader Gabriel Boric claims 55.8% of votes counted to defeat far-right opponent José Antonio Kast



Seorang bekas pemimpin pelajar berhaluan kiri telah mencapai kemenangan gemilang untuk menjadi presiden terpilih Chile.

Dengan hampir 97% undian sudah dikira, Gabriel Boric mendakwa 55.8% untuk mendahului 12 mata peratusan ke atas lawannya dari sayap kanan, José Antonio Kast, bapa ultra konservatif sembilan anak, yang dengan cepat menerima kekalahannya dan memanggil Boric untuk mengucapkan tahniah kepadanya.

Pilihan raya Chile menawarkan pilihan yang jelas: berhaluan kiri atau pengagum Pinochet

Boric mengisytiharkan kepada orang ramai yang berkerumun di boulevard Santiago: "Masa-masa hadapan tidak akan mudah."

Dia berhenti hanya untuk memimpin orang ramai menyanyi atau tersenyum melihat bunga api yang meletup di atas kepala.



TAHNIAH

SALUT


PENG ANAL SALAH LAGI

 




PRN Sarawak cermin nasib Pakatan pada PRU15, kata penganalisis

JIKA keputusan pilihan raya negeri Sarawak pada Sabtu menjadi petunjuk, Pakatan Harapan (PH) bakal berdepan situasi yang sama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata penganalisis.

“DAP dan PKR melakukan yang terbaik di Sarawak pada PRU 2018 dengan memperoleh 10 kerusi Parlimen selepas menang 10 – DAP (tujuh) dan PKR (tiga) – kerusi DUN dalam pilihan raya Sarawak pada 2016,” kata Prof Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya. 

“Berdasarkan logik itu, kedua-dua parti itu juga akan mendapat keputusan teruk pada PRU akan datang di sini selepas mereka hanya berjaya menang dua kerusi pada Sabtu lalu.”

Ketika memenangi PRU14, PH berjaya memperoleh 10 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak. Ditambah dua calon bebas – Larry Sng (Julau) dan Jugah Muhyang @ Tambat (Lubuk Antu) – yang menyertai PKR selepas pilihan raya, pembangkang ketika itu mengurangkan bahagian Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi DUN kepada hanya 19 daripada 31.

Tetapi selepas Langkah Sheraton tahun lalu, PH hanya mempunyai tujuh ahli Parlimen di Sarawak. Kerusi itu adalah Mas Gading, Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Lanang, Sibu and Miri.

GPS dianggotai empat parti iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Parti Rakyat Sarawak, Progressive Democratic Party dan Sarawak United Peoples’ Party.

Awang Azman berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak menunjukkan DAP dan PKR kehilangan penyokong bandar mereka.

Pensyarah sains politik Sarawak itu berkata walaupun GPS mempunyai kelebihan berkuasa di negeri itu, PH tidak membantu dirinya dengan perbalahan berterusan.

“Parti pembangkang (DAP, PKR, Amanah dan Parti Sarawak Bersatu) tidak bersatu, bertelagah sesama sendiri. Lebih-lebih lagi, manifesto mengenai Sarawak meninggalkan Malaysia dan bermain kad perkauman hanya menakutkan pengundi,” kata Awang Azman.

Beliau berkata pengundi tidak mempunyai banyak pilihan selain memilih GPS kerana mereka mempunyai rekod pembangunan yang lebih baik.

“GPS juga mempunyai kelebihan dengan pindaan Perlembagaan baru-baru ini mengenai Sabah dan Sarawak,” katanya.

Walaupun PH tidak diramal mengalahkan GPS, gabungan itu hanya berjaya mengekalkan dua daripada 10 kerusi yang dimenanginya pada 2016.

DAP menang dua daripada 24 kerusi yang ditandinginya manakala PKR dan Amanah tewas dikesemua 28 dan 8 kerusi yang mereka tandingi. – 20 Disember, 2021.

PENG ANAL

TAKDA KERJA

BUAT SILAP SAJA

KAH KAH KAH

PENG ANAL

TAK KENAL SAPA

PEMIMPIN AGONG

MURSIDUL AM

PAKATAN HARAPAN

KAH KAH KAH

PENG ANAL

TEAK KENAL BETUL

TUAN IMAN

PAK SHEIKH

AL-SAHIBUL

ANWAR IBRAHIM

AL-PUTARI

KAH KAH KAH

ANWAR AL-PUTARI

AKAN BUAT

KEJUTAN

KAH KAH KAH

YAKINLAH TELOR

PENYU AKAN

MEMBIAK LAGI

AMIN

KAH KAH KAH

PETANG SENIN

 


 PANAS SAMPAI

KE PETANG

AMIN


PETANG SENIN 20/12/21
JAM 6.19 PETANG
KUALA LUMPUR CERAH
PANAS SAMPAI KE PETANG
TAPI AWAN HITAM KELIHATAN
SEDANG BERKUMPUL
APAKAH HUJAN MALAM?
KHALAS