Sabtu, 18 Mac 2023
INI BUKAN KERAJAAN PERPADUAN
Kerajaan perpaduan sangat utuh, kata PM
KERAJAAN perpaduan yang dibentuk pada hari ini sangat utuh dan mendapat sokongan penuh daripada parti terlibat, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Beliau tidak menolak bahawa terdapat usaha untuk menggugat dan menjatuhkan kerajaan namun percaya kerajaan perpaduan akan terus bertahan.
Perdana menteri turut memuji prestasi baik barisan kabinetnya yang tidak terlibat dengan sebarang skandal dan penganugerahan projek tidak telus atau mencampuri kebebasan badan kehakiman.
“Memang orang kritik. Tapi tanpa ragu saya dan rakan jemaah saya ada belum ada sekali satu kes baik soal kebebasan badan kehakiman, proses tender yang telus atau projek membantu rakyat atau menghalang sama sekali pemimpin menggungah kekayaan.
“Belum pernah ada sekali (dalam) empat bulan kita berkuasa ada gangguan atau bantahan daripada mana-mana pemimpin dalam kerajaan,” katanya.
Dalam ucapan dasarnya di Kongres Nasional Khas PKR itu, Anwar turut mengucapkan penghargaan terhadap parti terlibat atas sokongan yang diberikan.
“Sebab itu saya pilih untuk berterima kasih kepada Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi juga gabungan dari Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah, Warisan dan Muda.
“Saya sebut hari ini untuk mantapkan sebagai kerajaan lima tahun ini supaya kita tahu membetulkan kerosakan yang berlaku dan membangunkan negara.
“Saya percaya ada usaha gugat kerajaan sedia ada tapi saya juga percaya kerjasama sedia akan kukuh, kerajaan perpaduan akan kekal dan utuh lima tahun akan datang,” katanya.
Beliau menyebut perkara itu bagai merujuk kempen Perikatan Nasional dan parti komponen blok pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.
Awal bulan ini, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengakui usaha sedang dijalankan gabungan itu untuk menjatuhkan kerajaan.
Abdul Hadi berkata perkara itu boleh dilakukan dan tiada mana-mana pihak boleh menghalang PN untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Anwar. – 18 Mac, 2023.
BENCI - AGENDA POLITIK
Hentikan cubaan cetus kebencian, kata DAP
PAS dan Bersatu patut menghentikan politik tidak beretika dan tidak bertanggungjawab dengan menipu untuk mencetuskan kebencian dan ketakutan terhadap Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, kata Pengerusi DAP Nasional Lim Guan Eng.
Lim berkata DAP menyokong sepenuhnya amaran diberikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang tidak ada toleransi terhadap sebarang cubaan untuk mencetuskan sentimen keagamaan dan perkauman di negara ini.
“Saman sivil atau prosiding jenayah boleh diambil kemudian tetapi kerosakan awal yang menjejaskan perpaduan nasional dan mengancam keharmonian kaum daripada penipuan ini sukar hendak dikawal,” katanya.
Tambahnya lagi, Yeoh sendiri terpaksa membuat banyak laporan polis terhadap penipuan berkaitan dirinya yang dibuat pemimpin Bersatu dan PAS yang menjejaskan keharmonian kaum dan agama negara ini.
“Ketua Pemuda PAS Kelantan Mohamad Kamal Mohamed menipu yang Yeoh menggunakan kuasa menterinya untuk menolak hak Kelantan menganjurkan Sukan Malaysia 2024.
“Tetapi yang betulnya kerajaan negeri Kelantan sendiri yang bersetuju untuk menganjurkan Sukma 2028 untuk mendapatkan masa tambahan membuat persediaan dan membina fasiliti sukan di sana.
“Yeoh juga dituduh membenarkan program agama Kristian yang menyasarkan belia Islam, walaupun Yeoh menekankan yang tidak ada orang Islam terlibat dalam program itu, hanya belia bukan Islam. Malah Setiausaha Agung PAS Takiyuiddin Hassan juga buat hal dengan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada Yeoh,” kata Lim lagi.
Awal hari ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi amaran tentang cubaan musuh politiknya untuk menganggu kerajaan semasa.
“Awak nak ancam kami dengan perhimpunan, siasatan korupsi, awak salah pilih perdana menteri.
“Saya tak akan tunduk dengan ugutan sebegitu. Awak mahu cuba rampas kuasa? Cuba lah tetapi ia tidak akan begitu mudah,” katanya kepada 1,300 perwakilan yang hadir pada Kongres Khas PKR di Shah Alam, hari ini. – 18 Mac, 2023.
WOIT
MEMBENCI ADALAH
KERJA POLITIK
AMIN
POLITIKUS MELAYU
BENCI POLITIKUS
CHINA
AMIN
POLITIKUS CHINA
BENCI POLITIKUS
MELAYU
AMIN
TAK PERLU HAIRAN
INI SEMUA PROJEK
CARI UNDI
AMIN
SAPA BANYAK UNDI
DIA MENANG
AMIN
SAPA MENANG
BOLEH BERI
BERI KRONI
KONTREK
AMIN
KRONI BOLEH
BERI PARTI DANA
AMIN
KRONI SEDEKAH
DANA UNTUK
POLITIKUS JADI
KAYA SAMPAI
TAK PERLU AMBIL
GAJI
KAH KAH KAH
KHALAS
SANUSI KATA ANWAR TAK BERMORAL
Sanusi nafi fitnah Anwar semasa kempen PRU15
MENTERI Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa niat jahat dan memfitnah Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam satu kempen pilihan raya ‘Jelajah PN Best Tambun’ tahun lepas.
Sanusi, 48, dalam pernyataan pembelaannya bagi menjawab saman fitnah perdana menteri terhadapnya sebaliknya berkata beliau sekadar mengkritik Anwar bagi tujuan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Plaintif selaku seorang politikus seharusnya berani bertanggungjawab atas fakta-fakta yang dinyatakan oleh saya dan tidak tersinggung dengan teguran, saranan dan kritikan yang dibuat oleh saya dan masyarakat,” kata pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan menerusi Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid pada 13 Februari lepas.
Pada 11 Januari lepas, Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan menteri besar Kedah itu memfailkan pernyataan pembelaan bagi menjawab saman fitnah difailkan pengerusi Pakatan Harapan itu, selewat-lewatnya 13 Februari.
Saman yang difailkan pada 13 Disember tahun lepas itu berhubung ucapan berbaur fitnah dalam satu kempen ceramah pilihan raya ‘Jelajah PN Best Tambun’ yang didakwa mengaitkan Anwar dengan perlakuan tidak bermoral.
Sanusi dalam pernyataan pembelaannya turut menegaskan beliau hanya menjalankan tanggungjawab dan kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, sebagaimana juga plaintif yang bukan sahaja mengkritik, bahkan membuat tuduhan ke atas parti lawan dalam tempoh kempen pilihan raya.
“Oleh demikian, ucapan tersebut memberi sudut pandang berbeza dan kritikan ke atas plaintif bersandarkan kepada fakta dan rekod yang benar berkaitan plaintif tidak seharusnya disekat dan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.
Sementara itu, Anwar menerusi jawapan kepada pembelaan yang difailkan pada 13 Mac lepas menegaskan bahawa hak defendan untuk kebebasan bersuara adalah tidak mutlak dan tertakluk kepada pelbagai sekatan dan ceramah politik termasuk dalam peruntukan di bawah Akta Fitnah 1957.
Menurut Anwar, defendan mengungkapkan kata-kata fitnah itu kepada pengundi di Tambun dan ia bukan kawasan pilihan raya defendan.
Anwar, 75, dalam pernyataan tuntutannya berkata pada 13 November tahun lepas Sanusi telah memberi ucapan pilihan raya pada ceramah tersebut sebagai menyokong calon PN bagi Parlimen Tambun, Ahmad Faizal Azumu dengan ratusan pengunjung menghadiri ceramah itu.
Menurut Anwar, ucapan dalam ceramah itu telah diterbitkan atau menyebabkan penerbitan semula dan disiarkan secara siaran langsung di aplikasi Facebook di bawah nama “Faizal Azumu” yang mendapat tontonan melebihi 88,000 kali, 531 reaksi, 58 kali perkongsian dan 384 komen, setakat tarikh pemfailan saman itu.
Menurut presiden PKR itu, pada 14 November 2022, kenyataan fitnah daripada video tersebut telah dipetik oleh MalaysiaKini dan portal itu menerbitkan satu artikel dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. – Bernama, 17 Mac 2023.
WOIT
SANUSI LU
BILANG ANWAR
TAKDA MORAL
KAH KAH KAH
MORAL APA ?
MACAM MANA ?
KAH KAH KAH
WOIT SANUSI
LU CAKAP
LU FITNAH
LU ADA BUKTI KE
KAH KAH KAH
SAPA SUTUT
SAPA
KAH KAH KAH
KHALAS
KESAH 55 TAQHUN DAHULU
KESAH 55 TAHUN
DAHULU
AMIN
Unknown commented on
"PAS LARANG LAWAT GEREJA"
Gwa teringat 2 budak muda TT dan Lee Keong tumpang berteduh bermalam di gereja 55Ttahun dulu. Penjaga gereja tidak halau 2 budak muda itu dengan alasan berbeza tuhan dan akidah. Malah diberi tempat tidur berbaring boleh mandi berehat.
Gwa hairan mengapa kita mesti saling membenci&berbunuhan hanya kerana berbeza tuhan. what is the because?
Langgan:
Catatan (Atom)





