Sabtu, 18 Mac 2023

BENCI - AGENDA POLITIK


Hentikan cubaan cetus kebencian, kata DAP

PAS dan Bersatu patut menghentikan politik tidak beretika dan tidak bertanggungjawab dengan menipu untuk mencetuskan kebencian dan ketakutan terhadap Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, kata Pengerusi DAP Nasional Lim Guan Eng.

Lim berkata DAP menyokong sepenuhnya amaran diberikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang tidak ada toleransi terhadap sebarang cubaan untuk mencetuskan sentimen keagamaan dan perkauman di negara ini.

“Saman sivil atau prosiding jenayah boleh diambil kemudian tetapi kerosakan awal yang menjejaskan perpaduan nasional dan mengancam keharmonian kaum daripada penipuan ini sukar hendak dikawal,” katanya.

Tambahnya lagi, Yeoh sendiri terpaksa membuat banyak laporan polis terhadap penipuan berkaitan dirinya yang dibuat pemimpin Bersatu dan PAS yang menjejaskan keharmonian kaum dan agama negara ini.

“Ketua Pemuda PAS Kelantan Mohamad Kamal Mohamed menipu yang Yeoh menggunakan kuasa menterinya untuk menolak hak Kelantan menganjurkan Sukan Malaysia 2024.

“Tetapi yang betulnya kerajaan negeri Kelantan sendiri yang bersetuju untuk menganjurkan Sukma 2028 untuk mendapatkan masa tambahan membuat persediaan dan membina fasiliti sukan di sana.

“Yeoh juga dituduh membenarkan program agama Kristian yang menyasarkan belia Islam, walaupun Yeoh menekankan yang tidak ada orang Islam terlibat dalam program itu, hanya belia bukan Islam. Malah Setiausaha Agung PAS Takiyuiddin Hassan juga buat hal dengan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada Yeoh,” kata Lim lagi.

Awal hari ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi amaran tentang cubaan musuh politiknya untuk menganggu kerajaan semasa.

“Awak nak ancam kami dengan perhimpunan, siasatan korupsi, awak salah pilih perdana menteri.

“Saya tak akan tunduk dengan ugutan sebegitu. Awak mahu cuba rampas kuasa? Cuba lah tetapi ia tidak akan begitu mudah,” katanya kepada 1,300 perwakilan yang hadir pada Kongres Khas PKR di Shah Alam, hari ini. – 18 Mac, 2023.

WOIT

MEMBENCI ADALAH

KERJA POLITIK

AMIN

POLITIKUS MELAYU

BENCI POLITIKUS

 CHINA

AMIN

POLITIKUS CHINA

BENCI POLITIKUS

MELAYU

AMIN

TAK PERLU HAIRAN

INI SEMUA PROJEK

CARI UNDI

AMIN

SAPA BANYAK UNDI

DIA MENANG

AMIN

SAPA MENANG

BOLEH BERI

BERI KRONI

KONTREK

AMIN

KRONI BOLEH

BERI PARTI DANA

AMIN

KRONI SEDEKAH

DANA UNTUK

POLITIKUS JADI

KAYA SAMPAI

TAK PERLU AMBIL

GAJI

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

yeop_sepet berkata...

kahkahkah lawak apek tua nie. bila menteri melayu guna istilah2 islamik dlm pentadbiran kerajaan,depa tuduh menteri nie tunggang agama,walaupun kita nie negara islam secara perlembagaannya. hannah yeoh guna kementerian sukan buat program missionary, pertama kementerian sukan nie bukan kementerian agama,belum penah lg semenjak merdeka menteri melayu guna KBS wat program gotong royong masjid ke, lawat sekolah pondok ke. kedua, program agama yg dibuat bukan agama rasmi malaysia federation, agama kristian. nie bukan kes tunggang agama????dah la tunggang agama,guna agama lain pulak tu.dulu bila mazlee buat subjek bahasa jawi kt skolah cina,apek2 cina bukit abih tuduh kerajaan nak mengislamkan anak2 depa. ajor huruf arab pun kene tuduh nak dakwah islam,inikan ajak budak2 mai gereja blajo pasei kristian. pasei kes huruf jawi tu mazlee kene sack dgn atok, patut2 anwar yg duk kutuk org tua tu nak tunjuk dia lg terer sack le hannah yeoh. apa kene mengene KBS dgn program agama,even program islam sekalipun, let alone program kristian. apek tua LKS, bila dia taruk org xpe bila dia kene taruk dia play victim. msia nie 65% islam, nak tukor jadik bukan negara islam at least kene convertkan 16% melayu. 400 tahun dulu melayu campak ke South africa kene paksa jadik hamba dutch,kene paksa tukor agama pun smpai skg depa masih lg islam, berapa ratus tahun baru bule achieve cita2 DAP, belum kira population declining dlm cina,byk sgt dah jadik LGBT. yg melayu population makin naik, melayu bule kahwin 4 nak buat anak satu team bola pun boleh, PRU14 jadik bukti tiba2 undi 18 byk udak melayu. agenda depa nie agenda langgor dinding, budak2 melayu skg bukan mcm zmn TT sembahyang pun tak reti,posa jarang2 skali. skg nie budak2 selamba je baca quran hafazan mcm masuk pertandingan tilawah. DAP xkan berjaya hanya huru hara je yg akan depa achieve.