Jumaat, 24 Oktober 2025

TRUMP - BERAMBUS DARI MALAYSIA !!!


TRUMP

BERAMBUS DARI

MALAYSIA

AMIN

PROJEK GAGAL TRUMP

Trump kenakan sekatan 'besar-besaran' terhadap minyak Russia akibat perang Ukraine

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengenakan sekatan terhadap dua syarikat minyak terbesar Russia.

Beliau juga menyifatkan rundingan dengan Presiden Russia, Vladimir Putin bagi menamatkan perang di Ukraine tidak membawa perubahan.

Kesatuan Eropah (EU) turut mengumumkan satu lagi pusingan sekatan baharu bagi menekan Russia supaya menamatkan pencerobohan berterusan selama tiga setengah tahun terhadap jirannya yang pro-Barat itu.

Trump sebelum ini menangguhkan pelaksanaan sekatan terhadap Russia selama beberapa bulan, namun kesabarannya berakhir selepas rancangan untuk mengadakan sidang kemuncak baharu dengan Putin di Budapest gagal.

"Setiap kali saya bercakap dengan Putin, perbualan kami berjalan dengan baik, tetapi akhirnya tidak membawa ke mana-mana," kata Trump ketika menjawab pertanyaan wartawan AFP di Pejabat Oval.

"Mereka benar-benar tidak membawa ke mana-mana."

Namun, Trump menambah bahawa beliau berharap sekatan "besar-besaran" terhadap gergasi minyak Russia, Rosneft dan Lukoil, itu tidak akan berlarutan.

"Kami berharap perang ini dapat diselesaikan," katanya di sisi Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Mark Rutte.

Sementara itu, EU bersetuju melaksanakan langkah baharu bagi mengurangkan hasil minyak dan gas Moscow susulan perang berkenaan, menurut jurucakap bagi Presiden Majlis EU dari Denmark.

Pakej berkenaan – yang ke-19 daripada EU sejak pencerobohan Kremlin pada 2022 – bertujuan mengekalkan tekanan terhadap Russia berikutan usaha damai Trump yang semakin lemah serta peningkatan serangan Moscow.

Sekatan itu diumumkan beberapa jam selepas serangan udara Russia semalaman di Ukraine mengorbankan tujuh orang – termasuk dua kanak-kanak – serta memusnahkan sebuah tadika.

SEKATAN

EKONOMI PADA

RUSIA IALAH

PROJEK GAGAL

KAH KAH KAH

AMERIKA DAH

SEKAT CUBA

SELAMA 60 TAHUN

AMIN

SATU HAMPEH

TAK JADI

KAH KAH KAH

KHALAS

BERAMBUS TRUMP


BERAMBUS TRUMP


Lagu ini lahir dari rasa benci yang membuak. Benci terhadap kezaliman. Benci terhadap seorang manusia bernama Donald Trump... penjenayah perang yang tangannya berlumuran darah umat Islam di Palestin.

Dia tidak layak, walau untuk memijak walau sejengkal bumi Malaysia ini. Negara ini tanah yang cinta damai, bukan tempat untuk si penindas bernafas dengan megah.

Ayuh, kita tunjukkan sekecil-kecil iman... dengan rasa benci terhadap kezaliman ini! Bangkit bersama suara rakyat!

Turun ramai-ramai ke Himpunan “BANTAH TRUMP”,
📅 24 Oktober (Jumaat)
🕓 Selepas Solat Jumaat
📍 Di hadapan Kedutaan Amerika!

Kita bukan hanya menentang seorang individu... tapi menolak segala bentuk penindasan, penjajahan, dan keangkuhan kuasa besar dunia.

Allahu Akbar! Biar dunia tahu, bumi Malaysia ini tidak akan tunduk kepada kezaliman.

Lirik Lagu :
Hey Trump…
Kami nampak semua topengmu.
Ini bumi merdeka — bukan panggungmu.

Kau datang bawa slogan, tapi dunia berdarah,
Janji manis, tapi hak manusia pun musnah,
Kami tak tunduk, kami berdiri teguh,
Suara rakyat — membakar seluruh pelusuk.

Kami bukan benci manusia,
Kami benci kuasa yang menindas jiwa.

Berambus Trump!
Kami tak tunduk!
Bumi merdeka ini bukan milikmu!
Berambus Trump!
Cukuplah dusta!
Kami lawan dengan suara rakyat merdeka!

Langit jadi saksi,
Rakyat bersatu,
Berambus… sebelum bumi sendiri menolakmu.

Tiktok :
https://vt.tiktok.com/ZSU75F4K5/
Facebook :
https://www.facebook.com/share/v/1D4r5Yhy4m/

KERAJAAN MADANI JAHAT


KERAJAAN

MADANI JAHAT

KHALAS

Unknown commented on
 "KERETA DEPAN RUMAH HADI"

Kerajaan ni kita kena buang ke laut....selagi berkuasa dia guna agensi kerajaan untuk provok buat huru-hara rakyat. Orang sekolah atap pun faham kejahatan ini.

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

JUMAAT 24 OKTOBER 2025

JUMAAT YANG DI NANTI


DEMO – JAM 2  PETANG – DATARAN TABUNG HAJI
Hari ini  satu lagi DEMO TOLAK TRUMP dan TOLAK MADAFAKA – Presiden Amerika ini tidak   harus di jemput ke Malaysia. Tukang jemput ini konon nak tunjuk hebat – jadi rakyat akan buktikan bahawa TRUMP BERAMBUS .

Di Amerika sendiri 7 juta bukan 700 ribu TUJUH JUTA turun berdemo tolak Trump – kita bersama rakyat  dunia menolak Trump.

TAPI Trump ini baik – dia huru harakan dunia kapitalis – kacau sana kacau sini – Malah  masyarakat Amerika pecah dua -   MAGA sokong Trump dan yang lain nak Trump di tangkap dan masuk penjara.

Macam nak timbul revolusi di Amerika.

Berapa lama rakyat Amerika boleh BERTAHAN dengan Trump? Kita lihat dan tunggu – Demo kita ini  adalah sumbangan kita untuk menjatuhkan Trump dari tampak kuasa.

BAJET BAIKI CARCOSA – ini betul bajet gila babi 600 juta – Wow – apa yang menjadikan rakyat marah ialah BAJET KEMENTERIAN PERTANIAN hanya 500 juta – bayangkan – untuk baiki bangunan 600 juta ringgit untuk ribuan Pak Tani hanya 500 juta ringgit – INI jelas Madafaka.

ARWAH ZARA – jelas  naratif jalan cerita  dah mula di alih -  memperlihatkan  arwah Zara ini terjun bunuh diri – Wow  BUNUH DIRI – tapi yang wajib di ketahui ialah PUNCA BUNUH DIRI  - kenapa bunuh diri ? sapa buli hingga bunuh diri ? Jeng jeng jeng.

MENTERI PELAJARAN LETAK JAWATAN !!! Ini tuntutan anak muda – gua tak sokong – gua mahu Minah ini terus jadi Menteri. Minah ini sebenarnya adalah MUKA DI BENCI – dalam taktik menjatuhkan kerajaan kita wajib ada muka di benci.

Jika Minah ini letak jawatan susah kita nak mengutuk kerajaan – ketika ini Minah ini jadi sasaran – ini baik -  jangan kita beri cadangan untuk baiki Minah ini – INI SILAP –

BILA MUSUH BUAT SILAP – BIARKAN – gunakan sebagai peluru menghasut. Amin.

RUSIA
Putin buat kenyataan bahawa Rusia TIDAK AKAN TUNDUK pada Amerika. SEKATAN baru ini mungkin ganggu  sedikit jualan minyak.

ISRAEL
Parlimen Israel lulus dasar untuk mengambil Tebing Barat.

MESIR
Al-Fatah dan Hamas bertemu di Kaherah  untuk bincang hal Gaza.

AMERIKA
Trump runtuhkan semua bahagian timur Rumah Putih. Ramai  marah kerana ini rumah sejarah.  Trump nak bina  blok baru macam rumah dia di  Mar a Largo.

HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk segar – kemarin hujan  tak henti – lopak air di sana sini. Di pintu masuk cengkerik berlagu – seeeeet – tidak bersimponi.

Langit pucat – matahari belum bersinar. KL & KL Sentral cerah – nampak bukit bukau warna biru i di Hulu Selangor – Hujan dan angin kuat bawa cerah.

Tekukur bersuara dari atas bukit.  Gua dengar banyak suara  - Pipit dan Tiong.

Dekat Wakaf Pertama Jantan Baik datang menyongsong – yang lain semua datang  - dah faham makanan sampai – Siti berkejar  hampiri kaki gua – Puppy yang lain agak takut – ada 6 ekor Puppy dan dua Emak – gua nampak Puting Susu Sang Emak masih kembang.

Seperti biasa Siti dapat Friskies – dan juga macam Ezi dan Tak Tak dapat hati ayam – ini spesial – hati ayam gua rebus kemudian masuk air drier – kering dan enak.

Hari ini akan panas -  gua harap tak  panas sangat – Gua nak turun ke Dataran Tabung Haji – jika redup pasti lumayan berdemo Tolak Trump. Amin

BRO
SENYUM SENYUM
DI PAGI JUMAAT

BRO
Jika lu letih berdemo  - lu  henti rehat – musuh jangan di lupakan.

BRO
Dalam demo – ramai yang turun – kita takan dapat kawan baru. Ini kawan setia – kawan satu tujuan – satu perjuangan – satu tekad.

BRO
Bila berdemo lu jangan lupa  sapa yang lu lawan dan kenapa lu lawan – ini penting – untuk bakar semangat. Amin.

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

JUMPA DI DATARAN TABUNG HAJI

HARI INI DEMO JAM 2 PETANG


HARI INI DEMO

TOLAK TRUMP

2 PETANG

DATARAN

TABUNG HAJI


Bantahan terhadap kehadiran Donald Trump bukan lagi isu sesetengah pihak, bukan isu politik kepartian, dan jauh sekali isu remeh. Ia juga bukan soal menghasut, ekstremisme, atau menggugat keharmonian negara.

Lebih dua tahun genosid dahsyat berlaku di bumi Pal***n dengan angka puluhan ribu syahid, ratusan ribu hilang tempat tinggal, kebuluran melampau, dan pelbagai siri pengkhianatan terhadap gencatan senjata serta pelan damai.

Segala kekejaman ini dilakukan oleh rejim xionis yang dipayungi dan dilindungi oleh Amerika Syarikat serta sekutunya, termasuk watak yang bernama Donald Trump.

Ayuh bersama rakyat!

BANTAH TRUMP | 24 OKTOBER 2025
Dari Menara Tabung Haji ke Kedutaan Amerika Syarikat.

GERAKAN PEMBELA UMMAH (UMMAH)


#BANTAH
#Trump

https://www.facebook.com/share/p/19xHzyYxwJ/?mibextid=wwXIfr