Selasa, 6 Oktober 2026

MURID SEKOLAH BANGUN MELAWAN


MURID SEKOLAH

BANGUN MELAWAN

AMIN

PARTI TRUMP AKAN KALAH BULAN NOVEMBER


PEMILIHAN

TENGAH PENGGAL

PARTI TRUMP

PASTI KALAH

AMIN

CUACA BERUBAH ?


LAGI 3 HARI

CUACA JADI

LEBIH BAIK?

AMIN

BETUL KE?

ATAU PUTAR?

AMIN

TUNGGU DAN

LIHAT

KHALAS

Fasa peralihan monsun bermula 9 Oktober - MetMalaysia

PUTRAJAYA - Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 9 Oktober ini dan berterusan hingga penghujung Oktober, menandakan berakhirnya musim Monsun Barat Daya yang bermula sejak 14 Mei lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan hari ini berkata, semasa fasa berkenaan, negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang boleh menggalakkan pembentukan awan ribut petir.

"Keadaan ini lazimnya membawa hujan lebat dan kilat berserta angin kencang dalam tempoh singkat, terutama pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan Sarawak.

"Fenomena cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, kepala air, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh," katanya.

Beliau berkata, dengan berakhirnya musim Monsun Barat Daya, kesan jerebu rentas sempadan dari negara jiran dijangka beransur-ansur berkurangan berikutan perubahan arah pergerakan angin.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada sepanjang tempoh berkenaan serta sentiasa peka terhadap ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi jabatan.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.- Bernama 

ESOK - INGAT TAUFAN AL-AQSA


JUMAAT

KITA BERDEMO


ESOK RABU, 7 OKTOBER TAUFAN AQSA, SIMBOL PERLAWANAN.

Tiga tahun selepas Taufan Al-Aqsa, perlawanan itu belum berakhir. Hari ini, apa yang berlaku di rantau ini dari Iran, Yaman hingga Lubnan menjadi sebahagian daripada gelombang perlawanan yang lahir daripada keberanian 7 Oktober.

7 Oktober ia menjadi titik yang mengubah wajah perlawanan terhadap kezaliman dan membuka mata dunia bahawa perjuangan membela Palestin tidak akan berhenti di Gaza sahaja.

Esok, kita di Malaysia turut menyatakan pendirian.
Kita bergerak dalam konvoi, mengangkat suara dan menunjukkan bahawa selepas tiga tahun, semangat Taufan Al-Aqsa masih hidup dalam perlawanan, dalam perpaduan dan dalam solidariti kita bersama Palestin.

JEREBU MASIH MENGANCAM


DIUMUM

LAGI 3 HARI

 CUACA BERUBAH

APAKAH INI MASUK AKAL
JAM 6.30 PETANG GUA DI HOKKIEN
MATAHARI MASIH BOLA  API

KUALA  LUMPUR
LESAP DISELUBUNG JEREBU
GILA  BETUL GILA
JEREBU MAKIN MENGANCAM 
AMIN



SAPA PEMILIK PERAHU INI ?


DATUK DAN

TAN SERI MANA

PUNYA PERAHU?

KAH KAH KAH

MEDIA JANGAN

UMUM NAMA

MALU KELUARGA

KAH  KAH KAH

 INI BISNES 

EKSPORT

NEGARA

KHALAS



Polis rampas 521kg dadah dalam jet peribadi dari Malaysia


PHNOM PENH: Polis Laos merampas 521 kilogram (kg) dadah jenis crystal methamphetamine daripada sebuah jet peribadi yang dilaporkan tiba dari Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, dengan 13 individu ditahan berhubung kes itu.

Vientiane Times yang memetik Lao Security Newspaper, hari ini melaporkan satu operasi keselamatan dijalankan pada 1 Oktober lalu susulan maklumat yang diterima polis wilayah pada 21 September mengenai sindiket pengedaran dadah yang dipercayai merancang untuk menyeludup narkotik merentasi sempadan melalui udara menggunakan pesawat peribadi.

Berdasarkan laporan itu, polis kemudian mendapat maklumat bahawa jadual penerbangan berkenaan diubah, dengan pesawat peribadi itu dijadualkan tiba dari Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang pada jam 1.30 tengah hari pada 1 Oktober.

Pihak berkuasa keselamatan awam wilayah kemudian mengarahkan unit khusus untuk memantau keadaan.

Pegawai kemudian menemukan 23 beg pakaian dan merampas 500 bungkusan dadah jenis crystal methamphetamine seberat 521 kg, selain pesawat peribadi jenis Learjet dan trak pikap sebagai bahan bukti.

"Sebanyak 21 daripada 23 beg pakaian itu mengandungi bahan berhablur putih yang dikenal pasti sebagai crystal methamphetamine," menurut laporan itu.

Polis menahan 13 individu dalam operasi berkenaan termasuk juruterbang, pembantu juruterbang, pelancong asing, tiga pekerja syarikat serta tujuh pekerja Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang.

Tiga daripada individu yang ditahan ialah wanita.

Pesawat yang dirampas dikenal pasti sebagai Learjet dengan nombor pendaftaran N73GP.– BERNAMA