Ahad, 5 Ogos 2012

SATU PANDANGAN DARI PEMBACA




KELUARGA SAUD AJEN IMPERIALIS





PENCERAHAN DARI PEMBACA

saya bersetuju dengan beberapa fakta mengenai konspirasi yahudi oleh tuan TT. cuma berkenaan raja dan sultan itu kurang tepat, sebab didalam Al-Quran ada disebut perkataan Raja. Malah ada kisah-kisah pada zaman Nabi sebelum Muhammad s.a.w. yang bergelar raja dan ketua negara.

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. pun ada raja dinegara lain(negara kafir) seperti Raja di China(Maharaja china), malah di Thailand dan negeri-negeri di Nusantara pun ada ketua atau raja diwilayah mereka masing-masing. Cuma pada waktu itu raja-raja ini tidak atau belum memeluk Islam. Setelah Baginda Rasulullah s.a.w. wafat, barulah para sahabat dan tabi'in berdakwah berdakwah keserata kerajaan ini membawa mesej Islam.

dan Raja atau ketua kerajaan tadi masih boleh guna gelaran raja atau sultan, takde masalah asalkan mereka mengiktiraf khalifah sebagai ketua bagi daulah Islamiah serta mengangkat undang-undang dan hukum Allah s.a.w. sebagai undang2 yang tertinggi. Berkenaan "daulah tuanku", itu memang satu perkara yang salah, sepatutnya daulah Islam itu milik Allah s.a.w. jadi yang tu kene lah betulkan. Menyingkap sejarah Khalifah sahabat Nabi, Umar bilamana tenteranya berjaya menakluk Mesir yang pada ketika itu diduduki dan diketuai oleh orang bukan Islam, Umar membenarkan ketuanya mentadbir rakyatnya sebab hanya orang dikalangan mereka sahaja yang memahami kehendak dan perangai rakyatnya dengan syarat laksanakan pemerintahan mengikut landasan Islam.

Alhamdulillah berkat dari keputusan Umar itu negara Mesir makmur dan rakyat sejahtera menyebabkan pemerintah memeluk Islam secara sukarela dan akhirnya ramai rakyat Mesir memeluk Islam. Kita sebagai orang Islam perlu tahu hak-hak orang bukan Islam, sebab dia Akhir Zaman nanti masih ada orang bukan Islam yang akan hidup bersama-sama dengan orang Islam. Mereka juga punya kerajaan2 mereka sendiri, cuma mereka ini akan iktiraf Khilafah dan Daulah Islamianya.
By khairulazmi on MENGENAL DAN MEMAHAMI APA ITU SAUDI ARABIA on 7/25/12



31 OGOS HARI MALAPETAKA




NOTA:
malam 30 ogos ini
kita turun pakai
baju kuning

janji bersih!


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak turun, tapi nak gak tau kumpul kat mana, kalo sorang-sorang nanti, rasa cam kera sumbang plak... hahahahaha