Bekas pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, hal demikian kerana tindakan kurang ajar yang dilakukan di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya itu amat memalukan serta tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan tegas diambil terhadap Zunar.

Lebih memalukan, katanya, tindakan itu berlaku di hadapan ramai wakil dari luar negara yang hadir sewaktu perbicaraan tersebut berlangsung.

“Saya dapati ramai rakan dari luar negara telah membawa kamera serta menangkap gambar sehingga ada yang telah tersebar secara agak meluas di internet, malah, rakan saya dari London turut mengirimkan gambar tersebut.