Jumaat, 23 Januari 2015

MANA HILANGNYA 212 JUTA RINGGIT






PENANGGUHAN PROGRAM PLKN TAHUN 2015, KEMANA HILANGNYA RM 212 JUTA?
Semakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) terhadap Belanjawan 2015 yang dibentangkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada tahun lepas menunjukkan bahawa anggaran perbelanjaan bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM 612,684,400.

Ini menimbulkan persoal terhadap perbezaan anggaran perbelanjaan iaitu sebanyak RM 212, 684, 400 berbanding dengan jumlah penjimatan sebanyak RM 400 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri akibat penangguhan PLKN tahun 2015. Sebagai perbandingan, anggaran perbelanjaan PLKN bagi tahun 2015 adalah tidak jauh beza dengan anggaran perbelanjaan tahun 2014 iaitu RM 667,808,800.

Kami mendesak YB Ahmad Zahid bin Hamidi selaku Menteri bagi Kementerian Pertahanan yang dipertanggungjawab melaksanakan program PLKN untuk menjawab persoalan berikut:-

1.      Mengapa kerajaan dianggarkan masih terpaksa menanggung perbelanjaan RM 212 juta untuk tahun 2015 walaupun program PLKN telah ditangguhkan?

2.      Adakah syarikat-syarikat yang telah menerima kontrak untuk perkhidmatan PLKN bagi tahun 2015 masih menerima bayaran penuh atau sebarang pampasan akibat penangguhan PLKN?

3.      Dan jika ya, syarikat-syarikat manakah yang masih menerima bayaran atau pampasan?

Jika kerajaan Barisan Nasional benar-benar jujur ingin mengurangkan perbelanjaan melalui penangguhan PLKN tahun 2015, kerajaan sepatutnya membuat penjimatan sebanyak RM 612 juta, bukan sekadar 65% daripada anggaran perbelanjaan asal iaitu hanya RM 400 juta.

AKMAL NASIR
Pengarah Strategi
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat

22 JANUARI 2015 


----------------

5 ulasan:

Nazrio berkata...

sarizat bukan keLing
sarijat bukan Lembu
mader meLayu sejati
pLkn tak boLeh Lawan sarijat
sarijat kawan Lembu dapat 250j
pLkn bisnis orang Lempoyang
dapat ciput sahaja
212miLLion onLy

Tanpa Nama berkata...

allah dah billion 2 depa dok sapu...tanya pasal 212 juta pulak...apa punya turr...steady lah cikit kah kah kah....yg sapu cerdik...yg tanya pulak jadi bodoh kah kah kah....org msia sanggup belanja juta 2 buat promosi dari tolong org miskin..biar yg miskin terus miskin.... biar kekal status quo..baru boleh beri bantuan...kalau.semua dah kaya..susah promosi susah dapat publisiti...org tak ambik pot lah kah kah kah.... msia boleh

Tanpa Nama berkata...

Ini bukannya hilang. Ini ufti bayaran untuk pembuat budget. Upah buat bajet mmg susah dan pening kepala. Jadi ini semuanya halal.

Allah Taala pun tak bising2, hang pulak yg lebih2.. kahkahkah.. rakyat bodoh dan tak berani melawan, mmg layak ditipu jer.

Tanpa Nama berkata...

Semua kena songlap....lagi mahu tanya ka...

Amuraria berkata...

kelentong tong tong tong ... ABU !