Khamis, 26 Mac 2015

CINTA AGONG CINTA YANG GAGAL








UDA & DARA
dari
 tongkat waran


Bermula dari sebuah puisi yang indah, Gadis di Kuburan, dan seterusnya berkembang menjadi teater muzikal yang pertama di Malaysia pada tahun 1972, Uda dan Dara kembali lagi di pentas teater tempatan.
Kali ini, The Actors Studio (TAS) mempersembahkan teater muzikal Uda dan Dara, sebuah naskah cinta tragis dua hati. Dara, yang dilahirkan dalam keluarga berada dan Uda seorang anak muda dari desa merupakan sepasang kekasih yang saling mencintai merentasi perbezaan darjat, kuasa dan dalam adaptasi ini – budaya dan bangsa.
TAS telah menaja kos persembahan Malam Gala Yayasan Usman Awang (YUA) sempena persembahan perdana Uda dan Dara demi mengumpul dana untuk menubuhkan Pusat Sumber Usman Awang.
Untuk memberi sumbangan dan membeli tiket Malam Gala Yayasan Usman Awang, sila hubungi
Yayasan Usman Awang
Lot 6.03 Tingkat 6, Bangunan Sun Complex
Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel/Faks: 03 – 2141 3476
E-mel: sekretariat@yua.org.my
------------

Tiada ulasan: