Khamis, 26 Mac 2015

DUDUK BANTAH - DEMO SABTU






Demo bantah GST Sabtu ini sempena perkahwinan mewah anak Najib


KUALA LUMPUR 25 MAC: Program Duduk Bantah yang sedang berlangsung di Dataran Merdeka sejak 22 Mac lalu akan diteruskan sehingga himpunan kemuncak #KitaLawan pada Sabtu ini, 28 Mac.
Sekretariat #KitaLawan mengumumkan perkara itu pada sidang media berhampiran Dataran Merdeka pagi tadi.
Dataran“Sejak himpunan #KitaLawan pada 7 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja gagal memberi respon terhadap tuntutan anak muda, juga terus berdiam diri dari menjawab isu-isu rakyat.
“Malah kekerasan yang dikenakan terhadap aktivis Bantah GST juga seolah-olah respon secara tidak langsung terhadap desakan anak muda,” tegas Bendahari Pemuda PAS, Pusat Mohd Fakhrul Razi.
Tegasnya, walaupun anak muda berhadapan dengan pelbagai risiko dan tekanan, pihaknya akan terus memastikan himpunan kali ini akan tetap berlangsung.
“Menjelang himpunan Sabtu ini, pelbagai aksi dan aktiviti telah kita rancang.
IGP“Bermula malam ini, kita akan dedahkan senarai salahguna kuasa dan kezaliman terhadap rakyat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Kita juga akan bersoladariti bersama mangsa-mangsa tahanan politik termasuk Anwar Ibrahim, OKZ13, #BantahGST, #KitaLawan dan lain-lain.
“Pada Jumaat 27 Mac ini, kita akan adakan ceramah rakyat menentang GST di Dataran Merdeka, pemimpin politik, NGO, anak muda dan mahasiswa telah kita jemput, malah kita akan bermalam di sana menjelang himpunan kemuncak pada Sabtu,” jelasnya.
Berikutan itu, tiga lokasi utama dipilih sebagai lokasi berkumpul pada himpunan 28 Mac nanti.
Tiga lokasi tersebut ialah Masjid Jamek, air terjun Dataran Merdeka dan Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut sebelum peserta dijadualkan untuk bergerak ke Sogo dari lokasi tersebut pada jam 4 petang.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN, Fariz Musa berkata, perhimpunan ini penting sebagai satu solidariti rakyat bagi menolak GST, kelemahan kerajaan menangani peningkatan kos hidup yng terpaksa dihadapi rakyat serta terus menuntut pembebasan Anwar.
Ia juga katanya bertujuan untuk memberi satu mesej jelas kepada Najib supaya berundur segera.
Pada hari yang sama perhimpunan ini berlangsung, Perdana Menteri juga akan melangsungkan majlis perkahwinan anak perempuannya secara mewah dan besar-besaran di KLCC.
Merujuk kepada kad jemputan perkahwinan yang terkandung dalam satu kotak mewah dengan hiasan emas telah menimbulkan spekulasi di laman sosial bahawa kemewahan perkahwinan anak Najib ini.



-----------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Eh...TTT, 28 Mar ni ialah Earth hour, 8:00pm hingga 8:30pm. Perkahwinan sezaman nanti pakai lilin ke untuk 1/2 jam?

Tanpa Nama berkata...

Sorry yah...jamnya dari 8:30 hingga 9:30 malam yah. Bukan seperti mana yang diwar-warkan, jam 8:00-8:30 malam...kantoi lagi...kalau lampu, aircond on, pasti kena kaw-kaw tak environmen frenly...kalau off, memang jamuan sezaman yg terkah...kah...kah...nasib badan anak badak kot?

TT bole dapat supply lilin ke untuk candle-light vigil ka? AhJibKor sudah pasti bolos habis lilin 1Malaysia malam tu...

Tanpa Nama berkata...

Duduk , jangan tak Duduk

Kenapa nak bela Bangkai HIDUP pun??????