Khamis, 26 Mac 2015

PENGUMUMAN #KITA LAWAN







 PENGUMUMAN 

RESMI



Salam hormat,

Berikut adalah panduan pergerakan untuk peserta Himpunan #KitaLawan 28.03.2015:

Berkumpul di tiga lokasi iaitu:-

i. Masjid Jamek – YB Rafizi Ramli, YB Chang Lih Kang dan Saudara Fariz Musa

ii. Dataran Merdeka (tapak duduk bantah #KitaLawan) – YB Tian Chua, Saudari Nurul Nuha dan Saudara Mandeep Singh

iii. Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut – Saudara Mat Sabu, Saudara Suhaizan Kayat dan Saudara Khairol Najib

Peserta kemudiannya akan mula bergerak dari lokasi yang dinyatakan ke Sogo pada jam 4.00 petang

Mesej himpunan akan tertumpu kepada perbandingan keborosan dan kemewahan pentadbiran Najib Razak sedangkan kehidupan rakyat terus ditekan terutamanya kos sara hidup yang tinggi sempena pelaksanaan GST.

#KitaLawan juga akan terus mendesak agar Dato’ Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dengan segera dan seterusnya membebaskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Panduan peserta Himpunan boleh rujuk http://bit.ly/panduanhimpunan

Semua rakyat dijemput bersama-sama dengan anak muda.

Berdiam diri bukanlah satu pilihan.

Lagi ditekan, lagi #KitaLawan

26 MAC 2015
SEKRETARIAT #KITALAWAN





--------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana geng hudud. tak mau turun sama ka...

Tanpa Nama berkata...

xphm la aku,,yg hampa demo mintak najib turun bt pa,.baik demo truih sampai kerajaan skang ni turun tp tuula ...yg tuu ja mampu ek,,kesian...smpai mampuih la BN perintah..mentaliti pembangkang tuu sampai kiamat la duk tertanam...dulu kini selamanya terer bangkang ja kejanya...