Rabu, 11 Mac 2015

TURUN LAGI SABTU INI




SABTU

14 MAC 2015

SOGO

LAGI DITEKAN LAGI #KITALAWAN
Tindakan pihak polis memanggil dan seterusnya menangkap peserta-peserta Himpunan #KitaLawan 7 Mac 2015 selepas ianya berlangsung dengan aman membuktikan bahawa tuntutan anak muda #KitaLawan memiliki asas yang kukuh. Tangkapan yang dibuat menggunakan Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman menunjukkan tindakan terdesak mereka untuk menakutkan rakyat Malaysia. Namun, kami yakin siasatan yang dibuat terhadap Himpunan #KitaLawan adalah sia-sia dan tidak boleh disabitkan dengan apa-apa kesalahan.
Jelaslah bahawa kewibawaan sistem perundangan terus dihina tanpa menghiraukan Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak rakyat untuk berhimpun secara aman. Anak muda kini dijadikan mangsa dan terus dizalimi hanya kerana berani berkata benar sedangkan mereka akan menggunakan apa sahaja demi kekal berkuasa.
Namun tangkapan ini tidak akan melemahkan semangat anak muda. Kekuatan #KitaLawan bukan bergantung kepada mana-mana individu. Kekuatan #KitaLawan bukan terletak pada organisasinya. Tetapi kekuatan #KitaLawan adalah lahir daripada sikap bertanggungjawab dalam sanubari kalangan anak muda yang benci dengan kezaliman, amalan rasuah dan salah guna kuasa. #KitaLawan akan terus mara kerana dokongan rakyat yang mahukan keadilan dan hak kita semua terperlihara. Percayalah, lagi anak muda ditekan, lagi ramai di luar sana yang bersedia memikul tanggungjawab ini. 
#KitaLawan akan terus digerakkan walau dalam apa jua sekalipun. Sementara pihak polis meneruskan proses tangkapan, berikut adalah program yang akan dijalankan dalam masa terdekat:-
1.      Himpunan mingguan #KitaLawan di hadapan Sogo setiap Sabtu akan disambung pada 14 Mac 2015 bermula jam 4.00 petang dan akan terus diadakan selagi saudara Anwar Ibrahim dijadikan tahanan politik dan selagi Dato’ Seri Najib Razak tidak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
2.      Malam solidariti setiap malam di hadapan Lokap Polis Jinjang atau mana-mana Balai Polis yang menjadi tempat tahanan #KitaLawan. Selain daripada bersolidariti, pelbagai aktiviti ilmiah dan santai akan disusun sebagai tanda meraikan hak rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman.
 3.      Perjumpaan Anak Muda dari negeri ke negeri akan disusun bagi merencanakan peranan yang boleh dimainkan oleh anak muda di setiap negeri. Perjumpaan minggu ini akan diadakan di Johor seperti berikut:-
AHAD

15 MAC 2015

JAY BEE
Tarikh  : 15 Mac 2015 (Ahad)
Masa    : 2.00 petang – 5.00 petang
Lokasi  : Engage Centre, 55-A, Jln Molek 2/4, Taman Molek, 81100 Johor Bahru
Lagi anak muda ditekan, lagi #KitaLawan !
11 MAC 2015
SEKRETARIAT #KITALAWAN

TW @KitaLawan_my