Khamis, 7 Mei 2015

DUIT TABUNG HAJI DIREMBAT






TABUNG HAJI BUKAN TABUNG 
PENYELAMAT 1MDB: DS NAJIB DAN LEMBAGA TABUNG HAJI WAJIB NAFIKAN

Dokumen penglibatan Tabung Haji seolah sebagai tabung penyelamat 1MDB telah beredar di media sosial. Inti pati dokumen dapat difahami bagi menyelamatkan 1MDB dengan membeli 2 plot tanah di Tun Razak Exchange pada harga RM772 juta menggunakan dana pendeposit. 

Dokumen juga memaparkan Tabung Haji perlu membayar RM2,860 per square feet (RM194juta) bagi plot tanah pertama dimana kelulusan Menteri dalam masa kurang 2 minggu dan wang pembelian harus di bayar kepada 1MDB secara penuh pada masa SnP dimeterai.

Satu amalan yg ganjil.

Mengapa Tabung Haji perlu membayar purata antara 50-65 kali lebih tinggi untuk sekeping tanah Kerajaan dengan wang pendeposit Tabung Haji?

Pada awalnya 1MDB hanya mendapat Plot 1 dengan harga RM 4 juta daripada Kerajaan dan kini Tabung Haji perlu membayar RM194 juta kepada syarikat 1MDB. 

Untuk Plot 2, 1MDB dapat pembelian hanya RM8.9 juta dan Tabung Haji sekali lagi terpaksa membelinya pada RM578 juta.

Persoalan yang timbul, apakah penglibatan pelaburan Tabung Haji dalam 1MDB merupakan aktiviti teras Tabung Haji itu sendiri? Apakah pendeposit Tabung Haji bakal menjadi mangsa 1MDB dalam pelaburan berisko tinggi ini. 
DS Najib selaku Pengerusi Lembaga 1MDB dan Lembaga Tabung Haji wajib tampil menjelaskan perkara ini.

Sebagaimana yang saya cadangkan sebelum ini, ini masa yang sesuai untuk ditubuhkan Ombudsman bagi mengelak hal seperti ini berulang pada sebarang masa.

Husam Musa
7/5/2015




---------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah duit ada banyak tak kan nak tengok saja

Bodoh lah

Ini pun bukan Ajaran NABI SAW

Kenapa lantik LAHANAT jaga tabung duit orang ?????

Asas asas Otak tak Ber fikir ke ????

Semua nya orang orang Islam pulak tu.....

Tanpa Nama berkata...

Angkara eee 1malaysia dh biol...tabung haji dah jd tabung hajeee kahkahkah padan muka melayuuuu kahkahkah