Rabu, 3 Jun 2015

SIAPA YANG VIRALKAN





KOMENTAR
kerajaan najib
cuba melawan berita 
dalam alam siber
adalah kerja terbaik
kerana ianya akan mengviralkan
berita tersebut
dari tah tahu jadi dah tahu

'Jam tangan mewah milik suami pegawai SPRM

Barangan berbentuk beberapa utas jam tangan mewah yang dilaporkan hilang selepas rumah seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipecah masuk, adalah milik peribadi suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM Rohaizad Yaakob berkata SPRM memandang serius tohmahan yang dilemparkan menerusi media sosial ke atas pegawainya itu kononnya beliau memiliki harta di luar kemampuan.

Susulan itu, SPRM akan membuat laporan polis berhubung isu ini dan mahu Polis Diraja Malaysia menyiasat tindakan pihak tertentu mendedahkan aduan yang dibuat mangsa, menerusi media sosial, katanya.

"SPRM ingin menjelaskan pegawai yang dimaksudkan hanya menyertai SPRM pada 1 Jun 2015 (Isnin) bagi menyandang jawatan Gred 44. Malangnya, rumah beliau telah dipecah masuk pada hari beliau melapor diri untuk bertugas," kata Rohaizad.

Menurutnya, pegawai itu telah membuat satu laporan polis berkenaan kejadian ini kelmarin dan dalam laporannya, beliau telah menyenaraikan barang-barang yang telah dilarikan pihak yang memasuki rumah beliau.

"Ini termasuk jam tangan mewah dan laporan polis yang beliau buat telah diviralkan menerusi media sosial sejak pagi tadi," kata Rohaizad dalam kenyataan kepada Bernama.



Laporan itu mendapat pelbagai respon daripada pengguna laman itu.

"Siasatan awal mendapati suami beliau seorang ahli perniagaan dan pemilikan harta ini adalah sah dari segi undang-undang. 

"Malah, oleh kerana beliau baru sahaja melapor diri semalam, pengisytiharan harta wajib juga belum dilakukan," kata beliau.

SPRM memandang serius dakwaan dan tohmahan sesetengah pihak kononnya pegawai-pegawai SPRM memiliki harta di luar kemampuan dan SPRM turut memandang serius tindakan pihak tidak bertanggungjawab mendedahkan laporan polis kes itu menerusi media sosial, katanya.- Bernama


KAH KAH KAH
kah kah kah
gwa tak tau pun berita ini
gwa tak jumpa
tapi laporan bernama ini
bagi gwa tahu
sekarang lagi viral
kah kah kah

APA PUNYA TEKNIK



--------------

8 ulasan:

azam berkata...

kalau betul dari perniagaan
berap cukai pendapatan yang dibayar kepada LHDN?

Awanama berkata...

Mat Bahalol cuba jadi Bijak

Berita Bebudak SPRM ini tuk pening kan Rakyat

Rakyat sudah tahu bebudak GOMEN banyak jadi Mat Kampau ikut Ketua Besar

Ketua Besar sudah pau 4 2 Bilion nak cuba tunjuk baik bagai Malaikat tapi lupa diri nya BON BON

Ada Hantuuuuuuuuuuu.......!!!!!!!

panglimo potaseh berkata...

Dinegara Islam sunahwaljmaah spt Malaysia ... ini cerita biasa saja. Ramai lagi pegawai kerajaan yang punyai kekayaan lebih drp gaji. Tapi jabatan rasuah tak nampak.

Kalau jabatan rasuah nak minta tolong cari pemakan rasuah aku boleh tolong.

Kalau di negara kafir ... si pemakan rasuah macam ini dah lama dihumban dalam penjara ... takbir ..
Allahhuakbar ... takbir 3X

panglimo potaseh berkata...

Dinegara Islam sunahwaljmaah spt Malaysia ... ini cerita biasa saja. Ramai lagi pegawai kerajaan yang punyai kekayaan lebih drp gaji. Tapi jabatan rasuah tak nampak.

Kalau jabatan rasuah nak minta tolong cari pemakan rasuah aku boleh tolong.

Kalau di negara kafir ... si pemakan rasuah macam ini dah lama dihumban dalam penjara ... takbir ..
Allahhuakbar ... takbir 3X

panglimo potaseh berkata...

Orang kerja kerajaan boleh berniaga ke.

Awanama berkata...

Ini keja 6 jahanam yg dburu polis tu ke.ada nampak sikit kat berita semasa.kira mcm perompak merompak perompak.rompak cincin kak borosmah pulak pah ni.

Awanama berkata...

Dari cerita diatas...suami dia berniaga dan isteri kakitangan kerajaan. Jangan cepat buat kesimpulan. Berkisah orang yang sahih telah mencuri...lain salahnya. Tetapi kalau menuduh orang yang belum tentu sahihnya mencuri adalah berdosa.

Awanama berkata...

Gambar jam tu jenama Guess. Mana ada jam jenama Guess mahal. Drebar opis kami pun pakai jam Guess. Apa punya koman daa...tunjuk la gambar jam Patek Philippe ke, IWC ke baru lah mahal impact dia.