Selasa, 12 Januari 2016

YA AMPOON YA MAULANA







YA AMPOOON

YA MAULANA



Bonda Ratu dibebaskan dengan jaminan polis‎
JASIN - Seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai pewaris takhta Kesultanan Melaka bersama pasangannya telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Wanita yang menamakan dirinya sebagai Bonda Ratu telah ditahan polis bersama pasangannya minggu lalu kerana didakwa merancang mengadakan satu majlis penganugerahan pingat kebesaran di Sungai Rambai Sabtu lalu.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Sampornak Ismail, mengesahkan bahawa pasangan berkenaan, yang sebelum ini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan telah dibebaskan atas jaminan polis.

Bagaimanapun, katanya, walaupun dibebaskan, siasatan polis ke atas mereka masih diteruskan.


YA AMPOON

PATEK DOA

BONDA RATU

TETAP SEHAT
------------

6 ulasan:

Awanama berkata...

Ratu la pulaaaak....! nah kau penendang....! kah kah kah

Awanama berkata...

Ya BILYON BILYON ada lagi

Banyak llagi ada

Kenapa semua nak jadi KING QUEEN dan FIRST FIRST

Bangla pon nak , Indon pon nak

Yang lucu nya Si Bahalol Malas saja gila bebende ini

Ah Chong dengan Muniandyvtak ambil pusing pon


Kenapa sih ?????

panglimo potaseh berkata...

Kah kah kah .. nak tercirit gwa .. omputeh cakap der mor der mariyer. Tanah Melayu ni dah ada sombilan Sultan dan satu Agooong .. mereka ni makan tanggong berak cangkong .. malah ada negeri tu, kos makan tanggung berak cangkung berjumlah separuh daripada bajet tahunan negeri.

Nogori Sombilan solain daripada Rajo, ado tordapek laaee boborapo Tok Undang .. kojo eeaa tak do apo doh .. jadi ketuo ugamo, tak alim ularmak jo.

Ha sekarang ni Melaka pulak .. aku tak kesah berapa ramai Melaka ada Soltan sobab mereko cari makan sendiri .. tak susahkan rakyat .. tapi tulah, yang jenis berak cangkung makan cari sendiri inilah yang kono cokau .. kah kah kah

Awanama berkata...

Ingatkan tajuk Janda Ratu kah kah

Oo Olla berkata...

Oo Olla cicit sultan
Sebuah negeri merentas lautan
Siapa mau pangkat dan gelaran
Boleh beta perkenankan

Tong sri datuk pedukang
Beli ikut pintu belakang
Tolong siapkan wang
Beta pun dah lama tak kenyang

Beta keturunan berdaulat
Bagi duit beta rembat
Hidup beta ditanggung rakyat
Sungguh berkat tidak merempat

Download tungku !!!

Bagero lu berkata...

Ehhh...hidup lagi rupanya Sampornak Ismail ni...dah dapat DSP pulak tu. Maklumlah tugas tahun 1998 disempurnakan dengan jayanya sehingga ada yang masuk penjara.