Isnin, 25 April 2016

BADAK ADIL BUKAN BADAK REMBAT





BADAK ADIL

BUKAN

BADAK REMBAT


FACE BOOK




Ginie Lim's Profile Photo






Ginie Lim updated her profile picture.
12 hrs
ADIL si Badak Sumbu berjuang untuk masa depan Sarawak!
Parti Keadilan Rakyat telah memilik badak sumbu yang berkait rapat dengan daerah Borneo untuk menjadi maskot parti, dan kami melancarkan maskot ini hari ini sempena Pilihanraya Negeri Sarawak. Badak sumbu adalah lambang keberanian, ketabahan dan kebolehpercayaan, dan sifat-sifat ini mencerminkan semangat perjuangan parti yang tidak pernah luntur selama ini.
Badak sumbu antara binatang yang paling besar di atas muka bumi, dan langkahnya stabil dan mantap, sama seperti sifat pimpinan KEADILAN yang sentiasa berusaha demi kepentingan rakyat dan demokrasi negara.
Badak sumbu hidup di dalam habitat yang penuh cabaran, tetapi ia mempunyai ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi cabaran ini, serupa KEADILAN, di mana ramai pimpinan telah ditahan dan didakwa di atas sebab politik, serta tahun-tahun mencabar selepas 2004 di mana KEADILAN hanya memenangi satu kerusi parlimen dan satu kerusi DUN di seluruh negara. Tetapi kami terus berjuang tanpa rasa takut, dan kami terus perjuangkan politik yang progresif dan tidak perkauman. Kini KEADILAN mempunyai 30 Ahli Parlimen dan mentadbir Selangor dan Pulau Pinang bersama rakan-rakan politik, menghasilkan politik baru dan harapan baru untuk seluruh negara.
KEADILAN yang mempunyai semangat serupa badak sumbu yang terus maju ke hadapan, dan oleh itu kami berikrar untuk mematahkan politik BN yang rasuah dan perkauman. Kami berharap rakyat Sarawak akan dapat menghayati semangat badak sumbu dan menolak rejim yang rasuah di kala krisis ekonomi dan politik yang melanda negara. Marilah kita bersama maju ke hadapan demi Sarawak yang lebih baik!




















----------------

Tiada ulasan: