Sabtu, 3 September 2016

ANGAN ANGAN BUKAN JENAYAH





ANGAN ANGAN

BUKAN JENAYAH

MIMPI BUKAN

KESALAHAN


KOMENTAR

satu lawan satu hanyalah mimpi
dalam pru13 ketika pas dalam pakatan
ketika suasana abang adik 
di semenanjung ada 7 - TUJUH
pertarungan 3 penjuru dengan PAS
dan berbelas belas di sabah dan sarawak

musuh rakyat bukan parti pas 
musuh rakyat ialah hadi
selagi hadi menerima arahan dari najib
semua akan lungkup

pru 14 najib akan menang besar
semua sedang dirancang
semua sedang diatur
najib akan rekrut sesiapa saje
kebelakangan ini kita lihat
najib sedang rekrut allah


Muhyiddin: Pastikan satu lawan satu dalam PRU14

SABAK BERNAM – Parti pembangkang di negara ini perlu membulatkan tekad dan mengetepikan segala perselisihan faham sesama mereka bagi mewujudkan satu kesatuan dan perpaduan dalam usaha menumbangkan BN.

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata, penyatuan yang paling mustahak yang perlu dicapai parti pembangkang adalah dalam memuktamadkan pertandingan satu lawan satu bagi kerusi Parlimen dan Dun  dalam PRU-14.

“Apa yang penting rakan-rakan dalam pembangkang dapat mewujudkan satu persefahaman bahawa untuk menyelamatkan Malaysia kita harus bersatu-padu dan mempunyai tekad dan azam yang sama.

“Kita juga perlu bangkitkan kesedaran kepada rakyat bahawa BN mesti ditumbangkan dan digantikan dengan sebuah kerajaan baru yang boleh membela dan memperjuangkan rakyat,” katanya ketika berucap pada Siri Jelajah Penerangan 1MDB di Stadium Mini Sabak Bernam, di sini, malam tadi.






---

Tiada ulasan: