Ahad, 11 September 2016

MEMAHAMI FILIPINA





MARCOS DAN REVOLUSI
Tapi kan bang, Ferdinand Marcos dulu lagi hebat. Dia dibenci rakyat kerana dianggap sebagai penyebab kemelesetan dan kemerosotan Filipina. Dia juga telah membunuh Benigno Aquino yang menjadi lawan politiknya. Namun dia menang juga pilihan raya Presiden, walaupun keputusan pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR Filipina itu diragui, terutama oleh badan bebas pemantau pilihan raya seperti NAMFREL. 

Hakikatnya Marcos kekal berkuasa kerana angkatan tentera masih menyokongnya. Walaupun begitu, Marcos akhirnya jatuh juga apabila angkatan tentera berpecah, selepas dia bercadang hendak menangkap menteri pertahanan dan ketua turus angkatan tentera yang tidak lagi mahu menyokongnya. 

Apabila keadaan semakin tegang akibat kebangkitan rakyat, pihak US telah memujuk Marcos dan isterinya menaiki helikopter tentera udara dan menerbangkannya keluar dari Istana Malacanang. Selepas Marcos keluar, calon Presiden 'yang kalah' telah diisytiharkan sebagai Presiden baru. Tidak mustahil Najib juga boleh on DARI LIDAH PENGARANG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/10/16



------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tidak mustahil?? Ini Najib kes lain.. walaupun sebahagian rakyat menderita, tapi sebahagian rakyat lagi suka melihat rakyat yg sebahagian lagi menderita.

Najib akan terus memerintah sehinggalah keseluruhan rakyat membencinya. Sehingga yg tinggal tu hanyalah 5-6 org2 sekelilingnya sahaja. Mcm Suharto.

Tanpa Nama berkata...

Filipina lain

Malaysia lain

Zaman Fikipina Rakyat tak ada pendidikan

Sekarang Rakyat kita ada pendidikan

Tapi makan DEDAK dan tak percaya TUHAN seratus peratus maka jadi lah DUNGGU

Orang Melayu rata rata nya

DEDAK Sudah jadi wabak lahap otak minda Rakyat sampai tak boleh ber fikir waras

Tu sebab TUN kata , NAJIS