Isnin, 31 Oktober 2016

ADA BERATUS SAKSI



 



KES NAJIB

CURI DUIT 1MDB

BUKAN HANYA

PERLU DUA SAKSI

ITU ZAMAN UNTA

ZAMAN INTERNET

TELAH TERDAPAT

BERATUS RATUS

JENIS SAKSI



Jatuhkan kerajaan Islam memang haram, jatuhkan pemimpin tidak, kata Dr Fauzi

Usaha menjatuhkan kerajaan Islam adalah haram, namun menukar pemimpin Islam kepada pemimpin yang lain tidak demikian kerana sepanjang sejarah Islam peristiwa penukaran pemimpin dalam pelbagai bentuk telah berlaku.
"Kerajaan Bani Umayyah diganti dengan kerajaan Abbasiyyah seterusnya kepada kerajaan Uthmaniyyah," kata mantan Setiausaha Akhbar Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dr Fauzi Zakaria ketika berucap di Majlis Dialog di Chetok pada Jumaat lepas.
Beliau berkata "kerajaan menjalankan lunas-lunas ajaran Islam yang betul perlu dijunjung akan tetapi jika kerajaan itu hanya menggunakan nama Islam untuk kepentingan mereka manakala perbuatan mereka betentangan dengan Islam, ia wajar diperangi malahan dijatuhkan."
"Misalnya kerajaan Bani Umayyah memiliki pemimpin seperti khalifah Umar Abdul Aziz dan beliau dijunjung, manakala pemimpin yang rosak setelah itu dijatuhkan.
"Begitu juga dengan kerajaan Abbasiyyah yang memiliki nama besar sepeti khalifah Harun Ar-rasyid, apabila datang pemimpin yang buruk selepas itu, pemimpin itu dijatuhkan," katanya
Dr Fauzi seterusnya menempelak pemimpin tertentu yang berlaku tidak adil dalam menilai situasi kepimpinan negara.
Beliau terkejut apabila ada yang meminta dikemukakan dua orang saksi apabila diberitahu Najib terlibat dalam penyelewangan dana 1MDB
"Sedangkan orang yang sama apabila diberitahu Datuk Seri Anwar Ibrahim dikenakan hukuman apabila tuduhan meliwat, maka berliau berkata Anwar bukan malaikat.
"Mengapa dalam soal ini tidak ditimbulkan keperluan saksi," katanya.
TUNGGU NANTI

SAKSI DARI

SWISS








----------------

Tiada ulasan: