Sabtu, 25 November 2017

MALAM INI TEATER ANAK TEMUAN





 MALAM INI 

JEMPUT DATANG

 TEATER  ASLI

ANAK TEMUAN

SATU LAGI

PROJEK AMAL

BUDAK BANGSAR

Hi Semua

SK Bukit Lanjan & Kelas Jati akan mempersembahkan satu teater kanak-kanak -
 Tujal dan Angin. 
Semua dijemput hadir.

Sinopsis 
Tujal dan Angin merupakan sebuah teater kanak-kanak arahan Maisyarah Mazlan, yang diadaptasi daripada cerpen nukilan Stephen-John Curtis dan Shaq Koyok. 

Ia mengisahkan tentang pengembaraan seorang anak Temuan dari Kampung Jati bernama Tujal. Tujal yang pertama kali mengembara seorang diri ke dalam hutan telah bertemu dengan beberapa watak haiwan liar dan diganggu oleh semangat angin yang jahat sehingga tersesat. Berkat semangat tidak mahu berputus asa dan dengan bantuan Sang Kancil yang baik hati, Tujal berjaya bertemu dengan neneknya. Di akhir pengembaraan, seluruh penduduk kampung mengadakan keramaian bagi meraikan kejayaan Tujal. 

Tarikh: 
25 November 2017 (Sabtu)
Masa: 
8pm
Tempat: 
Dewan Seri Temuan, Desa Temuan Bukit Lanjan
No6. Petalin Jaya, Jalan PJU 8/7, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor
Koordinat: (3.168058, 101.603473)

Harga Tiket: 
RM10

Link Pembelian Tiket: 
https://goo.gl/forms/BCCneWBmVltfw1ZH2

No. Talian Tiket: 
012 - 555 7970 (Su Li)
012 - 687 3422 (bee ling)
Facebook: Kelasjati - https://www.facebook.com/kelasjati/
FB Event: https://www.facebook.com/events/1903858213276278/

*Jika anda berminat menaja pementasan ini, sila hubungi:
019 - 318 0132 (Syu)
012 - 687 3422 (bee ling)





--------------------

Tiada ulasan: